innity

pages

Tuesday, July 15, 2014

NGO kutip derma Gaza, Aqsa Syarif Rupanya Bawah Ikram, Pengerusi Negara-ku

Boikot Aqsa Syarif, salurkan derma anda melalui Aman Palestin

AQSA SYARIF

Ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya di Malaysia pada 4 Februari 2010 sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. 
Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh lapan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. (rujuk laman web Aqsa Syarif)

Setiausaha Agung Ikram merupakan Pengerusi Negara-ku

Penglibatan segolongan orang Islam dalam NGO Negaraku amat dikesali oleh ramai tokoh akademik termasuk Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris.
Hal ini kerana golongan sekular dan liberal orang bukan Islam memperjuangkan konsep-konsep keadilan dan kebebasan mengikut pandangan alam (world view) Barat.
“Saya sedih apabila melihat ada segolongan orang Islam yang turut serta dalam perjuangan sekular dan liberal orang bukan Islam.
“Mereka fikir bahawa mereka memperjuangkan keadilan, kesetaraan dan kebebasan, dan menyangka Islam, mengikut kefahaman mereka yang dangkal, membenarkan usaha mereka. 
“Mereka tidak sedar bahawa konsep-konsep keadilan dan kebebasan yang mereka perjuangkan bukan mengikut acuan Islam tetapi mengikut pandangan alam (worldview) Barat,” katanya dalam satu kenyataan di facebook beliau.
Beliau yang juga merupakan pensyarah di CASIS UTM berkata demikian merujuk kepada penubuhan NGO baharu yang diberi nama Gerakan Rakyat Untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (NEGARAKU) baru-baru ini.
Lebih 60 NGO terlibat termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia.
Naib Presiden Ikram Zaid Kamarudin merupakan Pengerusi Negaraku, manakala Ambiga Sreenevasan dan A Samad Said berperanan selaku penaung NGO itu.
Ujar Dr Khalif, para aktivis Muslim sepatutnya menguasai worldview Islam kerana jika tidak, amat mudah untuk mereka terkeliru antara melakukan kebaikan dan melakukan kerosakan.
“Di sinilah pentingnya para aktivis Muslim menguasai worldview Islam kerana jika tidak amat mudah untuk mereka terkeliru, menyangka mereka melakukan kebaikan sedangkan hakikatnya mereka melakukan kerosakan,” katanya lagi.


Tuduhan liar dan Fitnah Aqsa Syarif terhadap ISMA tidak berasas



KHALLYS AL MORSI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA TUDUHAN LIAR DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB AQSA SYARIF YANG MEMBUAT FITNAH AMAT KEJI KONONNYA YAHUDI DISAMAKAN DENGAN CINA DI MALAYSIA
Sebelum saya teruskan respon balas terhadap kenyataan rasmi Aqsa Syarif Berhad (ASB),melalui lidah pengurus besar nya,En.Kamarul Zaman Shaharul Anuar,suka saya merakamkan penghargaan terima kasih di atas keprihatinan pihak ASB untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan status FB saya yang dikeluarkan pada 8/5/2014.
Ini membuktikan,Aqsa Syarif benar-benar mengambil berat isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat,dan bertindak balas dengan begitu pantas untuk menyampaikan pandangan dan pendirian.
Sebelum berbicara lanjut,saya mohon semua yang mengikuti isu ini untuk turut membaca entri saya di page arus baru,atau di page saya sendiri,kerana amatlah tidak adil dan “tidak mengikut disiplin penghujahan beramanah” (bak kata En.Kamarul),kenyataan rasmi ASB yang dikeluarkan tanpa disertai kenyataan penuh saya,
Link kenyataan asal di page Arus Baru atau entry dalam fb account saya.
Saya mengambil sedikit masa untuk benar-benar memahami kenyataan rasmi tersebut,apakah argument sebenar pihak Aqsa Syarif terhadap entri saya,dan saya nyatakan semula (supaya pembaca faham apa yang sedang berlaku,saya quote isi-isi penting penting kenyataan ASB) ,perkara utama yang ASB sampaikan dan respon balas untuk pencerahan dan penjelasan dari saya, seperti berikut :
a) ASB membuat kesimpulan pra-matang dalam perenggan pertama dan mengecam,dengan menyatakan saya menyamakan ‘ pencerobohan’ kaum cina ini dengan pencerobohan Yahudi di Palestin.
b) Dalam perenggan ke-2,AS membuat tohmahan dengan meLABEL kenyataan saya sebagai dangkal,mengelirukan merbahaya,anti produktif dan tidak bertanggungjawab.
