innity

pages

Friday, July 25, 2014

#MH17: (GEMPAR) PM Ukraine letak jawatan Malam Tadi

Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.
Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17. 
Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'. 

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian. 

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. - AFP 

2 comments:

  1. Si Yahuid ZIONIS PENAKUT ni nak lari pi Israel-JAHANAMlah tu - sebab takut ditangkap, setelah MEMBUNUH begitu ramai BUMIPUTERA Russia Ukraine dan disyaki terlibat mengebom MH17 kita! Apalagi, rancangan si Yahudi ZIONIS/Israel untuk mencetuskan perang melalui NATO, dgn. Russia telah gagal - PADAN MUKA! Lihat bagaimana Yahudi ZIONIS/israel menguasai Ukraine, di - http://www.intrepidreport.com/archives/13639 , Strategy of killing civilians in Gaza and eastern Ukraine has same culprits, By Wayne Madsen, Posted on July 18, 2014; dan di http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=101091 , Ukraine: 777 and State – Fabricated Terror , By Nick Kollerstrom on July 20, 2014!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Semakin hari semakin banyak rahsia terbongkar....takut la tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com