innity

pages

Tuesday, July 22, 2014

Tweet Azmin Ali kata "Org Gila Kuasa Sanggup Buat Apa Saja, Isteri Sendiri Dipergunakan" tersebar di media sosial



Azmin Ali dikatakan telah menghantar mesej di twitter beliau menghentam tindakan Anwar yang ingin melantik isteri sendiri bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Tweet tersebut telah tersebar di laman sosial hari ini.

Beliau menyatakan "Org gila kuasa sanggup buat apa saja. Isteri sendiri pun dipergunakan untuk capai matlamat".

Walau bagaimanapun, tweet tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya.


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Ismail hari ini telah diumumkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan itu kepada Pakatan Rakyat memandangkan beliau dianggap sebagai pemimpin yang paling sesuai untuk membawa kestabilan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Selangor.

Menurut Anwar dalam mesyuarat pimpinan PKR di sini yang berakhir awal pagi ini, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan pelbagai isu yang melanda negeri ini seperti masalah bekalan air mentah, isu infrastruktur asas seperti sampah dan lain-lain di negeri itu.

KHALID BERTEGAS TIDAK AKAN UNDUR

Berdasarkan laporan The Malaysian Insider, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan bertegas tidak akan berundur dari kedudukannya walaupun PKR mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan dirinya.

Katanya, beliau berpegang teguh kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara khas pelantikan atau pengg‎antian menteri besar.
"Sehingga proses tersebut selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan oleh rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.
Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan menteri besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

ANWAR BOHONG TENTANG SOKONGAN PAS



Anwar sebelum ini memberikan gambaran kononnya PAS Selamgor dan PAS Pusat telah bersetuju dengan pemecatan Khalid Ibrahim dan perlantikan Wan Azizah.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Nasrudin Hassan menjelaskan bahawa laporan yang menyatakan Pas telah bersetuju tukar MB Selangor adalah tidak benar.

Beliau juga menyatakan tindakan itu pasti mencetuskan kontroversi dan pertelingkahan sesama sendiri.

Awas, jangan memandangkan lidah katanya.

6 comments:

  1. masuk bakul angkat sendiri..hahahha

    ReplyDelete
  2. serupa la azmin, isteri dia pun di gunakan utk capai kedudukan skrg. "anak melayu anak saya, anak inda anak saya , anak cina pun anak saya."
    anak azmin pun anak saya

    ReplyDelete
  3. Kecoh memanjang, politik yg kotor mementingkan diri sendiri dan kuasa dari kesejahteraan raayat dan negeri Selangor.Silap2boleh lingkup negeri ni.

    ReplyDelete
  4. Mcm cakap diri sendiri je....biasala tu kan mahaguru lagi suci.....padan muka kau azmin...azmin bodohhhhhhh

    ReplyDelete
  5. Sokong Kalid jangan lepas jawatan MB sebab Kalid jadi MB atas sokongan rakyat dan perkenan sultan. Wan Azizah nak jadi MB atas sokongan siapa ? dan atas perkenan siapa ?

    Hallo Kak Wan. Lu cermin lah lu punya muka. Parti PKR pun lu tak boleh control, gadoh sana gadoh sini masa pemilihan, apa lu ingat lu boleh senang-senang mahu control negeri Selangor kah.

    Aku memang sokong PKR tapi bukan sokong membuta dan membabi macam lain orang.

    Ahli PKR Tamil

    ReplyDelete
  6. Kasihan Azmin. Mengidam nak jadi MB gantikan si Khalid. Tak pasal-pasal Wan Azizah yang dipilih oleh Anwar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com