innity

pages

Thursday, July 24, 2014

(#MH17 & #MH370 ) Benarkah MAS akan BERGABUNG dengan AirAsia X?


KUALA LUMPUR: Laporan media mengenai kemungkinan penggabungan antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia X Bhd adalah tidak berasas dan spekulatif, kata Khazanah Nasional Bhd. 

Dengan itu, Khazanah mengingatkan serta menggesa semua pihak supaya tidak membuat spekulasi mengenai penyusunan semula MAS, termasuk berkaitan penggabungan, penyah-senaraian dan sebarang penyelesaian penyusunan semula yang lain. 


Dana pelaburan kerajaan itu merujuk kepada laporan media baru-baru ini mengenai penstrukturan semula MAS. 

"Kajian semula berkaitan semua pilihan penyusunan semula kini sedang dijalankan dan dinilai," kata Khazanah. 

Keputusan berkaitan kajian semula ini, kata Khazanah, akan dilakukan selepas pertimbangan yang sewajarnya dibuat serta setelah memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan termasuk daripada pemegang saham khas, Menteri Kewangan Diperbadankan. 

"Hasilnya akan diumumkan dalam tempoh masa yang telah dinyatakan sebelum ini," katanya.-BERNAMA 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com