Respon Saya untuk a) dan b) :
1) Saya mohon En Kamarul / ASB untuk meneliti semula kenyataan saya,dan kemukakan di perenggan ke berapa saya membuat kenyataan sebegitu,bahawa saya menyamakan pencerobohan kaum cina ini dengan yahudi.Yang menyatakan sedemikian adalah ASB sendiri,dan menjadikannya headline,dan fokus utama kritikan.Saya simpulkan, siapa yang mengatakan cina = yahudi ? jwpn : En.Kamarul,ASB.bukan Khallys Al-Morsi.Kenyataan a) tertolak sepenuhnya.
2) Untuk makluman En Kamarul/ASB, saya membuat kenyataan ‘perbandingan’ , persamaan antara Tanah Melayu dan Palestin.Kedua- dua ini adalah subjek utama,dan qaedah yang digunapakai adalah apa yang termaktub dalam ilmu balaghah; di bawah pecahan ilmu bayan iaitu qaedah tasybih tamtsil dan tasybih dimni.(perbandingan/persamaan dan keterikatan sesuatu dengan sesuatu yang lain padasifatnya), berdasarkan apa yang saya pernah pelajari.Tetapi boleh jadi juga mungkin tidak tepat dari sudut pecahannya,kerana saya bukanlah ‘alim atau pakar dalam bidang ini,walau bagaimana pun,ini hanyalah isu lughawi/istilah.
3) Fokus utama dari awal atau ‘musyabbah’(objek utama) yang saya nyatakan adalah ‘ tanah melayu’ dan ‘musyabbah bih’ (model perbandingan) adalah tanah barakah Palestin (antara rukun-rukun tasybih). Soal bangsa Cina langsung tidak termasuk dalam fokus kenyataan di sini,tetapi mereka hanya merupakan pihak yang turut ‘terlibat’.Beberapa kali saya ulangi ayat,’pihak-pihak tertentu’,dan ini tidaklah bermaksud merujuk kepada bangsa Cina semata-mata secara jelas.Saya biarkan ianya bersifat umum,untuk dinilai pembaca sekalian.
4) Kaedah perbandingan/persamaan ini bukanlah asing dalam dunia sastera,malah dalam perbualan biasa pun banyak berlaku.Contoh lain saya boleh kemukakan kepada ASB,adalah kenyataan TG Haji Hadi yang membuat perumpamaan dengan Yahudi bagi orang yang menolak sebahagian hukum Allah,(lihat di sini :http://www.youtube.com/watch?v=7puPMHxmNBw)
Dalam hal ini,adakah bermaksud org yg disebut adalah yahudi secara hakiki? Tidak. Ia hanyalah “persamaan” dengan SIFAT-SIFAT Yahudi,dan Al-Qur’an juga banyak mengambil contoh sifat-sifat Yahudi dan Nasrani yang dimurkai Allah,supaya umat Islam lebih mudah memahami apakah sifat tersebut sebagai sebuah peringatan.
Contoh lain juga bole diteliti dari kenyataan Pn Helen Ang,yang menisbahkan speaker Selangor macam perangai Yahudi rujuk di sini :http://helenang.wordpress.com/2014/05/06/puan-speaker-perangai-macam-yahudi-dah/
Apakah Pn Helen Ang memaksudkan Hannah Yeoh itu Yahudi? Tidak.Tetapi ianya disebabkan oleh sikap dan sifat.
5) Ada pun ‘ghorod tasybih’ (tujuan perbandingan) ini dalam kenyataan saya adalah untuk memperjelaskan sifat-sifat di antara musyabbah (tanah melayu) dan musyabbah bih (Palestin) dari sudut beberapa fakta sejarah yang pernah berlaku , supaya kita boleh mengambil pengajaran dan peringatan.Saya tidak bermaksud untuk menghina apatah lagi merendahkan bangsa atau pihak lain,melainkan tuntutan Islam untuk kita nyatakan kebenaran.
