innity

pages

Thursday, July 31, 2014

#PasTerusDihinaDAP: Kafir kata Pas Can Go To Hell, Tiada Amarahkah Puak Pas


KUALA LUMPUR, 31 Julai – Pengerusi DAP Selangor Tony Pua memberi amaran bahawa PAS tidak akan mendapat sokongan, kalah teruk dan akhirnya lenyap dari peta politik Selangor sekiranya pilihanraya mengejut diadakan di Selangor.
Pua berkata sekiranya PAS terus berdegil menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, pilihanraya mengejut besar kemungkinan akan diadakan yang menyebabkan PAS kalah teruk.
Jika kemelut jawatan MB Selangor ini berterusan dengan DAP dan PKR mahu Khalid digantikan tetapi PAS berdegil untuk mengekalkan Khalid dengan sokongan UMNO, Dewan Negeri akan terbelah dua tanpa majoriti jelas dan Khalid mungkin akan meminta supaya pilihanraya diadakan di Selangor.
Menurut Pua, jika pilihanraya mengejut diadakan, parti-parti komponen Pakatan Rakyat dijangka akan mengalami kekalahan dan parti yang paling teruk terjejas ialah PAS.
Pua mendakwa PAS akan hilang 12 daripada 15 kerusi DUN yang dimilikinya sekarang dengan jangkaan parti tersebut kehilangan sokongan bukan Melayu sehingga 25%.

6 comments:

  1. Demi undi dan kuasa, prinsip agama pun digadai, masih adakah lg maruahnya ?

    ReplyDelete
  2. Statistik mana yang digunakan itu? Statistik dari lubang taik mana? Jika Pilihanraya mengejut diadakan aku amat yakin satu REFORMASI akan berlaku didalam PR Selangor....Ia itu satu keputusan SOLID rakyat Selangor akan dimandatkan oleh pengundi. Memilih kerajaan adalah bukan HAK MUTLAK Anuwar, Tony Pua, LKS, TGHH atau Noh Omar, ianya hak RAKYAT SELANGOR.

    PAS akan menjadi lebih kuat kerana INI KALILAH undi PAS akan dikonsolidasikan...consolidate. Tentunya PAS tidak akan bertanding untuk 15 kerusi sahaja, sudah tentu sekurang-kurangnya 40 kerusi atau kesemua 56 kerusi....INI KALILAH PAS Selangor dapat ketengahkan Professional2 dan Ahli Akademiknya kedalam pentadbiran negeri.

    UMNO tidak tentu dapat mempertahankan 12 kerusi yang ada sekarang, dengan kesemua YB masih mabuk lemang dan khayal dengan lagu raya lama 10 tahun lepas. DAP tengah kecut sebab bengkak didahi Teluk Intan belum susut lagi.

    Tapi INI WARNING!!! siapa kata TS Khalid pengecut?? Siapa dia yang merangkak malam buta Black September itu?? Dalam kesemua yang tengah HOHAHOHA itu, TS Khalid seorang sahaja yang genuine Risk Taker...dia dok senyap jer, tapi perhatikan kukunya sekarang, ada nampak??

    Aku dah tahu siapa aku nak undi.

    ReplyDelete
  3. dari awl lgi PAS join PR...aku rasa pelik...sbb PAS dan DAP..punyai hala tuju betul2 bertentangan. Rupa2nya....skrg baru jelas..ade geng2 anwar dlm PAS...sbg penggalak PAS join PR. Semakin hari PAS jdi semakin dibalacikn DAP dan PKR. Dlm masa sama..sejak dua menjak ni...DAP makin berani dan lantang mencabar agama islam. Org islam nk tentang...dah x de kekuatan sgt...ye la sbb dh berpecah. Skrg masa nk fikir balik psl kekuatan org melayu dan islam. Bkn lagi nk berpuak2...dan berpecah. Fikir2 balik demi masa dpn islam di malaysia.

    ReplyDelete
  4. Nasihat kepada Tony Pua jangan sombong sangat - kamu ingat parti cina boleh menang jika tidak mendapat undi dari kaum melayu ka.

    Cakap biar ada batasan sikit - jangat jadi pemimpin tidak berotak pula.

    ReplyDelete
  5. DAP dan PKR dah hilang hala tuju. Anwar kelihatan tak menentu. Nampak sngt dah gila kuasa. Diri sendiri xdpt bertanding diKajang, letak isteri bertanding. Kajang move untuk dia jadi MB. Sendiri tak layak letak isteri
    Isteri bak boneka....

    ReplyDelete
  6. Org melayu jgn cakap banyak2 ..fikir ugama dan bangsa..duk diam..masa undi jgn pecah..kuatkan tekad dan bekerja untuk ISLAM..klu tak faham juga lebih baik lari tinggalkan dunia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com