innity

pages

Saturday, July 19, 2014

#MH17: Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Ketuai Pasukan Siasatan Khas Malaysia ke Ukraine


KIEV: Pasukan siasatan khas Malaysia mengenai tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev di sini pada jam 4 pagi tadi(waktu Kiev). 

Ketuanya, Khairil Hilmi Mokhtar, (Pegawai Tadbir dan Diplomatik M48) berkata pasukan itu, yang terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan, akan berada di Ukraine sehingga 25 Julai. 




Saya harap semua proses akan berjalan lancar bagi pasukan sisatan ini," kata Khairil Hilmi, yang juga ketua penolong setiausaha Bahagian Pengurusan Rentas Sempadan Majlis Keselamatan Negara kepada wartawan Malaysia sejurus tiba di lapangan terbang itu. 

Pasukan itu, yang turut mengandungi pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia dan pegawai perubatan, berlepas dari Kuala Lumpur pada Jumaat malam dengan sebuah pesawat sewa khas. 




Khairil Hilmi berkata pasukan itu perlu membincangkan dan menyelesaikan beberapa perkara hari ini memandangkan tempat pesawat berkenaan terhempas terletak kira-kira 500km dari Kiev. 

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji siasatan mendalam akan dijalankan untuk mencari punca sebenar Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine pada Khamis, walaupun pihak berkuasa negara itu percaya ia ditembak. 




Pada Jumaat, MAS mengesahkan Penerbangan MH17 membawa 283 penumpang, termasuk tiga bayi, terdiri daripada pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warganegara Malaysia. 
Pesawat Boeing 777-200 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi Jumaat, waktu Malaysia. 

88 comments:

  1. HEBAT PTD NI...WALAU MEREKA DI FITNAH KONON APMM TIDAK PERFORME KERANA MRK WALHAL PTD HANYA JAGA ADMIN...YG OPERASI TU DR POLIS N TENTERA YG MASUK APMM

    WALAU ORG FITNAH, PTD TETAP BERJUANG UTK NEGARA

    HERO YANG TIDAK DIDENDANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger yg tuduh PTD pasal APMM tu nampak sangat tak tau struktur dalam APMM

      Delete
  2. org baik selalu kena fitnah ..ramai yg hasad dengki dlm perkhidmatan kerajaan

    Mungkin ada 2-3 org yg tidak bagus tapi keseluruhan nya PTD mmg hebat2 belaka

    Sabarlh PTD, terutama yg muda2 tu, jgn mudah melatah, jgn putus harapan, jgn kecewa

    Perjuangan kalian demi agama bangsa dan negara

    ReplyDelete
  3. PTD memang hebat ... semua jabatan dia nak jadi ketua ...
    dia baca dak mkn .. tentang nahas udara ... siapa yang sepatutnya dilibat dalam diasatan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap baik sikit dol, itu kerajaan yang arahkan, itu maknanya PM dan kabinet percaya pada PTD, bukan dia gila nak jadi ketua

      Delete
    2. the clueless pm ... kata out syed box ... or the blurrr pm ...

      sama cam penasihat dan ptdnya ..

      Delete
    3. Kan dia cuma ketuai delegasi. Memanglah kerja ptd ni managing.. betul lah tu.. kan ke dalam delegasi tu ada pelbagai jawatan dari pelbagai agensi yang ada masing2 punya kepakaran untuk siasatan..

      Dah betul la dia pwgi as ketua based pada jawatan dia dlm MKN tu.. apolahai..

      Delete
    4. NAK HINA DAN FITNAH MMG SENANG...BUAT SENDIRI HARAM TAK MAMPU..CKP BOLEH LH

      Delete
    5. Jgn lupa...klu Pakatan perintah negara, PTD ni juga lh, jgn jd jahil sgt

      Delete
    6. Dalam SUK Selangor dan Pulau Pinang beramai PTD yg jd penasihat kpd kerajaan negeri tu korang tak nk komplen ke sbb kerajaan PR kn

      Otak tidak berhubung mcm tu lh

      Delete
    7. Setuju..... sy slh seorg ptd yg berkhidmat dgn kerajaan negeri selangor dr thn mula memerintah negeri tersebut. Sy sokong.... hasilnya pentadbiran kerajaan negeri yg bnyk didominasi oleh ptd2 otai n ptd2 muda memberikan impak yg sungguh luar biasa. Kami2 berjaya membawa selangor sbg negeri termaju dan juga negeri berkebajikan. Begitu juga dgn hasilnya di utara, iaitu Pualu Pinang. Kami bantu melicin dlm penyelarasan struktur pentadbiran negeri. Harap tiada lagi yg cuba memburukkan perkhidmatan kami terhadap negara. Saya suka sekali taq line... " hero dlm didedahkan itu".... ;)

      Delete
    8. Org yg condemn tu dah rasa hebat sangat la tu, ilmu seciput baru Allah bagi pasal bidang masing2, dah terlalu rasa jadi bagus? Takbur namanya tu brader.. Tak pikir ke kenapa la Allah bagi rezeki setakat tu je kat lu bro, pikir2 cuba pikir.. Oops lupa, sel otak belum berhubung sepenuhnya.. Kalau PTD diarahkan oleh Kerajaan untuk lead mission, terima sahaja lah. Jadi derhaka pun Allah x suka, nak puaskan hati sendiri sampai bila2 pun x cukup sbb setan duk banyak bisik kat telinga tu bro.. Cer banyak muhasabah, hati jadi tenang insyaAllah.. Peace no war!!