Mudah-mudahan,En.Kamarul/ASB dapat memahami maksud yang sebenar dari perbandingan/persamaan yang saya kemukakan dalam kenyataan saya,dan lebih bertanggungjawab untuk benar-benar memahami sesebuah kenyataan sebelum membuat kesimpulan.
c) Dalam perenggan ke-3,AS menyatakan , saya menuduh kaum cina bersekongkol dgn british untuk menjajah tanah melayu,membeli tanah secara terancang,dan pembentukan Negara haram dengan konsep sekular-liberal- dan cubaan melebar luaskan agenda demokratik ini sebagai tuduhan liar ,populis,hujah yang tidak berasaskan analisa yang kukuh dan disiplin penghujahan yang beramanah
Respon saya untuk c) :
1) Persoalan saya menuduh secara spesifik kepada kaum cina seperti dinyatakan ASB tertolak sama sekali dan telah dijawab dalam jawapan saya sebelum ini,kerana ia hanyalah persepsi negatif dari ASB sendiri yang tidak mengikut disiplin penghujahan yang beramanah,lebih kepada sangka buruk dan konklusi pra-matang.Apatah lagi memutarbelitkan kenyataan saya dengan mengatakan kaum cina pula yang bersekongkol dengan British.
2) Walau bagaimanapun,hakikat fakta yang jelas,bahawa british yang telah menceroboh tanah melayu ini,dan membawa imigran orang-orang cina dan india secara pukal tidak boleh dinafikan sama sekali.Saya nyatakan dengan jelas dan nyata dalam kenyataan tersebut.Saya qoute point ke 3 kenyataan saya : “kemasukan beramai-ramai secara pukal bangsa-bangsa lain cina dan india(majoritinya belum beriman) ke tanah melayu dengan terancang”
Bukankah ini fakta? Campur tangan British yang membawa masuk bangsa asing ini ke tanah melayu yang didiami oleh bangsa melayu pada asalnya mempunyai persamaan dengan apa yang dilakukan di Palestin.
Kemasukan pendatang/imigran & perancangan rampasan tanah dengan tersusun :
Perkara ini dibahaskan secara ilmiah dan akademik lengkap dengan kajian dan rujukan dalam buku “Kontrak Sosial” karangan Prof.Shamrahayu & Mohd Rizal.Antara fakta yang dikemukakan :
“Kesan campur tangan British,imigran Cina dan India dibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di lombong bijih timah dan lading getah” [p19,Latar Sosial dan Politik]
“orang cina bertumpu di kawasan maju, khususnya lokasi Bandar di barat semenanjung Tanah Melayu”
“Menurut Emerson,dasar ekonomi British membuka peluang besar kepada kumpulan imigran untuk mengasaskan kekayaan sehingga Berjaya menguasai sector perdagangan dan perniagaan” [p17,Latar Sosial dan Politik]
Malah dalam terbitan yang lain,Emerson menyatakan seperti berikut :
“Bilangan orang-orang Melayu di dalam negeri pada permulaan pembangunan pesat British sampai ke hujung kurun lalu adalah sedikit benar kalau dibandingkan dengan sumber-sumber hasil bumi negeri itu dan tanah yang terdapat. Memang tidak syak lagi bahawa orang-orang Melayu telah disingkirkan daripada tanah-tanah yang lebih penting, terutama sekali di sepanjang pantai barat dan kawasan-kawasan tanah yang luas di sepanjang kiri kanan jalan keretapi di pantai barat dan di tepi-tepi jalanraya yang terbaik”
“Begitulah proses yang berlaku secara terancang, teliti dan halus. Orang-orang Melayu diberikan tanah-tanah baharu di kawasan-kawasan pedalaman, manakala orang-orang Cina mengambil alih kawasan-kawasan bandar dan maju”
(Rujuk : Rupert Emerson, Malaysia Satu Pengkajian dalam Pemerintahan Secara Langsung dan Tak Langsung, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974, m.s. 21 & 22)
Ini adalah dasar British yang cukup terancang,dan dasar yang hampir sama juga dilaksanakan di Palestin ketika Palestin masih di dalam tempoh pentadbiran British.Ini adalah persamaan yang saya nyatakan.
