innity

pages

Wednesday, July 23, 2014

MUTAKHIR:Pesawat Taiwan terhempas, 47 dikhuatiri maut


TAIPEI, Taiwan: Sebuah pesawat yang cuba mendarat ketika ribut terhempas di luar lapangan terbang sebuah pulau kecil Taiwan hari ini dan Menteri Pengangkutan Taiwan berkata 47 orang terperangkap dan dikhuatiri maut. 

Menteri berkenaan, Yeh Kuang-shih dipetik Agensi Berita Pusat sebagai berkata 11 lagi individu cedera apabila pesawat berkenaan terhempas dan terbakar ketika cubaan mendarat kali kedua. 


Agensi berita itu sebelum ini melaporkan 51 orang terbunuh. 

Penerbangan GE222 iaitu pesawat ATR-72 yang dikendalikan syarikat penerbangan taiwan, TransAsia Airways, dalam perjalanan dari Kaohsiung ke Penghu. 

Ia terhempas di luar lapangan terbang di perkampungan Xixi. - AP

1 comment:

  1. macam bermusim puak kemalangan kapal terbang skg ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com