      Delete
  4. AKU SEORANG LECTURER IPTA, AKU KAGUM DENGAN PTD, AKU MOHON PERGI EXAM 4 KALI TAPI TAK LEPAS., MAKNANYA ITU KELEMAHAN AKU, MAKA TAK PERLU AKU DENGKI DENGAN MEREKA YG TERPILIH

    MALAH REZEKI LECTURER PON BAIK, NAIK PANGKAT TANPA PERLU POST KOSONG

    BAGI AKU ORG YG DENGKI TU TIDAK MAHU TERIMA KELEMAHAN DIRI SENDIRI, EGO, SOMBONG, DENGKI, KERANA KAMU TIDAK MAMPU LEPAS EXAM, PAC, N INTERVIEW

    DALAM PTD SEMUA LULUSAN ADA, LEPASAN AKAUN, ENGINEERS, SAINTIS, BBA, MBA, AGAMA, DARI UNIVERSITI MCM2 DLM N LUAR NEGARA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la tu ... tetapi apabila lahat datu kena ceroboh ptd kekal selamat tak disalahkn ...

      ketua apa macam ni ...

      ketua yg lembik macam najib ...

      Delete
  5. Tapi ada juga PTD yg perasan bagus

    Terlebih2 plak tu...tu mcm mana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu masalah attitude individu.. skim lain juga begitu di mana ada segelintir nya ada masalah.

      Delete
  6. PTD yg rasuah pon ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu individu lh, jgn lh komen cam ni,

      Delete
    2. Bila baca suratkhabar..ada juga kes skim lain terlibat rasuah. Suka benar kamu ni menunding jari kpd golongan ptd sahaja. Sgt selfish dan tak patut. Pergi la muhasabah diri.

      Delete
    3. Ptd yang rasuah mmg ada, tp yg bukan ptd amik/beri rasuah laaaaagggiiiiii ramai.. cer bukak sket paper tak pun google jer kt henfon hang yg canggih tu.. yg jaga penguatkuasaan gred sokongan pun ramaiiiii je yg rasuah.. yang kerani jaga kewangan pun tak kurang hebatnya.. kalaulah aku boleh tunjuk kat hang kes2 tatatertib kat tmpt aku ni, mau melopong mulut hang.. isk2.. mentang2 bila paper tulis tajuk artikel tu nama PTD je ko dah buat assumption cenggitu.

      Delete
  7. SUKA KOMEN NI:
    "Dalam SUK Selangor dan Pulau Pinang beramai PTD yg jd penasihat kpd kerajaan negeri tu korang tak nk komplen ke sbb kerajaan PR kn

    Otak tidak berhubung mcm tu lh"

    ReplyDelete
  8. maaf cakap la ... zaman tun mahadir dulu ptd tak bermaharajalela spt sekarang ... tetapi pm.tun mahadir banyak membina pemvangunan dan amat dihormati di dalam dan luar negara ...

    pm sekarang dgn ptdnya ... penatsihstnya yang berakal pintar tetapi tetap clueless ... pinjam kata outsyed the box dan blurrr pinjam kata din turtle ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk makluman budak berblog yg baru nak belajar ni, masa zaman Tun M lah PTD byk main peranan dalam pembangunan negara

      zaman Najib ni byk guna consultant luar + PEMANDU, PTD telah diketepikan, semakin kurang diberi tugas2 utama

      korang tada dalam Kerajaan jangan buat fakta bodoh mcm tu

      Delete
    2. klu ckp PM sekarang penasihatnya dalah PTD mmg silap besar, aku setuju zaman TUN mmg PTD berkuasa dalam tugas2 utama, sekarang Najib guna PEMANDU dan Penasihat luar yang bayar juta2

      Klu sapa kata "Najib dgn PTDnya" mmg fakta salah, nampak sangat korang bukan dalam Kerajaan, tak tau apa

      Delete
    3. setahu aku ... zaman tun ptd tak gila nak jadi ketua kat jabatan pendidikan, jabatab kesihatan, tentera dan lain2 jabatan kerajaan. zaman najib blurr atau clueless ni ptd sibuk dan bermaharajalela nak jadi ketua kat semua jabatan yang ada di malaysia ni ...

      Delete
    4. Setahu ko? Nampak sgt ko tahu tp brcakap mcm cerdik, kerajaan yg luluskn PTD masuk jabatan tertentu hanya utk jaga admin bukan tugas teras.
      Kenapa kerajaan putuskn begitu? Pasti ada sebab, antaranya pengurusan kewangan yg tidak terurus sblm ini
      Jangan lh sombong, semua fakta ada, ingat kerajaan buat keputusan ikut saja pendapat PTD, ingat diorg semua bodoh ikut je PTD ckp, radionallh skit

      Delete
  9. Klu korang nk tahu ramai PTD muda skrg mengeluh krn tidak dpt pembelaan dr pgw PTD atasan krn terlampau layan skim2 lain. Cth lecturer mcm komen kt atas mrk dpt naik pangkat tanpa post kosong pon yg mana PTD tidak ada kelebihan tu,

    Malah PTD yg bru skrg nk naik 44 pon dh lambat tidak mcm dulu sbv post byk jwt PTD yg dibuka "open post" yg menyebabkn semua skim boleh jawat. Tp mereka tak plak dengkI fitnah. Senyap je terima dgn sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ckp dgn org yg xpnh masuk ptd buat ape..buat kurang pahala je..dorg bkn stakat jd admin..tp ade 8 bidang yg ptd handle..sng cite msuk dlu br komen..hubungkn sel2 otak tu..
      kwn aku ptd 41 gji ciput tp kne jge org2 besa 24 jm n dgn karenahnya..ade org kesah? Xde pn..
      Jgn dsbbkn kbencian kamu kpd 1 pihak mnyebabkn kamu tidak berlaku adil pd pihak tu..