3) Isu membeli tanah secara terancang,bukanlah isu baru. Proses mendapatkan tanah di Bandar ini bukan baru bermula,malah berkurun lamanya,dan ia nya menjadi dasar British dari awal,dan menempatkan bangsa asal di Tanah Melayu jauh dari pusat aktiviti ekonomi. Ini adalah “open secret”,dan kadar pemilikan tanah oleh bumiputera semakin mengecil akibat jurang ekonomi.Dasar-dasar untuk meningkatkan keupayaan pemilikan hartanah di Bandar oleh bumiputera juga dicabar.Contoh paling jelas,adalah seruan penghapusan kuota diskaun bumiputera oleh MP rasis dari parti cauvinis cina DAP yang rata-ratanya tidak mampu untuk memiliki hartanah di Bandar,dan akhirnya mereka Berjaya.
rujuk :http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1028879
Selain itu,kenaikan harga hartanah yang melampau di Bandar-bandar utama,Pulau Pinang,Johor,lembah klang ini semua mempunyai kaitan dari awal perancangan jahat British melalui imigran yang dibawa masuk.Ini yang dimaksudkan sebagai terancang.
4) Berkenaan dengan usaha pihak tertentu yang ingin menjadikan Negara kita sekular secara keseluruhan,dan menjadikan model “liberal democratic nation”,tidaklah saya merujuk kepada cina semata,malah semua pihak yang terlibat.Cubaan untuk mengubah perlembagaan,dan mencairkan identiti Malaysia sebagai sebuah Negara yang meletakkan kedudukan tinggi untuk Islam.Musuh-musuh Islam terdiri dari Yahudi dan Nasrani tidak pernah leka dan membuat perancangan rapi untuk memusnahkan tunjang perlembagaan Negara Malaysia yang member banyak manfaat kepada Islam,dan juga kepada pendokong utama Islam di Malaysia,yakni orang-orang Melayu,juga benteng terakhir ,Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam.Halangan-halangan ini lah yang membantutkan usaha-usaha musuh-musuh Islam ini di Malaysia.
Tasybih dimni digunapakai bagi menunjukkan ‘persamaan’ sifat usaha musuh Islam Yahudi di Palestin yang ingin menghapuskan Hamas dan sayap tenteranya,kerana ia adalah batu penghalang yang cukup besar untuk Israel merealisasikan agenda Israel Raya.
Saya harap Aqsa Syarif dapat memahami perkara ini,dan ini tidak lain tidak bukan,adalah supaya orang melayu Islam di Negara ini sedar akan bahana ancaman-ancaman yang berlaku sekarang ini.
4.1 ) Ingin saya nyatakan di sini,siapakah antara pihak yang terlibat itu?
- iaitu sesetengah bangsa Cina yang RASIS melampau , dalam DAP mahupn MCA,dan juga dari parti Politik PKR. Buktinya,sila rujuk perlembagaan DAP dan statement mereka dan perjuangan mereka untuk mewujudkan Negara sekular, serta statement dari pimpinan parti politik PKR,yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara “liberal democratic”,di mana acuannya adalah dari barat.
- Juga dari NGO-NGO tertentu yang terlibat membawa fahaman-fahaman yang merosakkan dalam masyarakat (liberalism,sekularisme,feminism,humanism) yang menerima dana kewangan dari agensi US ,dan juga tuntutan-tuntutan COMANGO dari 54 gabungan NGO untuk mengubah struktur dan juga perlembagaan Negara – SIS,IRF,Suaram,dan lain-lain.
4.2) Penjelasan point di atas :
Usaha dan misi DAP untuk Negara secular melalui konsep “Malaysian Malaysia” sama rata dan mengabaikan apa yang terkandung dalam perlembagaan Negara Malaysia,yang telah dipersetujui sekian lama.
Perkara ini diungkapkan dalam banyak kenyataan,malah dalam perlembagaannya :
“DAP tidak berganjak daripada komitmen bahawa Malaysia harus kekal sebagai negara yang demokratik, sekular dan berbilang agama’-http://dapmalaysia.org/parti/matlamat/Deklarasi-Parti/
Dan juga matlamat dalam perlembagaan DAP,rujuk fasal 2 :http://helenang.files.wordpress.com/2012/11/perlembagaan-dap.pdf
Pertembungan ideologi dibawa DAP dan seruan ISMA untuk mempertahankan hak orang melayu Islam :
4.2.1) Juga kenyatan dan pendirian dari pimpinan PKR,begi mewujudkan “Liberal Democratic Nation”.
apa yang berlaku adalah,Liberal dari segenap segi,agama,hal Negara,ekonomi dan lain-lain.
