innity

pages

Sunday, July 6, 2014

Pegawai Polis ditekan pihak atas kini telah meninggal dunia


Pegawai Polis ditekan pihak atas kini telah meninggal dunia
CLICK LIKE PAGE >> Boikot Barangan Cina Dap ORI

Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.

6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.

12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.

20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY

24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.
Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )
Di hadapan saya,
Pesuruhjaya Sumpah

Masalah (judi haram) ini terlalu serius. Dan saya fikir Selangor yang paling 'hebat'," kata Zahid Hamidi
http://m.malaysiakini.com/news/267883.html

Kini Mior Fahmi Bin Ahmad telah mati meningal dunia:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/18/umrah-terakhir/

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140619/je_07/Pegawai-polis-ditemui-lemas-di-Sungai-Tengku-Gerik

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Sumber cerita: http://www.malaysia-today.net/statutory-declaration-of-asp-mior-fahim-bin-ahmad-g13237/

-ketua pengakap-
CLICK LIKE PAGE >> www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDapORI

Sumber:

59 comments:

  1. What the fuck this is happening and nobody comment on this matter

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang takut mati maa. kalau nati terus tak pe ....

      Delete
  2. Wow.. power siot..mcmanalah x bersepah kat melaysia ni..

    ReplyDelete
  3. sila siasat demi keadilan beliau ,saya pun rasa banyak lagi yg terselindung disebalik kuasa..atau tubuhkan satu biro suruhanjaya aduan salah guna kuasa yg kendali oleh rakyat ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah perjdian dan pelacuran mbiak2, silafir ke yg berkuasa dinegara Islam. .Pelik bonar

      Delete
    2. boh ini semua fitnah
      kau tak tahu apa apa

      Delete
  4. 2007 - jwtn Arwah ASP. Ketika meninggal juga tahun 2014 jwtn ASP. Takkan selama 7 tahun tiada kenaikan pangkat???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh soalan kau ni

      Delete
    2. Saya setuju sangat....."SOALAN ANDA ADALAH SOALAN YANG SANGAT BODOH" baca betul2 baru menyalak....

      Delete
    3. orang jujur.. sush la nak naik.. besa la dunia

      Delete
  5. Dlm dunia org yg ada kuasa, mmg susah nak lurus.

    ReplyDelete
  6. Wajib disiasat, sebab semua nama dah dinyatakan dengan terperinci.

    ReplyDelete
  7. Ko orang baru tau ke? Inilah yg sering diisukan pembangkang Dari dulu lag I,tapi korang Kara fitnah.sepatutnya orang melayu DLM umno mesti tegas DLM.hal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO dah lemah ke? Mana hilangnya semangat juang mereka.

      Delete
    2. Pi gi dah. Asal kerja kerajaan, kata umno. Tah2 polis yg trlibat dlm rasuah ni pmbgkg. Undang2 dh ade tpx dilksanakn. Nk salah umno jgk ke? Byk staff kerajaan pmbgkg. Aku tau la sbb aku kerja kerajaan. Bca2 btul, kerajaan umno ke yg terlibat dlm pnindasan trhadap pegawai ni?.... Ni dilakukn oleh org yg brkuasa dlm jabatan ni. Bongok..

      Delete
    3. Ada 2 masalah je no1 kuasa....
      No2 duit...kedua dua ni klu ada dekat seseorg manusia apa akan jd...

      Delete
  8. Wow....hebatnyaaa akaun sumpah., masih adakah lagi "orang-orang" yang sama perjalanan dalm akuan bersumpah tu...

    ReplyDelete
  9. Polis wajib mnjlnkn siasatan secara trperinci dlm isu ini klu benar2 mereka punya integriti. Bawa bngsat yg mnjadi kepala judi itu kepngadilan dn dihukum seberat2nya.