      Delete
  10. setahu aku semua ketua jabatan yang telah dijajah oleh ptd merasa tidak seronok dengan penjajahan itu. ini disebabkn ptd terus menjadi ketua jabatan ... sedangkn pegawai dari jabatan berkaitan terpaksa menapak dari satu anak tangga ke satu anak tangga baru dapat menjadi ketua jabatan. tetapi ptd terus menjadi pegawai pemerentah tanpa perlu melalui semua kesusahan itu.

    oh ya lupa pula ... kan ptd adalah orang yang hebat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tada lg PTD jd ketua jab d jab2 seperti pjb pendidikan, kesihatan, JPT, JPP ...blm ada...yg ada mrk hanya jaga admin..boleh check

      Bagi Jabatan yg mmg utk ptd atau open post ..mereka pon naik dari bawah...tada ptd terus2 jadi gred 54 atau jusa c...apa lh

      Delete
    2. Cara komen budak atas tu mcm dia bukan level pegawai..tak tahu tak pyh komen dik

      Delete
    3. bak kata KJ, "tak perlu cakap apapun klu nak bajet pandai atau tunjuk cerdik."

      Delete
    4. Hangpa PTD ka..admin kan...lecture ka...peguam ka...lawyer ka....tukang sapu ka...kelindan ka....SAMA saje disisiNYA...

      masing-masing ada tanggungjawabnya....JANGAN dok pelekeh kerja orang laen.

      Delete
    5. Kenapa rasa x seronok pula kalau dah bekerja dan dapat gaji tiap2 bulan? X bersyukur ke brader? Pikir sket org yg lagi susah kat bawah sana, x kejar pangkat pun sibuk nak dapatkan keje tetap. Bila ada org mcm lu brader, dah ada keje tetap nak kejar pangkat plak tu, insaflah. Keje kerana duit mmg x cukup brader. Bukak bisnes sendiri, untung lagi ada la, dan x buat sakit hati dan fitnah PTD nih. So? Mcm mana? Tak leh terima nasihat ke brader? Muhasabah lagi brader anda pasti akan berjaya.

      Delete
  11. Haha anon 7:29pm..jbtn mana yg ptd baru jajah tu.cecite sket

    ReplyDelete

  12. setahu aku la yang dok dengar komen dari pegawai kesihatan ... pegawai pendidikan ... pegawai di jabatan pertahanan ... memang dia orang genbira dengan penguasaan ptd ni ... itu setahu aku la ... kalu tak tak kan ada jabatan sedang berusaha dengan gigih tidak mahu ptd nasuk ke jabatab mereka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi ko kata PTD rampas jwt ketua jabatan, skrg ko ckp lain plak...aku nk bg tau...PTD tidak pernah ambil jawaran ketua pengarah di Jabatan2 yg ko kata tu

      PTD tak dibenar masuk ke Jabatan tertentu tu adalah kerana dengki khianat, konon takut PTD ambil jawatan mereka...TETAPI korang tahu tak yg jawatan tu cth di Jabatan Pelajaran tu tak ada satu pon jawatan dirampas dari Cikgu, semua jawatan yg dipegang ptd adalh jawatan yg baru

      Delete
    2. Sesuka hati ja. Tau x bila orang yg x de kelulusan atau pendidikan dalam pentadbiran jadi cmna bila dpt pangkat sebagai pentadbir atau ketua jabatan? Penah masuk ke kpm bahagian pengurusan guru? Dekat situ mana ada ptd! Bila cikgu kecoh pasal posting x adil semua, tau x tu hasil kerja siapa? Bukan ptd. Tapi org2 yg asalnya x belajar pentadbiran tapi naik pangkat buat pentadbiran. Tu baru di kpm. Belum kkm. Haru biru. Kalau x tau jgn memandai nk komen. Org yg bising x happy tu sbb nanti kerja2 mentadbir ni jadi telus, so dh x bleh buat sesuka hati bila ptd masuk. Sbb tu mengeluh x puas hati. Ntah apa2.

      Delete
  13. Sebelum nak komen pasal ptd jadi ketua jabatan @ agensi, adalah baik tuan2 dan puan2 overview struktur perkhidmatan awam Malaysia. Baca sejarah perkhidmatan negara.

    Dan yang paling penting kena faham tugas masing2. Jangan cemburu tak tentu pasal. Kalau anda guru, tugasnya mengajar, bukan mentadbir. Kalau anda polis, tugasnya jaga keselamatan awam. Dah nama pun pegawai tadbir & diplomatic, sah-sah tugasnya mentadbir. Takkan tugasnya merawat pesakit kot...

    Ringkasnya back to basic.

    Peace no war!

