innity

pages

Friday, July 11, 2014

( PAS IKTIRAF LGBT) Membiarkan LGBT berleluasa bermakna mengiktiraf golongan songsang itu

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan Ahli Parlimen Parit BuntarPerak Darul Ridzuan dari PAS dan merupakan anak kepada Al-Mursyidul Am PAS yang pertama iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Bapa beliauYusuf Rawa merupakan Presiden PAS dari 1982 hingga 1989.

Mana suara Haji Hadi, mana suara Nik Aziz? Mana suara ulamak-ulamak Pas? Semua ingin menjadi syaitan bisu yang membiarkan kemungkaran berlaku di depan mata.

Tindakan pemimpin tertinggi Pas berdiam diri, seolah-olah memberi maksud Pas mengiktiraf LGBT. Malah keputusan itu dibuat oleh Pengerusi J/K Undang-Undang dan Dasar MKPN, Mujahid Yusof yang merupakan ahli Parlimen PAS.

BANGI, 10 Julai – Sebarang tindakan lepas tangan terhadap golongan LGBT dengan tujuan kononnya tidak mahu mendiskriminasi kumpulan songsang itu membawa maksud pengiktirafan kepada golongan tersebut.
Sebaliknya, kumpulan yang mengamalkan seks songsang itu wajib diperangi dan dihukum kerana perlakuan LGBT adalah satu perkara yang dimurkai oleh Allah dan hukumannya amat berat di dunia dan akhirat.
Demikian kenyataan Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Prof Madya Dr Aznan Hasan berhubung kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Dr Mujahid Yusof.
Dr Mujahid dalam kenyataannya kepada Malaysiakini berkata, beliau tidak mengiktiraf golongan LGBT namun menolak sebarang diskriminasi ke atas mereka dengan alasan LGBT duduk di bawah gender.
Ujar Dr Aznan, memang benar Islam tidak pernah mendiskriminasi manusia berdasarkan gender, tetapi beliau perlu sedar bahawa Islam tidak pernah mengiktiraf LGBT sebagai satu orientasi seksual yang diterima.
Menerima bahawa mereka yang melakukan LGBT sepatutnya dibiarkan tanpa sebarang tindakan, adalah umpama mengiktiraf kehendak seksual mereka yang menyeleweng ini,” kata beliau kepada ISMAweb.
Tambahnya, Dr Mujahid perlu sedar bahawa di dalam Islam, perlakuan LGBT adalah sesuatu perkara yang dimurkai Allah, dan hukumannya adalah amat berat, di dunia dan di akhirat.
Apabila telah sabit seseorang itu melakukan LGBT, maka si pelaku sepatutnya melalui proses kehakiman yang sepatutnya, bukan kerana diskriminasi, tetapi kerana melakukan perbuatan tersebut.
“Si pelaku tidak sepatutnya dibiarkan sahaja, setelah melakukan perbuatan jenayah tersebut,” katanya lagi.
Selain itu katanya, kenyataan Dr Mujahid ini seolah-olah menyatakan bahawa “Kita tidak bersetuju dengan LGBT, tetapi kita tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap peliwat, dan mereka akan dibiarkan begitu sahaja, termasuklah boleh bekerja seperti biasa kerana sexual orientation adalah sesuatu hak kebebasan dan sesiapapun tidak berhak didiskriminasi kerana perkara tersebut.”
Dr Aznan juga menyeru agar Dr Mujahid merujuk kepada para ilmuan agama sebelum membuat kenyataan sebegini, agar beliau tidak keliru dan turut mengelirukan umat Islam yang lain.

1 comment:

  1. Semakin membiaklah amalan songsang ni, awak tunggulah DR Mujahid bumi malaysia jadi kota SODOM kerana politik sanggup memperlekehkan hukum ALLAH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com