    ReplyDelete
  10. Ada akuan bersumpah ke....ada bukti ke..pun polis tengok jer...kecuali kes berprofil jer...benda macam ni dah berakar umbi...paling tidak mereka kata tuduhan tidak berasas...memang banyak PDRM dah buat..tapi jika soal dalaman, along,judi....sangat2 susah..bukan susah nak tangkap..IO jadi pening..nak siasat macamana....yang diatas ada terlibat. Jika ditangkap atau serbu cuma buat wayang jer dan bagi public nampak. Naik black maria..tapi lepas kat hujung jalan. IO nak buat barang kes ape. OKT jadi macam sedare je atau kawan..Buat report.? Berapa banyak salinan report yang dibuat dan salinan ada dipamir di kedai judi..Jika betul nak telus buat je contest minta public bagi bukti video atau rakaman atau apa2 sahaja bukti untuk bantu polis. Buat talian khas atau aduan online..mesti ramai bantu polis. Tapi akhirnya orang yang bantu polis akan kecewa...sebab ianya tidak kemana-mana. Tiada dakwaan..tiada hukuman...hanya wayang kulit. PDRM juga kena muhasabah diri keseluruhan termasuk pimpinan di atas. Sekiranya Ketua Polis Daerah atau Balai..premis judi 2 x haram, hanya beberapa meter sahaja. Masih tidak tahu. Itu memang buat tidak nampak..buat buta..tapi rakyat tidak buta...Berubah lah ...demi rakyat..

    ReplyDelete
  11. NGO tak mau backup polis yang baik, hanya pesalah itu yang problem

    ReplyDelete
  12. Huh! Apa nk di hairankan... Kalu kes melibatkan profile tinggi, haram nak selesai....Tengok kes altantuya tu.. sampai sekrg xde sapa yg dihukum. Mati kena tembak pastu ke letup dengan c4.. c4 beb! C4 nie bukan barang boleh beli kat selatan thai beb! Memang benda tu datang dari dlm. Tapi tengok lah mcm mana kes tu... Sunyi sepi terusss....

    ReplyDelete
  13. Di KL ni kedai mesin judi sebelah balai polis je... anggota berlambak duk dlm tu...

    ReplyDelete
  14. sila siasat..tp kalo blh yg siasat biar sprm atau satu suruhanjaya bebas yg tiada kena mgena dgn polis atau kdn..mmg benda mcm ni terjadi,kadang2 bila ada anggota atau pegawai yg jujur mjalankan tugas mereka,ini lah risiko yg mereka hadapi..kdg2 kesian dgn org yg jujur seolah-olah dunia ni dah x ada keadilan utk mereka..bila buat keja jujur mesti kena tmpt kurantin yg polis selalu sebut..harap2 ada orgyg menuntun keadilan utk tuan mior..tlg siasat cara kematian pegawai ni..mungkin ada sebaliknya berlaku d atas cara kematian nya..kt hanya org2 yg kedil cuba menegak keadilan ttp org yg besar or kepala2 bersengkokol dgn pjenayah..tmpt sy pon mcm 2...kalo membuat tangkapan hanya sia2 kerana org atas dah pegang kepala..sedih sebenarnya dgn apa yg berlaku..kalau dr dulu tau mcm ni dgn sistem perundangan kita..mmg dari dulu x nak joint unit mcm ni.dunia blh lepas..dkat akhirat jwblah pemimpin2 yg x gila harta n kuasa d dunia.

    ReplyDelete
  15. psal altantuya aku xberminat nk amik tau..yela spe la die 2..tp mmg dlm polis sgt busuk skrg..bahagian narkotik pon sama..tgkap org sesaja..penagih ditangkap secara zalim..dipijak2 mcm anjing..bila ditangkap dicas pulak sbg pengedar sedangkn dorg ni penagih..mn keadilan di msia skrg ni..polis ni sbnrnya penjahat yg ada lesen..bila kita report dorg blh balas dendam kt kita balik..xtau la nk bt cmna dan kt siapa nk mengadu..every politician sbnrnya bkn nk membantu..baik dr pembngkang maupon kerajaan..mereka cuma gunakan kita utk dpt publisiti..tah la..jwb la semua yg ada ni di akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau jgan lh nk merapu kt sini . Aq menyampah kau tau x ? Ayah aq tk ditekan pihak atasan ! Blogger ni menipu je !

      Delete
  16. Tontonilah Filem Tamil....banyak persamaan dengan plot drama kemanusiaan di sini.

    ReplyDelete
  17. itu sebab kerajaan tolak hudud.

    ReplyDelete
  18. Nama gua lan...lannn tooddakkk...gua taiko area selayang..ah hon ka bk tan ka tengku ka klo gua nk langgrr bile2 jer derr...halusss je...paggil dpa mai slayang..call gua
    012-211 8747...itu jam jgk gua potong!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah tunggu kat selayang ..hang pi langgar je ke johor tu..

      Delete
  19. Hebat nama ko..... lan todakkkk.....taiko selayang...tunggu nti msk kubur kite baru tau ko taiko ke taih ko....lidah x bertulang bolih cakap la...kalu bertulang toksah apala lekat sisik ikan je dah mengelupoq..mcm semut masuk telinga...