    ReplyDelete
  14. Nape dr rasa jd peg tu bsr sgt dh ke..hebat sgt ke komen level peg awak tu...jgn takbur sgt..trima komen org lain dgn lapang dada...kalo x jgn buat blog dan disable kan bhg komen ni je. Pd pandangan sy yg x memihak pd sesapa dan pengalaman dlm gov...spt komen sedara di atas td mengatakan kelompok ptd skrg amat susah dan lambat naik pangkat adalah antara penyebab mereka cuba utk penetrate skim2 lain yakni mengetuai di bhg admin dan sumber manusia. Skim2 yg blm brjaya dimasuki lg adalah pendidikan, polis, tenterĂ , kesihatan dsbg nya. Usaha mereka ini ditentang keras oleh peg2 di skim brkenaan krn jika peg ptd dpt msk dlm skim lain maka abislah diangkut semua konco2 yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lh fitnah, blm apa2 dh tuduh ptd angkut konco2. Ingat ni gudang tembakau bapa kau ke, dlm gov bukan boleh suka suki

      Delete
    2. anon 1024; kalau nak komen cari la fakta. jangan mai dengar cakap kedai kopi pastu sembang kat sini.Kalau orang kata awok tak cerdik nanti awak marah. awak kata orang lain takbur, riak. Orang boleh terima hujah dgn lapang dada kalau betul faktanya. Jangan la berhujah tidak menggunakan akal yang Allah bagi.

      Delete
    3. Kepada brader yg x puas hati kat atas ni, byk muhasabah diri. Jangan melulu dan membabi buta membuat kritikan, please la. Statement anda membuatkan anda nampak apa yg sebenarnya yang anda layak jadi, fikirkanlah. Kenapa Allah tetapkan anda di jawatan anda sekarang, semuanya telah tertulis. Tgk org yg lebih susah dari anda, hidup anda pasti tenang. Jgn ada perasaan x cukup itu ini dan hasad dengki. Cuba tgk banyak bisikan setan duk kat hati dan telinga tu brader. Cer tengok cer tengok. Rancangan iblis dan setan tu berjaya kalau x nmpk lagi la..

      Delete
  15. Kalau bg komen tuduh sana sini..bila masalah nk selesai..turun padang lah..zaman skrg semua org bnyak ckap..dulu org kuat keja..skrg terlalu ramai yg jadi jurucakap..ramai yg cerdik pandai dlm hal ni...hasil tak kemana.jgn suka bg komen yg negatif.

    ReplyDelete
  16. yang dengki dengan PTD ni mesti pernah apply tapi tak dapat.ha.ha

    ReplyDelete
  17. DENGKI JUGA PUNCA NYA, MCM PENSYARAH YG KOMEN KT ATAS TU KATA

    ReplyDelete
  18. Sy tumpang bangga dgn tuan khairil.. sy pernah bekerja di bawah pimpinan beliau dan ptd2 yg lain.. ada jugak ptd 'hanyut' tp ramai yg bagus dan dedikasi mcm beliau.. keje lebih masa x berbayar (keje untuk pahala katanya) dan selalu on call (bukan doktor je on call tau).. I salute u tuan..

    ReplyDelete
  19. Seriously..bnyk komen negative dlm ni semua x betul..nmpk sgt korang x paham struktur organisasi, skim perkhidmatan & skop tugas mengikut skim perkhidmatan..kalo skim perkhidmatan adalah peg pendidikan siswazah (guru) skop skimnya adalah mengajar sopengurusan kewangan, hubungan antarabangsa,sumber manusia etc bukan skop skimnya begitu juga pegawai perubatan (doktor) yg berperanan dlm perkhidmatan kesihatan.. Kalo ada pun PTD di KKM hnya sbg pentadbir, menjaga kewangan, pembangunan, sumber manusia, perolehan dll..tak pernah dlm sejarah perkhidmatan awam malaysia dr dulu smpi la ni PTD ambik post perkhidmatan teras dr skim tersebut sendiri. X pnh ketua pengarah pelajaran, kesihatan, jkr, saliran n tali air, tentera, polis etc disandang oleh PTD...educate urself 1st be4 bashing like like a jerk

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum. Saya seorang PTD M44, masih memandu kelisa. Alhamdulillah dgn rezeki Allah dan peluang yg Allah beri untuk berkhidmat serba sedikit untuk negara. Laa tahzan..

    ReplyDelete
  21. Ingat keja ptd ni senang ka???ada sebab knp org tu jd ptd org tu jd cikgu ka apa ka..jgn tuduh membuta tuli ptd nih dok penetrate skim2 lain..x maknanya..byk keja lain lg lah nk buat..tulah klu main ckp ja...time ptd balik krja lewat mlm x plak yang pandang..mentang2 la ptd ni x ramai n byk yg mendiamkan diri...ramai plak yg dok hentam ptd..as what mentioned earlier..ptd ni tugasnya mentadbir..sbb tu tuan ptd diatas terpilih mengetuai siasatan...sbb byk dia nk kena manage..yg lain2 tu team teknikal or yg berkaitan la handle..xkan x leh fhm lg kot...klu x ketua cemana team nk buat keja..ala klu letak skim lain as a team leader pun sama jgk org bisingnya..yg penting objektif n sbb team p kiev tu tercapai..ini berkaitan solidariti msia..yg dok bising sapa jd head buat apa..nonsense betul..jgn ingat jd ptd ni sbb nama semata2 tp tanggungjwb dan amanah tu paling penting....

