innity

pages

Wednesday, July 23, 2014

#MH17: [BARUA ZIONIS?], Pakatan selar Rusia sebagai punca tragedi malang MH17


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan Rusia yang membantu puak pemisah sebagai punca tragedi malang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dikatakan ditembak kumpulan pemisah di Ukraine.

Ketua pembangkang itu berkata kumpulan itu mendapat bantuan senjata canggih yang digunakan untuk menembak MH17.

"Kita akan menggesa kerajaan supaya lebih tegas, terutamanya dalam menghadapi gerombolan pemisah di Ukraine yang mempunyai bantuan senjata dari Rusia.


"Kita faham senjata yang digunakan sangat canggih dan peluru berpandu tersebut, ia tentunya dengan bantuan Rusia," kata Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Penerbangan MH17 menggunakan pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ‎terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Khamis lepas.

Pesawat Malaysia itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di bahagian timur Ukraine.

Media barat menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia terlibat dalam tembakan itu.

Akhbar The New York Times (NYT) semalam melaporkan Malaysia masih keberatan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyerang pesawat MH17.

Akhbar itu berkata, Putrajaya berhati-hati dalam hubungan diplomasinya, menjaga hubungan baik dengan Rusia dan pada masa yang sama menjauhi polisi Amerika Syarikat (AS).

Presiden AS Barack Obama dan pemimpin negara barat lain berkata peluru berpandu darat ke udara yang terkena MH17 dibuat di Rusia serta menuduh Presiden Rusia Vladimir Putin bersekongkol dalam peperangan di Ukraine.

-The Malaysia Insider 22 Julai, 2014.

CEPATNYA ANWAR BUAT KESIMPULAN, US: TIADA BUKTI KAITKAN RUSSIA


http://news.yahoo.com/us-no-evidence-direct-russian-plane-210210006--politics.html?soc_src=mediacontentstory

WASHINGTON (AP) - Pegawai-pegawai kanan perisikan AS berkata, mereka tidak mempunyai bukti penglibatan langsung kerajaan Rusia dalam menembak pesawat  Malaysia Airlines MH17.

Mereka berkata pesawat penumpang itu MUNGKIN ditembak oleh peluru berpandu SA-11 darat ke udara oleh puak pemisah pto-
Rusia di timur Ukraine.  

Mereka juga berkata mereka tidak tahu sama ada pihak Rusia turut berada di tempat peluru berpandu itu dilancarkan dan mereka tidak pernah menyatakan anggota kumpulan yang melancarkan peluru berpandu itu dilatih oleh pihak Russia. 

 

Pegawai perisikan kanan US itu berkata perkara yang paling mungkin adalah pesawat itu telah ditembak jatuh dengan tidak sengaja.

SIAPAKAH PENYUMBANG DANA KEPADA PUAK PENENTANG KERAJAAN MALAYSIA?

 
 

http://www.mykmu.net/?p=23282


http://www.anwaraidc.com/?p=25291

http://peraktoday.com.my/?p=82805




1 comment:

  1. Sikitul akhir zaman Anuar ni, dimanalah ktaatan pada agama bangsa dan negara.Inilah org yg sgt merbahaya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com