Sila rujuk ucapan DS Anwar berkaitan usaha mewujudkan ‘liberal demokrasi’ :
dan quote berikut : “I don’t think we can imagine for the briefest of moments that if [Anwar's party wins] Malaysia is suddenly going to be this wonderful liberal democratic country… It’s not going to happen.” − Azmi Sharom, University of Malaya
4.2.2) Malah,COMANGO yang membuat tuntutan-tuntutan ke UPR Majlis Hak Asasi Manusia PBB,lebih merbahaya,di mana tuntutan yang dibuat akan merubah struktur perlembagaan Malaysia,dan memberi ANCAMAN kepada Islam dan ummah di Malaysia.Tuntutan berteraskan hak asasi mutlak manusia berlandaskan fahaman liberal dan secular,tuntutan pengiktirafan kepada LGBT (ADUN DAP dah propose untuk wujudkan institute Transgender di Pulau Pinang), pertikaian terhadap status bumiputera sebagai “melanggar hak asasi”,dan banyak lagi.Untuk isu ini,saya tak berhasrat mengulas panjang,saya kira Aqsa Syarif wajar meneliti dan memahami isu ini dengan amanah dan jujur,dan berkata benar.
Untuk info kepada semua,kenapa COMANGO merbahaya,sila go through tanpa prejudis :
http://www.bharian.com.my/bharian/article/COMANGOcabarkedaulatanIslamdiMalaysia/Article
4.2.3) Juga keterlibatan NGO-NGO berpaksikan fahaman liberal tertentu contohnya di bawah ; yang mendapat dana dari pihak luar,terutamanya kerajaan US melalui agensinya NED,tidak lain tidak bukan,adalah untuk membawa agenda jahat Yahudi dan pihak tertentu yang memusuhi Islam ke Malaysia.
Antaranya NGO liberal yang menerima dana US :
- International Republican Institute
- Islamic Renaissance Front (IRF)
- KiniTV
- Lawyers for Liberty
- Liberal Banter
- Merdeka Centre
Sila rujuk laporan pemberi dana,iaitu NED :
http://www.ned.org/where-we-work/asia/malaysia
Siapakah NED?
Atau : bacaan lebih mendalam,berkenaan agenda-agenda US ini boleh baca buku berikut :
-Sejarah Pemikiran,sumber ilmu,perbandingan ideology,dan order baru dunia.Karangan Sulaiman Noordin
- Art of Deception,Amerika,Freemason,Zionis,karangan Jerry D.Gray
Dan banyak bahan bacaan yang lain.
4.3) Penjelasan maksud ‘Negara Haram’ yang saya nyatakan,dimana Aqsa Syarif memahaminya dengan salah :
-Secara ringkas,Negara “haram” yang saya umpamakan di Tanah melayu ini ,dengan Negara haram Israel di Palestin,mempunyai wajah syibih yang hamper sama.iaitu menghapuskan hak penduduk asal,dan melaksanakan agenda baru,apatah lagi agenda yang bertentangan dengan Islam.
-Di tanah melayu ini,pihak-pihak yang saya nyatakan di atas,terlibat secara langsung bagi membawa satu kefahaman baru dalam mendefinisikan semula apa yang telah termaktub dalam perlembagaan,apatah lagi ada di kalangan mereka mencabar apa yang telah dipersetujui melalui kontrak social oleh para imigran/pendatang yang dibawa masuk British.Malah,ideologi baru yang diperjuangkan oleh mereka amat bertentangan dengan Islam,dan bercanggah dengan perlembagaan,juga mereka seolah-olah mahu MENCIPTA sebuah Negara baru.Ini juga satu bentuk penjajahan secara halus dan tidak disedari ramai,tetapi kesan nya akan dilihat pada masa akan datang.
-Di Palestin,Yahudi Zionis pula benar-benar melaksanakan penjajahan fizikal ke atas rakyat Palestin,dan meggunakan segala kekuatan untuk menghancurkan segala penghalang yang ada,terutamanya dari kerajaan Hamas.
-Begitu juga di sini,pihak yang saya sebutkan di sini,turut berusaha untuk menghapuskan batu penghalang kepada agenda mereka,terutamanya kedudukan Islam yang tinggi dan diiktiraf.
-Jika di Palestin,pihak Zionis Yahudi mempengaruhi PBB untuk menyebelahi mereka,dan berjaya menubuhkan Negara haram melalui undian.Persamaan yang ketara di tanah melayu ini,pihak NGO-NGO COMANGO turut berusaha mendapatkan tekanan dari PBB ke atas Malaysia melalui semakan berkala sejagat Majlis Hak Asasi Manusia,PBB,bagi melaksanakan agenda – agenda jahat mereka.