    ReplyDelete
  22. Setiap skim ada kepakaran masing2.. sebab tu kerajaan tgh nk create laluan kerjaya bg yg pakar dlm bidang masing2.. pakar ye, bukan pakar hentam.. so, kalau nak naik pangkat cepat, sila kembangkan kepakaran anda.. jadi pakar rujuk kepada organisasi, insyaAllah anda akan jadi lebih hebat dari ptd.. bukan setakat dpt naik pangkat tapi dapat juga anugerah cemerlang, pingat kebesaran dan sebagainya.. proses ini akan memakan masa, bukan setahun dua dh leh jadi pakar rujuk.. peace no war..

    ReplyDelete
  23. Kenapa ptd boleh create jawatan dlm jabatan lain tapi kami tak boleh create jawatan kami di jabatan lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni ramai silap, tugas dan tanggungjawab tu adalh dilaksanakan oleh agensi kerajaan tertentu cth nya dlm hal perjawatan dan sumber manusia adalh JPA sbgi agensi pusat

      Delete
    2. Tuan.. nk create jawatan kena tengok keperluan juga.. Sbg contoh arahan kabinet dalam mewujudkan Unit integriti di mana skim P (bukan ptd) yg ditempatkan di setiap Kementerian.. begitu juga dgn skim W (bukan ptd) yg diagihkan ke Kementerian selaras dgn dasar Kewangan Akruan yg akan dilaksanakan tak lama lagi..

      Delete
    3. Tuan perlu tahu jenis2 skim ada yg guna sama ada yg tak. Skim guna sama spt ptd, peg teknologi maklumat, peg psikologi, PT(PO) dll manakala skim2 lain adalah skim tertutup spt guru, tentera, polis dll. Skim guna sama trdpt di kebanyakkan agensi kerajaan kerana skop tugas trsebut ada di mana2 agensi sebaliknya skim tertutup hanya ada pd agensi2 tertentu shj..spt polis tiada di kementerian luar negeri kerana fungsi tiada & jika ada sekalipun ia diwujud sbg jawatan kader. Kerani pt(po) fungsinya ada di mana2 agensi sbb itu jawatannya bnyk. Takkan kita nak polis buat kerja2 perkeranian sdngkan kita marah bila jenayah berlaku & selalu mempersoalkan apa polis buat??

      Delete
    4. Nak berkembang sel2 otak kena berhubung dulu.
      #komenbajetpandai

      Delete
    5. Kami tidak boleh create jawatan kami di jabatan lain? Hmm.. Ok, biar masing2 buat jawatan masing2 pastu tgk kerajaan boleh tak bayar gaji semua tu.. Fikir sket brader, bukan sesenang tu je buat jawatan. Kompleks sgt isu nak tgk dari aspek keperluan, kemajuan kerjaya, pencen dan kewangan negara. Setakat nak komen mcm lu brader, semua boleh komen mcm tu. Tolong pikir dengan rasional, tolonglaaa..

      Delete
  24. Brader ingat create jwatan then buat pengisian habis cerita..tutup buku. Kesan dr pewujudan jawatan akan libatkan kos peralatan ICT, space tempat kerja & pencen pegawai pada masa dia bersara hingga meninggal so dgn mengambil kira faktor2 trsebut pewujudan jawatan diletakkan di bawah JPA yg juga pengurus sumber manusia perkhidmatan awam malaysia & ditimbang bersama oleh kementerian kewangan yg juga pengurus kewangan perbendaharaan negara...kedua2 bidang2 ini adalah skop perkhidmatan PTD. Kalo skim lain juga nak ambik skop perkhidmatan PTD maka mereka terlebih dahulu mansuhkan teras skim mereka. Bagaimana mahu fokus kpd pertahanan,pendidikan, kesihatan,kejuruteraan etc kalo pd masa yg sama sibuk dgn pengurusan, kewangan, pembangunan, merangka dasar2 pembangunan etc? Bidang tugas telah ditetapkan kita jalankan tugas sudah la..BTW skop @ perubahan skim perkhidmatan mesyuaratnya dipengerusikan oleh YAB PM, bukan ptd memandai2. Bukan boleh diubah sesuka hati, kalo PM berpuashati barulah skop bidang tugas boleh diubah

    ReplyDelete
  25. mengakang rupanya puak ptd nak pertahankn diri bila semua jabatan menyerang penjajahan ptd ... tadi bukan main bangga sangat dengan ptdnya ...
    tak jadi cikgu tapi penetrate jawatan untuk menjajah dan menerentah cikgu ...
    tak jadi dr tapi create jawatan yang boleh mengarahkn dr ...
    tak jadi askar tapi buat suatu perjawatan yang boleh arah askar ... sapa tak bengkak macam ni punya perangai ...
    dah dapat perjawatan dan jadi pegawai berpangkat besar cikgu ka dr ka askar ke ... kena la hormat ptd kat depan ... tapi kat belakang depa menyampah ... itulah hakikatnya kalu puak ptd nak sedar ... penjajah tadbir disemua jabatan ... banyak lagi luahan ketidakpuasan pegawai2 jabatan yang dijajah oleh ptd ... alasan klise puak ptd ... kami tak ambil tugas cikgu ... jadi kalu keperluan emergency untuk penugasan guru kami tak leh buat ... begitulah dgn perjawatan lain.

    macam appm ... tugas operasi peg dan anggota apmm yang kena buat ... ptd boleh balik tidur kat rumah. bila pegawai appm sakit ka kecemasan ka ptd tak akan ambil alih punya ... maka tak keluar ronda la boat appm ... ptf tak salah tak keluar ronda ... pasal bukan tugas dia ... tugad dia hanya memerentah saja ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah lh klu tak faham tanggungjawab masing2.

