innity

pages

Sunday, July 20, 2014

(POLIS SEDANG SIASAT) Gambar Wanita Kaftan Bertulis Ayat al-Quran Jadi Viral


PETALING JAYA: Gambar seorang wanita memakai pakaian tertera ayat suci al-Quran yang tersebar di media sosial sejak petang Sabtu mencetuskan kemarahan netizen atau pengguna Internet.

Kelibat wanita tidak bertudung yang mengenakan pakaian jenis 'kaftan' itu dipercayai dirakamkan di sebuah pasaraya di Ampang, Selangor.

Antara perkataan yang jelas kelihatan tertera pada pakaian wanita itu ialah kalimah 'Allah' yang sebelum ini turut mencetuskan kontroversi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian di negara ini.

Turut tersebar ialah sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki berjubah putih - dipercayai sedang menegur tindakan tidak sensitif wanita berkenaan yang mengenakan fabrik tertera ayat al-Quran sebagai pakaiannya.


Tindakan wanita berkenaan yang dilabel sebagai biadap kerana tidak sensitif oleh netizen turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi laman Twitter miliknya, Khalid mengesahkan bawaha PDRM sedia maklum mengenai perkara berkenaan dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

"@PDRMsia dah mula siasat kes 'makcik' tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu di India. Biar kita siasat lanjut. Semua bersabar lah," demikian tulis Khalid menerusi postingnya pada tengah malam Sabtu.

Twit penjelasan Khalid itu sekaligus meredakan kemarahan orang ramai yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan berlakunya ketegangan antara agama.

3 comments:

  1. Korang tengok saja lah. Polis memang akan siasat. Lepas siasat diam macam tu jer le. Cuba yang jadi target tu orang melayu, belum habis siasatan lagi dah didakwa di mahkamah. Kes Kiki budak pompan melayu yang hentak kereta apek cina kat Kuantan sebagai contoh betapa "professional" nya polis melayu Malaysia.

    Korang tengok lah tak akan ada apa yang berlaku kepada nyonya yang pakai baju itu. Gerenti punya lah bro.

    ReplyDelete
  2. Cuma siasat ajelah..... tiada tindakan....

    ReplyDelete
  3. Nak sejuk kan hati orang..ko kata dia dari korea...cuba tanya JAKIM negara ASIA penyebar kristian ranking paling tinggi siapa?? cuba check korea pada ranking keberapa??
    Jangan bodoh 2 kan kami.. onjea malaysiaea wayo?...tanya korea tu ..hari minggu pegi gereja mana..? siapa kawan2 kristian beliau..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com