    ReplyDelete
  20. RASUAH SEMPURNA - nyawa? uff

    ReplyDelete
  21. Hurmm.. mcm-mcm.... klu cerita nie benar maka seriously M'sia bermasalah

    ReplyDelete
  22. pemimpin jawab la kt akhirat

    ReplyDelete
  23. Kesian sahabat aku..moga roh arwah di tmptkn pd org2 yg beriman..aminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIOR ALLAH KASIHI DIA SAHABAT..

      Delete
    2. terima kasih kerana mendoakan ayah saya , semoga diberkati selalu

      Delete
  24. MIOR JADI MANGSA AKIBAT P/PIMPINAN YG RASUAH MASA TU !! ARWAH TELAH MENINGGAL.. AMPUNILAH DIA YA ALLAH ATAS DOSA2 LAIN BELIAU SEBAGAI MANUSIA SEPANJANG DI MUKABUMU INI. AMPUNILAH SAHABAT KU INI YA ALLAH !!

    ReplyDelete
  25. Untuk pengetahuan umum semuanya tangkapan hanya lakonan seperti didalam 999 ...semua tuh lakonan tangkapan rampasan...pastuh tv dah balik habis rakaman dilepaskan balik atas sogokan pihak atasan rasuah ...kebanyakan pegawai polis angota banyak yang tauke dah biayai mereka...dengan rasuah bulanan mcm yang di ceritakan oleh saudara....pemimpin politik pun terlibat tuh yang semua takut nak jalankan tugas seperti sprm juge tiada kuasa hanya dihujung jari pemerintah .xpercaya tanya bekas ketua polis negara semua mesti ada x berani buat pendedahan...nak jaga rezeki kononya...rezeki datang dari amerika dan manusia...bukanya allahh...untuk dunia masa kini....ini ada lah suatu pendedahan yang berasas dah berani kerana dalam polis tender uniform n butang uniform pun kena ada komisen tender dalam kerajaan la senang apa tender pun semua ada unsur rasuah....sama la dalam askar sekalipun.....semuanya pegawai uruskan saya menyanjung tinggi pegawai yang berani tampil tetapi tungu dan lihat mwsti tidak akan ada tindakan yang diambil.....x percaya malaysia ku kini

    ReplyDelete
  26. Yang benar tetap benar.......sekiranya Arwah benar- benar melaksanakan tugas kepolisiaannya dengan ikhlas dan jujur.....Allah juga akan membalas setiap masa dan waktu beliau untuk berbakti kepada agamanya...keluarganya dn amanah yang dipikulnya......begitulah sebaliknya kepada mereka yang korup dan tidak amanah.......jangan risau dan bersedih.....pasti kalian akan merasakan keadilan sebabenar dari Allah.......bukan KEADILAN yang direka manusia munafik.......pendokong suku-suku koperat penyokong DAPig yang juga merupakan tukang-tukang rasuah, perasit-perasit dalam negara ini..........hanya yang tahu mengetahui realiti sebenar kehidupan bobrok mereka. Mereka fikir mereka bole menipu Allah...malah kelak mereka tahu juga siapa yang tertipu bila samapai waktunya.........fikir2kan Malaysian.....bersama kita membaiki keadaan melalui istiqomah diri kita dahlu............

    ReplyDelete
  27. ini lah negara ku 1Malsysia... sudah lebih 57 tahun metdeka... ini ler perkara2 yg berlaku... semuga kematian mu di bela & sahid krn menegakkan kebenaran... In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  28. Zaman skrg ma..semua orang mau kaya.mesti mau pandai hidup jangan jadi bodoh..tu la cina kaya raya.buat apa nk panjang cerita kalau blh rasuah.melayu jadi gelandangan.dunia ni tk boleh lurus sgt nnt makan diri.judi prlacuran pelanggan utama dia melayu.melayu yang bodoh macam korang ni.bt la macam mana pun eumah pelacuran judi di malaysia tak akan tutup aku berani potong jari la.sebab melayu bodoh kena faham prinsip asas ekonomi ada permintaan adalah penawaran.ada faham?

    ReplyDelete
  29. Aku dah tak heran benda2 cam ni..penguatkuasaan undang2 malaysia amat lemah..blh dicontrol oleh siapa2 yg berpengaruh termasuk ketua samseng. Kalau anda berani..cuba complain atau buat aduan apa2 saja jenayah yg melibatkan high profile, maka anda akan berada dihujung nyawa..mmg rakyat marhain ni tak de protection.