      Delete
    2. Appm ke apmm tuan? Keliru sy dgn ayat tuan.. nampaknya tuan perlu lebih menghayati organisasi tuan..

      Delete
    3. Dia ni tak faham konsep pentadbiran...klu dh bos kena hormat lh..utk senang faham..ramai ptd di jabatan pengajian tinggi bwh KPM, jawatan ketua pengarah (KP) dan timbalannya (TKP) turun temurun dipegang oleh skim pensyarah ( DS) yg Profesor 2 tu...ptd yg jd pgw 41, 44 n 48 kt bwh semua patut dengan bos dia walaupun skim berbeza iaitu DS... ptd semua tak boleh lh kata tak nk patuh atau nk benci sbb lain skim... huru hara jabatan klu ikut kaedah si pengomen ni

      Delete
    4. Biasalah tu.. setangkai anggur, x semua anggur tu elok.. ada juga yg 'rosak'. X semestinya dalam ptd je yg 'rosak', yg buat tugas penguatkuasaan ni pun ada yg 'rosak' jugak.. yg dpt suapan ada, yg culas time meronda pun ada.. kita sama je semua..

      Delete
    5. Boleh je, cadangkan je keluarkan ptd kat jabatan-jabatan or kementerian yang majoriti skim lain. Nanti cubalah buat sendiri kerja-kerja sumber manusia, buat kertas kerja dasar, kewangan dan perolehan dan lain-lain keje yang ptd buat sebelum ni. Mana tau boleh dapat anugerah inovasi ke.

      Delete
  26. Kenapa nak dengki. Saya dulu guru. 1996 masuk PTD. 2013 dah jadi TKP. Mohon je lah. Itu pun kalau layak. PTD tak main lah sembunyi nama bro. Kami ada kualiti.

    ReplyDelete
  27. Kenapa nak dengki. Saya dulu guru. 1996 masuk PTD. 2013 dah jadi TKP. Mohon je lah. Itu pun kalau layak. PTD tak main lah sembunyi nama bro. Kami ada kualiti.

    ReplyDelete
  28. Yang mana key board worrier bashing ptd tu, mai la debat open2 bawak sekali fakta2 yang kononnya kata ptd ni 'pengacau' di jbtn tertentu. Korang mesti tatau kan apa fakta yg ptd boleh bawa i.e audit report dan bukti2 konkrit.. Jangan pula x nak buat open2 sbb risau takde sokongan plak. Cuma nasihat saya jgn komen kalau x tau hal sebenarnya keje sbg ptd. Ptd pun x sewenang2nya komen skim lain. Tolong lagi adalah dalam urusan kenaikan pangkat, pengisian penempatan dan pembangunan post skim lain. Yg x nampak je mmg x bersyukur.

    ReplyDelete
  29. Ni yang ramai dengki ptd ni mst xlepas exam dia.hehe. sila la cuba lagi ye. Exam ptd tiap tahun ada. Bkn susah pn.yg penting anda mst ada pemikiran yg hebat dan kritis..tu je.. simple kan?hihi. Gud luck

    ReplyDelete
  30. Jeles la tu đŸ˜‹

    ReplyDelete
  31. PTD, Cikgu, askar doktor polis kerani semua makan gaji apa yg nak kecoh. Masing masing ada tanggungjawab yg telah diamanahkan. Pelik betul dengan orang Malaysia ni.

    ReplyDelete
  32. Kita semua ada peranan masing-masing dalam pembangunan negara. Guru dengan peranan mendidik, askar/polis menjaga keselamatan negara, dan lain-lain skim ada peranan masing-masing. PTD dengan peranan sebagai pentadbir/pengurus. Kita laksanakan apa yang diamanahkan, kerana itu yang akan disoal diakhirat kelak. Setiap jawatan ada tanggungjawab yang akan disoal diakhirat. PTD tak dikenali dikalangan orang awam. Orang awam cuma kenal Cikgu, Doktor, engineer, CC dan lain-lain. PTD ni banyak bertugas belakang tabir yang orang tak nampak tak nak ambil tahu. Jika tuan/puan ada adik beradik yang berkhidmat dalam PTD, tuan/puan akan tahu apa beban sebenar PTD tanggung sejak hari pertama melapor diri. Dunia ini akan lebih aman jika kita saling menghormati peranan masing-masing. Walau setinggi mana pangkat atau gelaran kita, kita tetap wajib ingat kita akan pencen. Bila pencen pangkat pun tak guna. Kita juga akan mati dan hanya amalan ketika hidup yang akan mengiringinya. Saya seorang PTD

    ReplyDelete
  33. Benda cam ni pun nak jadi isu. Org tu pegi utk berkhidmat. Korg nak pertikaikan skim dia pulak. X perlu la generalize sgt. Bukan semua doctor bagus. Bukan semua ptd bagus. Bukan semua cikgu bagus. Itu kan individu.

    yg korg marah sgt kenapa? bila bg cikgu tugas pentadbiran tau pulak mengeluh. Keje banyak la x cukup masa la x boleh cuti la. Dah nama keje cikgu then mengajar la. Dah nama doctor merawat la. Ni masing2 nak tamak nak naik pangkat.