-Berkenaan pihak yang mengatakan Malaysia Negara Sekular,Untuk pengetahuan semua,Malaysia bukanlah negara sekular.Jika dibahaskan di sini,maka kenyataan balas ini akan menjadi sangat panjang.Cukup saya kemukakan penjelasan dari Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia,Datuk Zainul RIjal, bagi menepis dakwaan jahat yang tidak beramanah dan bersifat populis pihak-pihak yang memusuhi Islam di Malaysia ini.
d) Dalam perenggan ke-4 dan 5,ASB bertalu-talu soalan-soalan yang dikemukakan dengan menggambarkan seolah-olah kenyataan saya adalah “menyamakan” 100% sejarah tanah melayu dan palestin dari segenap sudut termasuk dokumentasi,perjanjian,pelaku-pelaku sejarah dan sebagainya.ASB juga menuduh saya membangkitkan kebencian umat islam/melayu ke atas kaum cina di Malaysia
Respon Saya :
1) Saya telah jelaskan dalam jawapan saya di awal-awal kenyataan ini,kaedah perbandingan di antara Tanah Melayu dan Palestin,adalah berasaskan ‘sifat’ yang hampir sama (tasybih tamtsil & dimni) dan pengajaran yang boleh didapati dari sejarah untuk peringatan kita tanpa mengkhususkan kepada mana-mana bangsa,tetapi saya tujukan kepada “musuh-musuh Islam”.Boleh jadi dari berbagai bangsa pun!
.Saya kira,ASB tak perlu nak bertanya “ adakah Tanah Melayu ada perjanjian Balfour” dan sebagainya.Ini satu soalan yang amat amat dangkal dan jauh tersasar di luar konteks,dan dikeluarkan dengan tergesa-gesa mungkin.Adakah ASB maksudkan,perjanjian Balfour dan perjajian Pangkor adalah serupa? Sudah pasti perjanjian Pangkor tidak terdapat di Palestin kan? Tetapi,bukankah intipati dan sifat nya tidak jauh beza? Iaitu pengambilan tanah dan hak secara legal?
Mohon ASB menilai semula tuduhan liar yang langsung tidak berteraskan disiplin penghujahan yang amanah dan jujur.
e) Perenggan seterusnya,AS sekali lagi mengulangi kenyataannya,menuduh saya menyamakan rkyat berbangsa cina di Malaysia dengan Yahudi di Palestin,dan mengatakan saya golongan cauvinis ,membawa mesej salah kepada usaha universal .
Respon Saya :
1) Sama seperti jawapan di atas.Harap ASB berusaha untuk hadamkannya.
f) Kenyataan akhir ASB,ada menyatakan tindakan mencemar niat mulia semua rakyat Malaysia untuk membela rakyat Palestin perlu dihentikan serta merta.
Respon Saya :
1) Ini juga satu tindakan dan statement ASB yang amat populis,dangkal,tidak beretika,putar belit dan menuduh saya mencemar niat mulia.Mohon ASB keluarkan secara khusus,bahagian mana yang saya mencemar niat mulia rakyat Malaysia untuk membela Palestin?
Penutup
1-Beberapa perkara penting untuk saya akhiri hujah dan respon balas saya terhadap kenyataan tergesa-gesa Aqsa Syarif Berhad,yang tidak tabayyun apa yang saya tulis dan maksudkan,dan juga membuat kesimpulan pra-matang dalam menilai sesuatu perkara,malah berniat jahat menjadikan “CINA” sebagai subjek headline memfitnah penulisan saya.
ASB dengan ini telah berlaku AMAT RASIS,dengan menuduh orang Cina = Yahudi,sedangkan saya tidak pernah berkata sedemikian secara khusus.Saya meneyru supaya ASB menjaga sensitiviti dan hak semua pihak,tanpa menggadaikan hak bangsa sendiri.
2- Ingin saya ingatkan di sini,apa yang berlaku di Palestin,di dalamnya terkandung pengajaran untuk kita semua.Kita perlu membumikan pengajaran dari perjuangan Hamas di Palestin,dan aspek2 Sejarah yang acapkali berulang,bukan sahaja di Malaysia,malah di Negara-negara yang majoritinya Islam di tempat lain,contohnya Turki dan Mesir.Semuanya ada kaitan,dan mesej Jihad yang Allah sampaikan kepada kita semua.
