innity

pages

Tuesday, July 22, 2014

#MH17:(PROPAGANDA UKRAINE GAGAL) Pemisah Ukraine serah dua kotak hitam MH17 kepada Malaysia



TERKINI: Pemisah Ukraine serahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia sebentar tadi. 

Gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine. 


Sementara itu, wartawan BH, Hardi Effendi Yaacob yang kini berada di Ukraine, melaporkan pemberontak Donetsk People's Republic menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk kepada wakil Kerajaan Malaysia kira-kira.jam 1 pagi tadi (6 pagi waktu Malaysia). 



Ia sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit.

Penyerahan kotak hitam itu, yang mempunyai data penerbangan MH17 dipercayai dapat membantu proses siasatan punca sebenar nahas pesawat berkenaan ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Ia diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Delegasi Pasukan Siasatan Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun tidak.mengulas lanjut.


Bagaimanapun, sumber memberitahu BH, kedua-dua kotak itu didapati berada dalam keadaan baik walaupun pada bahagian luarnya mengalami sedikit kerosakan.

"Tumpuan penyiasatan untuk meneliti maklumat MH17 dari mula berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol, Amsterdam sehingga ke titik koordinat terakhirnya kehilangan komunikasi dengan menara kawalan (ATC) sebelum.dilaporkan ditemui terhempas dan terbakar.

"Kita juga berharap ia mengandungi rakaman apa yang berlaku dalam kokpit sebelum kejadian," katanya. - Berita Harian

MH17: Ukraine tuduh puak pemisah cuba musnahkan bukti di lokasi nahas

KIEV: Sebelum ini Kerajaan Ukraine menuduh pemberontak pro-Russia cuba untuk memusnahkan bukti di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu dan mengalihkan 38 mayat dari tempat kejadian. 

“Kerajaan Ukraine secara rasmi mengatakan bahawa pemberontak yang dibantu Russia, cuba untuk memusnahkan bukti berkaitan jenayah antarabangsa,” kata kerajaan Ukraine daalm satu kenyataan hari ini. 


Menurut data kerajaan, pengganas telah mengambil 38 mayat ke rumah mayat di bandar Donetsk,” katanya sambil menuduh beberapa pakar yang bercakap dalam aksen Russia itu cuba untuk menjalankan pembedahan dan pemeriksaan terhadap mayat dengan sendiri. - REUTERS 


Puak Pemisah Nafi Tembak Pesawat MH17, Tuduh Tentera Ukraine

Puak pemisah Ukraine di Donetsk juga sebelum ini telah menafikan bahawa mereka menembak jatuh pesawat penumpang MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS).
Timbalan Perdana Menteri Puak Pemisah Ukraine, Andrei Purgin (gambar bawah) memberitahu, pesawat berkenaan telah ditembak jatuh oleh tentera kerajaan Ukraine.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com