innity

pages

Wednesday, July 16, 2014

(#BilaPasBersamaKafir) PERKASA Desak Khalid Samad (Disayangi Kristian) MOHON MAAF TERBUKA sebelum Menghadap Sultan


PERKASA Selangor mendesak MP Shah Alam Khalid Samad (yang disayangi Kristian) memohon ampun dan maaf secara terbuka terlebih dahulu sebelum menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Yang Dipertuanya Abu Bakar Yahya berkata Khalid telah melakukan kesalahan kepada baginda secara khusus dan umat Islam negeri itu secara umum kerana didakwa mahu menarik kuasa badan yang menjaga kesucian agama Islam negeri tersebut.

"Kalau dia (Khalid - yang disayangi Kristian) tak minta maaf, pandangan rakyat kepada dia nampak seperti pencacai golongan anti islam.

"Terpulang kepada Sultan untuk maafkan dia tapi dia mesti minta maaf," kata beliau dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Semalam, Sultan Selangor bertitah bahawa kenyataan Khalid (yang disayangi Kristian) meminta dihapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dianggap baginda sebagai 'biadab'.

Sementara Khalid (yang disayangi kristian)  memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau terkejut dengan reaksi Sultan dan akan mengadakan sidang media khas bagi menjelaskan kenyataannya itu esok.

Beliau turut menyatakan akan menulis surat untuk memohon menghadap Sultan bagi menjelaskan perkara itu dan akan menghantarnya hari ini atau esok.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Abu Bakar mahu PAS mengenakan tindakan displin terhadap kenyataan "biadap" Khalid (yang disayangi Kristian) itu. 



Respon Khalid Samad ( yang disayangi Kristian) melalui akaun twitter beliau

Jangan kerana hendak elak kemurkaan manusia terundang kemurkaan Allah," tulis Khalid di akaun Twitter-nya lewat tengah malam tadi menerusi akaun Twitter beliau, @KhalidSamad.

"Doa Rasulullah (SAW) balik dari Taif setelah dilempar batu. "Asalkan Kamu tak murka terhadap ku, maka aku tak kisah," tulis Khalid lagi merujuk kepada satu doa daripada Nabi Muhammad kepada Allah SWT.

Khalid tidak memperincikan kepada siapa kenyataan itu ditujukan.

Boleh dia tuduh tindakan MAIS menghalang Kristian memurtadkan umat Islam sebagai dimurkai Allah.

Sudah mereng agaknya si Khalid Samad yang disayangi Kristian ini.




MB: Khalid Samad patut lebih beradab, tertib

3:29PM Jul 16, 2014




Sementara itu, Menteri Besar Tan Seri Khalid Ibrahim berkata MP Shah Alam, Khalid Samad perlu lebih menjaga adab dalam menyampaikan pandangan bagi isu melibatkan kuasa Sultan.

Katanya, MP PAS itu perlu menjaga adab dalam perkara sulit seperti itu bagi memastikan tujuannya dapat dicapai dalam keadaan tertib, tenteram dan mengikut lunas undang-undang.

"Saya rasa, dalam melakukan dan juga untuk menjaga ketenteraman dan kejayaan sesuatu pengurusan, dia bukan sahaja mengikut lunas undang-undang, tetapi adab dan tertib juga kita utamakan.

"Jadi oleh sebab itu walaupun idea kita betul, tapi penyaluran idea dan cadangan juga dibuat dengan penuh tertib dan terbaik supaya tujuan kita itu dapat dilaksanakan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Beliau ditanya mengenai titah Sultan Selangor, yang menyatakan kemurkaan ke atas Khalid Samad kerana menyarakankan aga kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dihapuskan.

3 comments:

  1. PUAK LIBERAL DALAM = MAT SABUN= MUJAHIL YUSOF RAWA= KHALID GEREJA=MUSTOPA SPENDER= NGO SYAITAN= AMBIGA= SISTER IN SYAITAN=IFC=BERSIH=NEGARA-KU

    ReplyDelete
  2. mcm mana puak liberal boleh masuk PAS, patut lh PAS dah pecat 4 ahli mrk yg sertai jihad di Syria. Dulu beria-ia kata Ibrahim libya tu syahid kerana lawan polis yg jaga keamanan negara. Dh mabuk todi Pas ni

    ReplyDelete
  3. Elok berambus je ke negeri kapir, dok bela la sgt.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com