    ReplyDelete
  30. Mempercayai pasukan keselamatan yg x selamat!!

    ReplyDelete
  31. Semoga Allah merahmati semua sumbangan ikhlas arwah semasa hidup.....dalam menunaikan amanah kepada keluarganya mahupun kerjayanya......kepada mereka yang menyalah gunakan kuasa........tidak kira siapa..... kepada yang Islam bertaubatlah......kepada yang non semoga diberi hidayah.........namun yang pasti setiap perkara yang kita lakukan pasti tetap akan dipertanggungjawab di hadapan Allah kelak.......jadi sentiasalah berusaha memperbaiki diri kita ke arah amalan dan kehidupan yng lebih baik.

    ReplyDelete
  32. Kalau benar cerita, aku sangat simpati dan marah kepada perasuah2 dan penjenayah berpangkat tinggi dalam PDRM...korang ni cepat2 la bertaubat dr buat kerja2 mungkar ni.....berapa lama kau nak hidup kat dunia dengan mengkhianati amanah yang diberikan....Sebelum kau mati, pasti Allah akan tunjuk tempat kau di mana.....kalau di neraka...Nau'zubillah

    ReplyDelete
  33. Mohon perdana menteri, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan PEMANDU GTP di JPM perhatian serius, ikhlas, jujur dan mengambil tindakan segera secara bertanggungjawab untuk masa depan negara tercinta, bangsa dan agama kita. Bersihkanlah nama baik pasukan polis, imej pasukan polis telah sekian lama tercemar disebabkan perbuatan keji beberapa orang pegawai polis dan anggotanya yang hina tak berintegriti. Ingatlah hidup didunia ini sementara sahaja. Balasan Allah akan diterima di akhirat. Maruah anggota dan keluarga pasukan polis perlu dipertahankan secara tuntas bukannya dibiarkan oleh pegawai atas pasukan polis untuk diinjak-injak. laksanakanlah amanah yang diberikan selaras dengan moto pasukan polis iaitu sedia berkhidmat untuk negara. Pemimpin pasukan sepatutnya membela, menyokong dan memperjuangkan kepentingan pasukan polis bukannya kepentingan penjenayah. Mohon menteri berkenaan dan KPN memikul tanggungjawab ini seperti mana yang telah diaku janji diikrarkan dalam sumpah perkhidmatan awam. Kita sayangkan Malaysia.

    ReplyDelete
  34. woi jaga sikit mulut kau tu orang yang dah meniggal pon nak fitnah kah bodoh punya orang

    ReplyDelete
  35. woi jgan fitnah orang yang dah m
    eninggal jaga sikit mulu korang tak tahu apa2 pun

    ReplyDelete
  36. Pelu ke buat fitnah kt ayah saya ? Ayah saya x pernah ditekan pihak atasan ! Saya dah tanye kawan kawan ayah saya , ayah saya memang x ditekan pihak atasan ! Atau nak saya saman korang ? Kalau nk kan publisiti sekali pon , perlu ke fitnah orang yg dh meninggal dunia ? Perlu ke ? Ape yang korang semua x puas hati dengan ayah saya ? Ayah saya buat salah ke ? Perlu ke korang percaya sagt bende bende mcm ni .. nak publisiti dengan menfitnah ayah saya ? Fikir logik lah ! Pakai otak korang tuh !! Jangan pakai lutut !

    ReplyDelete
  37. Nur Farzana..untuk mengelakkan fitnag ..elok saudari sendiri beri pencerahan .. itu pun kalau benar saudari anaknya .. dan itu pun kalau saudari benar benar fahaman mainan penyamun tarbus..

    ReplyDelete
  38. SPRM bila nak masuk menyiasat.Takan kan diam aje..

    ReplyDelete
  39. nur fauzana kau ni btl ke anak dia? sembang jer x guna.bg la penjelasan.kalo xnk bg penjelasan hadap jer la fitnah2 org tu.npa nk sentap

    ReplyDelete
  40. nur fauzana kau ni btl ke anak dia? sembang jer x guna.bg la penjelasan.kalo xnk bg penjelasan hadap jer la fitnah2 org tu.npa nk sentap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jd unt pa la akuan tu d wt konon?? Fauzana aQ pn ank pdrm jgk tp xla bodok mcm ko ni.ko sma gk dgn bangsat2 yg tekan ayh ko tu.ko sokong drg ko sedar kah arh...aQ x peduli,aQ ttp pihak ayh ko.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com