    Nama pun ptd, mmg ada dlm tugas utk pentadbiran, pengurusan, strategic planning dsb yg bukan core kepada penyampaian perkhidmatan jabatan tu. Sebelum apply pun kami kena tau semua tu. Yg dengki sgt ni mesti sebab x dapat jadi ptd. Kenapa xdpt? Sebab x tau pun apa tu ptd. Tau menyalak je menyalahkan pihak lain.

    Bila diberi peluang doctor n cikgu utk buat laluan kerjaya n planning perkhidmatan sendiri mcm2 issue timbul. Doctor sama doctor pun hasad dengki. Padahal gaji dah cukup besar. Kira la sendiri 2013 berapa ramai doctor naik khas C. X kurang 400!!! Coz beli kereta pun dah 20 juta.

    Xpayah nak menyalak lebih kalau xtau fakta. Doctor sendiri mohon nak buat pengurusan sebab xnak merawat. Alasan x sesuai kerja hospital. Dah tu kenapa jadi Doctor? baik resign!! Mcm2 masalah bila skim core yg sibuk nak jaga skim masing2. Bukan xde doctor yg dapat elaun perkhidmatan kritikal tp kul 4.50 dah tunggu depan punch card.

    Kesimpulannya cukup la mendengki. Ini tanggungjawab individu. Kerja kerajaan bukan boleh expect nak naik pangkat cepat. Ini perkhidmatan utk rakyat. Ingat besar sgt ke gaji ptd? Ingat senang ke keje ptd? senior2 kami pun bila dah gred tinggi cuma fikir punggung sendiri je. Yg junior dok terkontang.

    #savepalestine #pray4gaza #PrayForMH370 #PrayForMH17

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like u.. :)

      Delete
    2. I like you too.

      Delete
  34. Kalau tak pernah ambil exam..tak pernah lalu PAC..tak pernah kene interview..tak lulus DPA..tak nk kerja utk pahala..lebih pentingkn social life dr kepentingan awam..tak nk on call..tak blh blk lambat..tak berkemampuan fill the hot post..jgn cerita..sbb rata rata sy baca cerita fakta tak betul..fakta sebelah pihak..cuba belajar redha..dan terima hakikat knp ada org Allah swt beri tggjwb sbg ptd..sbg guru..sbg tentera..sbb mereka ada capabilities..sy dulu ptd di KKM..tiada jawatan teras ptd yg pegang..semua doktor..kami hny bantu mentdbir (HR,kewangan,pembangunan,pro,admin)..malah yg buat keputusan bg teras adalah KPPK walaupun ptd yg sediakan..jgn main tembak sebut ptd sapu semua..jika diri itu tak pernah rasa tgjwb yg kami pikul..tak mampu..lebih baik diam dr berkata..yes dlm setangkai anggur ade buah yg rosak..ingt bkn ptd shj..skim lain pun same..kerjala dgn ikhlas..kita penjawat awam..khidmat utk awam..bkn 'khidmat utk naikkn pangkat sndr'..focus kita utk org awam..kami hanya pemudah cara..jd sama samalah kita doa team di Kiev semua mudah urusan dan selamat kembali utk hr raya..

    ReplyDelete
  35. Mcm kes APMM...sesetengah bidang tugas & skop perkhidmatan terikat dgn akta..civilian biasa tak boleh terlibat. Cth di APMM peg terdiri drp anggota ambilan baru, ex army & polis. Skim membenarkan penggunaan senjata spt akta polis..kalo bukan dr skim yg digazet utk sekuriti x dibenarkan so mcm mana ptd lak nak pi meronda tengah laut..kalo kena tembak ngan lanun kt tengah laut mati katak x dpt pencen bro..bukan skop tugas bro...keje ni buat tangkap muat bro...yg komen ntahapaapanthah kena belejar lg bro..baru nampak educated bukan setakat nk komen jer bro..peace

    ReplyDelete
  36. Aku sgt setuju dgn komen ini, senang nk faham tp klu tak faham jugak tk tau lh

    "Seriously..bnyk komen negative dlm ni semua x betul..nmpk sgt korang x paham struktur organisasi, skim perkhidmatan & skop tugas mengikut skim perkhidmatan..kalo skim perkhidmatan adalah peg pendidikan siswazah (guru) skop skimnya adalah mengajar sopengurusan kewangan, hubungan antarabangsa,sumber manusia etc bukan skop skimnya begitu juga pegawai perubatan (doktor) yg berperanan dlm perkhidmatan kesihatan.. Kalo ada pun PTD di KKM hnya sbg pentadbir, menjaga kewangan, pembangunan, sumber manusia, perolehan dll..tak pernah dlm sejarah perkhidmatan awam malaysia dr dulu smpi la ni PTD ambik post perkhidmatan teras dr skim tersebut sendiri. X pnh ketua pengarah pelajaran, kesihatan, jkr, saliran n tali air, tentera, polis etc disandang oleh PTD...educate urself 1st be4 bashing like like a jerk"

    ReplyDelete
  37. aiyoo. ade jugak org sibuk keje org lain. masing2 buat la keje masing. aku bukan ptd pon, pembantu tadbir je walaupun berijazah, tapi aku dah setuju terima jawatan, jadi berkhidmat je la utk rakyat. rezeki Allah bagi, bukan boleh dapat duit pun mengata jawatan2 lain.
    dah, pegi buat keje. ntah halal ntah tidak org yg asyik mengular ni, pastu carik kesalahan org lain.
    nak sgt bnyk duit ngan pangkat pi buat bisnes sendiri.

