innity

pages

Thursday, July 31, 2014

Pelakon Berselfie di Kubur di Kritik Peminat, Mufti kata Haram Berselfie di Kubur


Tindakan pelakon dan pengacara, Farish Aziz memuat naik gambar di sebuah tanah perkuburan mengakibatkan beliau dikecam pengikut laman sosialnya. 

Meraih hampir 300 komen, rata-rata pengikut mempersoalkan tindakannya berdiri di atas kubur yang dianggap tidak menghormati adab menziarahi pusara selain merakamkan aksi selfie tak bertempat.

Malah, ada yang menasihatkan pelakon itu supaya memadam gambar berkenaan. 

Bagaimanapun hingga hari ini, gambar yang dimuat naik pada Syawal pertama itu masih lagi boleh dilihat di laman Instagram Farish. 

Bagaimanapun, tidak senang dengan komen negatif peminat, Farish akhirnya tampil bersuara. Beliau meminta semua orang supaya berhenti membuat tuduhan melulu terhadapnya. 

"Kami membaca surah Yassin di atas tempat sama saya berdiri. Berhenti menuduh yang bukan-bukan seolah-olah anda berada di sana (tanah perkuburan) dan tahu segala-galanya. 

"Terima kasih di atas teguran itu. Bagaimanapun, bagi saya ia bukanlah satu kesalahan bergambar di tanah perkuburan. Jika ia satu kesalahan, tentu keluarga menegur tindakan saya itu. 

"Namun, tiada seorangpun daripada mereka menegur saya. Saya hargai teguran anda, cuma saya tidak boleh berdiam diri dengan teguran sedemikian rupa," ujarnya.


IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.

“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.

“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya  boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal  dilaksanakan sempena sambutan hari raya.

“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.

“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com