innity

pages

Wednesday, July 30, 2014

#SyukurPasKeluarPR: Nik Aziz SOKONG Khalid Ibrahim KEKAL MB, Anwar Makin Nampak BODOH


KUALA LUMPUR: Kunjungan Aidilfitri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat bukan hanya sekadar mengeratkan silaturahim.

Sebaliknya, kunjungan Abdul Khalid, yang kini mendapat tekanan partinya sendiri, PKR, supaya melepaskan jawatan, dilihat sebagai satu usaha untuk mendapatkan talian hayat.

Sejak malam tadi, timbul cakap-cakap dikalangan pemerhati politik, kunjungan Abdul Khalid itu bertujuan mendapatkan sokongan daripada bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Namun Abdul Khalid menerusi laman Facebooknya menyatakan beliau mengunjungi Nik Abdul Aziz di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru sekitar pukul 3 petang Selasa.

"Berkunjung sempena Aidilfitri ke rumah Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Walaupun kelihatan uzur, beliau masih gagah berbicara. Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan," tulis Abdul Khalid di Facebooknya awal pagi Rabu.

khalid jumpa nik aziz
Posting di Facebook Abdul Khalid yang memuatkan gambar kunjungan beliau ke atas Nik Abdul Aziz

Pemerhati politik melihat kunjungan Abdul Khalid ini bertujuan menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Nik Abdul Aziz atas sokongan yang diberikan selain untuk mendapatkan 'restu'.

Menjelang Aidilfitri baru-baru ini Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan media memberikan sokongan terbuka kapada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Sokongan yang dinyatakan Nik Abdul Aziz itu selaras dengan pendirian presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut menyatakan sokngan supaya Abdul Khalid dikekalkan menerajui Selangor.

Di laman Facebooknya, Abdul Khalid turut memuatkan gambar beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

khalid jumpa ahmad yakob
Selain gambar kunjungan ke atas Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor itu juga memuatkan gambar kunjungan beliau ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob


1 comment:

  1. Kalau dapig boleh berkunjung ke pulau melaka masakan orang tak boleh, kan, kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com