    ReplyDelete
  38. Nama pun Pegawai Tadbir dan Diplomatik, tentulah melaksanakan kerja-kerja diplomasi dan negotiation kat sana tu sebab melibatkan antara negara, bukan kerja-kerja menyiasat dan menyelamat je yang kita perlu buat. Janganlah cetek sangat pemikiran.

    ReplyDelete
  39. Seriously? Saya cikgu, kakak saya ptd. Tiap2 hari lepas balik mengajar saya singgah office kakak teman dia kerja. Kadang2 pukul 8 malam x balik lagi. Pagi2 keluar dengan saya. Apa yg berlaku di sekolah2 saya mengajar sebelum ni saya rela kalau ptd yg mentadbir sekolah. Bila guru naik pangkat jd guru besar, dia bukan lagi fokus untuk mengajar tapi dia perlu mentadbir. Bila guru besar x pandai mentadbir, boleh patah semangat seluruh warga sekolah. Kenapa guru besar x pandai mentadbir? Sbb bila guru belajar pasal pentadbiran? Guru belajar pengurusan bilik darjah. Apa yg berlaku di sekolah saya, saya lagi rela ada ptd di atas guru besar. Lagi sistematik pengurusannya.

    ReplyDelete
  40. PTD kerjanya mentadbir, gajinya murah. Kerajaan bayar gaji utk kerja PTD.

    Tapi apabila Polis, Peg Penyelidik (Skim Q), atau skim Undang Undang (L) buat kerja PTD, KERAJAAN RUGI sebab bayar gaji mahal tapi kerja tu sepatutnya boleh dibuat dgn kos yg rendah.

    contoh, Peg Skim Q, ada elaun kritikal tapi bila buat kerja pengurusan (latihan, hubungan antarabangsa, etc) madih terima elaun kritikal. ADIL KE????

    ReplyDelete
  41. aku puji tuan khairil ni sebab sanggup terima tugasan yang diberikan walaupun cuma gred 48. patutnya untuk agenda kritikal negara mcm ni yang melibatkan rundingan pelbagai negara, malah juga dengan pihak pemisah, gred jusa yang patut turun. kalau aku, aku taknak. tu sebab aku puji dia ni.

    ReplyDelete
  42. Apesal la nk dengki sgt dgn PTD ni? Iskk..

    ReplyDelete
  43. lepas ni boleh suruh cikgu-cikgu berkaliber mengetuai misi macam ni akan datang...abis dia sekolahkan putin. kekekekeke

    ReplyDelete
  44. Ayoo..sapa cakap PTD masuk Jabatan pelajaran dan jabatan kesihatan utk ambik alih tugas guru dan Dr? Aku dah kerja kat dua-dua tempat tu..no such thing ok! Pengarah aku tetaplah skim DG dan UD..PTD kat sana buat kerja2 admin saja..kenapa PTD dihantar ke sana? Kalau masuk dan kerja di sana baru korang tahu kenapa PTD diminta masuk ke sana oleh JPA..tapi x nak cerita kat sini..x perlu rasanya..pengarah aku masa kat jabatan pelajaran dah jadi TKPPM dah pun..walaupun dia skim DG tapi dia sgt berkaliber dan aku sgt hormat dia sebab dia x sombong dan rajin ambik tahu pasal pengurusan..yg penting buat kerja masing2..berkhidmat untuk negara! X perlu dengki-mendengki.

    ReplyDelete
  45. eleehh..baru sekali ni PTD masuk paper jadi ketua penyiasat dah heboh satu malaya canang kehebatan PTD satu benua , hilang lenyap dan buat2 lupa pada perangai para PTD di agensi lain , PTD yang bongkak sombong, ego melangit, tahu hanya perintah orang , perasan bagus , eksen nak mampus itu korang tak cerita ?

    pada aku PTD ni dalam seribu cuma 30% je bagus ..selebihnya lebih kepada bakat menganjing!

    ReplyDelete
  46. Memang ada PTD sombong - sebagaimana ada juga kerani, doktor, nurse yang bongkak. Ada PTD kaki perempuan dan rasuah - sebagaimana ada jugak pegawai imigresen atau polis yang rasuah atau guru yang mencabul murid sendiri.

    Kehadiran segelintir PTD yang bermasalah moral dengan itu tidak mencerminkan perkhidmatan PTD.

    Hakikatnya mungkin anda tidak tahu di sebalik kegemilangan zaman Tun M, adakah PTD yang berdiri teguh di belakang PM dengan penuh dedikasi.

    Bahkan anda mungkin tidak tahu jasa PTD kepada agama, bangsa dan negara semasa zaman Tun Abd Razak.

    Ya, PTD yang anda labelkan sebagai gila kuasa inilah yang seringkali bersengkang mata - dengan gaji yang tidak selumayan peguam atau doktor atau jurutera kerajaan, walaupun dia seorang lulusan professional, untuk menjalankan misi yang sulit lagi mencabar.

    Anda masih ingat lagi siapa yang terlibat dengan rundingan selatan Mindanao - tahukah anda dia seorang PTD?

    Tak mengapa - tak perlu berterima kasih. Makilah PTD ini secukup rasa. Labelkan PTD ini sebagai penjajah. Hanya kerana mereka berbakti kepada negara dalam bidang kuasa yang termaktub sekian lama?

    ReplyDelete
  47. Ala PTD je yang blh naik pangkat. Kalau skim lain habis disekatnya. Maklumlah yg jaga kenaikkan pangkat tu PTD juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com