innity

pages

Thursday, August 14, 2014

PAS Selangor beri tempoh 24 jam untuk 2 ADUN Pengkhianat ubah pendirian



KUALA LUMPUR: PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu menarik balik sokongan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor atau berhadapan dengan tindakan. 

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata tindakan itu termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan mereka sewaktu menjadi calon.



Status terkini Nik Abduh
Tindakan dua ADUN PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak. 

"PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan," katanya dalam satu kenyataan petang ini. 

Kenyataan itu sebagai rekasi kepada tindakan ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Mohd Khairuddin berkata, perbuatan kedua-dua ADUN PAS itu amat serius kerana ia 
tidak menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan parti berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor. 


"Arahan daripada Pesuruhjaya adalah tumpu kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti," katanya. 

Beliau menegaskan akepada mereka berdua bahawa PAS mempunyai organisasi negeri, kepemimpinan pusat dan majlis syura ulama yang harus dipatuhi. 

"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan. Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17hb ini? 

"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17hb ini. Sebab itu sabar," katanya.



PRU13: Calon Pas wajib ambil bai'ah

Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Februari 2012.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat."

Sebelum itu pada tahun 2011, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menjelaskan, ada tiga perkara dalam Sumpah Bai'ah yang perlu dipatuhi oleh calon Pas yang dipilih.

"Pertama, calon  berjanji jika menang (dalam pilihan raya), dia tidak akan melompat atau keluar parti.

Kedua, sekiranya keluar parti atau lompat parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi kerana telah khianat kepada pengundi yang telah memilihnya daripada parti yang dia bertanding.

"Dan yang ketiga, sekiranya dia (calon) keluar parti atau lompat parti dan tidak mengosongkan kerusi, maka haramlah pendapatannya, elaunnya dan pencen yang diterimanya kerana dia tidak  amanah  kepada rakyat yang diwakilinya," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian

10 comments:

  1. Nak tahu juga apa kandungan bai'ah tu
    Betul ke yang disebut2 cerai isteri talak 3 tu...
    Sapa2 tahu tlg bg tahu

    ReplyDelete
  2. Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.

    Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

    Abdul Hadi berkata sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat."

    http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pru13-calon-pas-wajib-ambil-bai-ah-1.25692

    ReplyDelete
  3. Hadi awang ni pun dah merepek,,,pakatan perkida dan perkima pun baih junjung al quran,,,tapi bila haji hadi sokong kalid yg perasuah,,,ikrah akan terbatal,,sebab baih adalah menjungjung alquran 30 juzuk,,rasuah adalah melanggar undang islam,,meyokong hadi adalah satu dosa,,, 2 ahli pas yg meyokong wan azizah tidak berdosa,tapi bersyirik kpda allah jika terus berpegang pada janji taat setia baiah hj hadi,,sbb peyokong seorang pembuat rasuah seperti khalid dikira berdosa disisi islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ingat ni agama Kristian ke nak Junjungan Al Quran, bai'ah tada tu semua, ko tak tahu ni
      Patut lh kosokong anwar ...

      Delete
    2. Baiah ini adalah adalah berikrah ,bersumpah janji taat setia kpda kumpulan atau satu persatuan,,dgn menjunjung alquran 30 juzuk,,, ini adalah amalan bg kumpulan geng star melayu dulu dan masa kini,, hakikat nya tidak pong berdosa jika,, sesuatu perjuangan itu merlaanggar peraturaan alquran dan hadis si yg dibaiah melanggar janji taat setia itu,,,

      Delete
  4. Salah,haji hadi dah megarut

    ReplyDelete
  5. Aku dah baih ,brjanji taat setia kpda persatuan 30, tapi bila didapati berjuangan tidak mengikut hukum islam,,byk ahli yg tidak betul,,tak salah ,,,untuk tidak megikut janji taat setia,,,baih disini adalah berjanji dan bersumpah taat setia dgn menjunjung al quran 30 juzuk,,

    ReplyDelete
  6. Baiah itu berjanji taat setia dan menjunjung al quran 30 juzuk,,,haji hadi dikira khalifah,,,,perkara ni sudah biasa dikalangan orang melayu ,,

    ReplyDelete
  7. ada tak parti islam dalam dunia ni yg wajibkan yb nya bersumpah bai'ah ? mesir..indonesia, india , pakistan , tunisia, sudan, somalia, maghribi, iran, iraq, ada tak ?

    dalam dunia ni hanya pas yg buat sumpah bai'ah !

    kemudian pas gabung bentuk pakatan ..
    tapi bila nuar masuk mahkamah, kena suruh sumpah dia kata ulamak tak benarkan , kenapa dalam pas boleh pula ? pas itu parti orang jahil ke ?

    nuar memang tak boleh pakai punya manusia , yg dia tahu hanya kuasa kuasa kuasa ..duit duit dan jubur ! jubur jantan paling dia minat !

    lantiklah gay tua tu jadi pemimpin nescaya bala menimpa kita , jahanam !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com