ASB juga perlu memahami situasi dan mementingkan kepentingan umat Islam di Malaysia,dan pendokong majoritinya,Melayu Islam.
3- ASB tidak perlu cuba menjadi hero untuk mempertahankan tindakan dan agenda jahat mana-mana pihak di Malaysia,dan menempelak statement dari presiden ISMA Al Fadhil Ust Abdullah Zaik berkenaan kenyataan beliau,kerana ianya adalah fakta yang berasas (boleh juga rujuk buku Kontrak Sosial yang saya sebutkan sebelum ini) ,apatah lagi tindakan pihak tersebut bertentangan dengan kepentinga ummah.Lebih baik untuk ASB turut sama mengingatkan fakta-fakta sejarah di Malaysia ini,dan sama-sama berganding bahu mempertahankan kemuliaan dan maruah Islam yang dipijak-pijak begitu dasyat mutakhir ini.Kenyataan al fadhil Ustaz dikeluarkan tidak lain tidak bukan,adalah terhasil dari kronologi kenyataan-kenyataan jahat pihak yang memusuhi Islam di Malaysia,terutama dari parti politik Rasis DAP,MCA,yang konsisten menentang agenda memartabatkan Islam di Malaysia yang dilaksanakan samada kerajaan,mahupun dari PAS dan NGO-NGO Islam yang lain.Dan hak orang Melayu islam yang termaktub sekian lama tidak wajar dipertikaikan dan dicabar.
“Mempertahankan kepentingan serta hak istimewa orang Melayu tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk ancaman terhadap kaum lain” [Kontrak Sosial| Perlembagaan Persekutuan 1957,p53]
Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut,cukup saya tag ahli-ahli ISMA berketurunan dan berdarah cina di sini.Boleh juga lihat komen mereka di facebook page masing-masing berkenaan kenyataan Al Fadhil Ust Abdullah Zaik.
Alifah Ting Binti Abdullah
@Faridah Wong
@Adry Wong dan ramai lagi.
4- Saya juga menyeru,kepada semua,untuk sama-sama beringat dan mengambil pengajaran dari sejarah yang berlaku di Palestin,perjuangan Jihad yang berterusan berhadapan dengan 2 musuh utama yang acap kali disebut di dalam Al-Quran,yakni Yahudi dan Nasrani.Usaha mereka tidak pernah berhenti,gerakan yahudi yang menunjang di seluruh dunia,dan gerakan kristianisasi yang menjalar berterusan berabad lamanya.
5- Suka saya ingatkan ASB,pesanan dan nasihat yang dikemukakan oleh Syeikh Khalid Mesh’al,pemimpin kanan Hamas yang berjuang bermati-matian demi Palestin.Sebagai badan yang ingin turut menyumbang kepada Palestin,wajarlah ASB untuk ‘mendengar’ nasihat beliau.Antara yang penting :
Pesanan Syeikh Khalid Mash’al : “ harapan saya untuk rakyat malaysia terutamanya para pemuda supaya kamu menjaga agama kau.jagalah agama dan negara kamu pada masa yg sama.Agama Islam adalah modal kita,manakala negara adalah amanah wajib kita pelihara.KIta bertanggunjawab untuk berkhidmat kepada negara dan kita perlu menunaikan haknya,dan kamu perlu menjaga kepentingan kamu di malaysia.
Sekali lagi saya menyeru rakyat Malaysia,terutamanya golongan pemuda supaya menjaga negara mereka,menjaga keamanan,kesatuan dan menjaga IDENTITI MELAYU ISLAM demi masa depan Malaysia yang gemilang.”
Boleh lihat beserta terjemahan di link berikut :
Terima kasih
Al Faqir ila Allah,
Khallys Al-Morsi
Pengurus Kecil
Akaun FB

2 comments:

  1. Setiap tulisan yang dinukilkan, Allah mengira nya dengan ganjaran. Andai ia tertulis kerana ingin memperbaiki sahabat gerakan islam, moga2 Allah mengurniakan ganjaran. Tapi, andai ia ditulis semata2 kerana dendam yang tak pernah habis, Moga Allah mengampunkan. Hentam lah selagi boleh. Ingat, perjuangan islam ini tidak akan tertegak di atas tapak permusuhan dan kebencian. :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha IKRAM tu geng-geng liberal dalam PAS.......tak tauuu kaaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com