innity

pages

Wednesday, July 23, 2014

#MH17: (SEDIH & PILU) Kad Raya DITEMUI di Lokasi Nahas MH17


Amat sedia dan pilu apabila melihat sekeping gambar yang memaparkan kad raya yang ditemui di lokasi kejadian nahas MH17.

Dengan jelas tertera ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada kad tersebut.

Kami percaya rakyat Malaysia semua akan merasai kepedihan dan kesedihan yang dirasai oleh kaum keluarga mangsa dan sahabat handai.

Marilah kita semua bersatu menghadapi dugaan ini dan janganlah tuduh menuduh antara kita. Sekarang bukan masanya kita berpolitik dan mencuri peluang memburukkan musuh politik masing-masing.

Najib Razak menunjukkan kemeja T yang bertulis 'We Are One' sebagai tanda bersatu bagi menuntut keadilan dalam tragedi ‪#‎MH17‬di perkarangan Parlimen hari ini.

Saya terpaksa ambil keputusan berisiko" - Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau terpaksa mengambil keputusan berisiko demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi ketika mengadakan rundingan dengan Ketua Pemisah Pro-Russia, Alexander Borodai, kelmarin. 

Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku," katanya ketika membentangkan usul khas mengenai MH17 kepada Dewan Rakyat, hari ini. Katanya, tidak semua tindakan perlu dihebahkan. 

"Sometimes we must work quitely in the service of a better outcome” yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu," katanya. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com