innity

pages

Sunday, July 20, 2014

(#MH17) Anda Dipihak Mana? USA atau Russia?


MH17: Dipihak Manakah Anda?? | Artikel ini ditulis oleh CZ Fab, pengasas Forum Atas Bawah, berhubung isu nahas MH17 di Ukraine yang terjadi baru-baru ini. Setelah digemparkan dengan berita tersebut, apa yang kami dapati adalah percanggahan media terutama melibatkan media pro-US dan media pro-Russia. Disini kami simpulkan dalam satu artikel yang ringkas lagi padat agar memudankan anda semua memahami situasi yang terjadi.

Pendahuluan

Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya masih memperpanjangkan usia kita dan dapat kita lalui Ramadhan tahun ini dalam keadaan aman di negara kita yang tercinta ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) serta ke atas seluruh Itrah Ahli Baitnya dari awal hingga akhir. Semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak dengan banyaknya ibadah dan amal serta selawat kita kepada Baginda.

Dalam kesibukan kita beribadah di bulan Ramadhan, kita telah dikejutkan dengan banyak tragedi yang terjadi. Antaranya adalah pertempuran di Gaza antara pejuang Hamas, Briged Al-Qassam melawan Israeli Defense Force serta peristiwa yang terjadi di Sabah iaitu konfrontasi antara Askar Sulu dan juga pihak keselamatan negara kita.

Terbaru, kita sekali lagi dikejutkan dengan nahas yang melibatkan sebuah pesawat Boeing 777 9M-MRD milik MAS Airlines penerbangan MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 yang telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang dipercayai ditembak daripada Buk Missile Launcher di sebuah daerah dalam Ukraine berdekatan sempadan Russia. Untuk mengetahui secara lanjut berita berhubung isu ini, sila baca artikel iniiniini dan ini.

Ikuti juga kronologi lengkap perjalanan kisah MH17 dan tragedi selepasnya disini: MH17: Kronologi Lengkap

Tanpa membuang masa, ayuh sama-sama kita membaca analisa yang telah ditulis oleh CZ Fab seperti berikut...

*AMARAN! Jangan Baca artikel ini sekiranya anda seorang yang malas berfikir. Jangan baca artikel ini sekiranya anda tidak berminat untuk tahu tentang isu semasa dan juga keselamatan negara. Bacalah artikel ini dengan minda yang terbuka dan hati yang lapang agar anda dapat menghadamnya...

MH17: Dipihak Manakah Anda??

Share the article:
1. Russia membiayai puak pro-russian separatist (PRS) di Ukraine. Rujuk artikel disini.

2. PRS menyokong Russia dan Vladimir Putin. Rujuk artikel disini.

3. Segala kelengkapan perang diperolehi dari Russia.

4. Musuh PRS adalah kerajaan Ukraine dan penyokong kerajaan Ukraine.

5. (Kononnya media antarabangsa kata) Russia yg memberi BUK (SA-11) missile system pd PRS. SA-
11 pula berkeupayaan menembak sehingga 72,000 kaki. Rujuk artikel berkaitan BUK SA-11 disini.

6. Adakah Russia yg menyuruh PRS menembak MH17 semata2 utk trigger perang di rantau tersebut di antara Russia dan US (melalui pro-Ukraine)? Sedangkan Putin sendiri tidak mahu berlaku pertumpahan darah di Ukraine kerana mereka dulu asal bersaudara @ Russian juga.

7. Flight MH17 ditembak kerana sama bentuk dgn kapal terbang rasmi Putin adalah tak masuk akal semata2. Kelengkapan missile darat ke udara bukan seperti manpad atau bazooka atau "shoulder-fired missile" yg hanya guna mata dan teropong kecil, akan tetapi teknologi pengesanan adalah pelbagai merangkumi kedudukan GPS kapal terbang, kemungkinan laser guidance, by radar/satelit dan sudah tentu mempunyai teropong berkuasa tinggi dilengkapi night vision serta dikendalikan oleh keputusan dari "war room". Rujuk artikel ini yang diterbitkan pada awalnya berkenaan kenyataan media menyebut tentang Ukraine tersalah tembak pesawat.

8. Persenjataan dalam ketenteraan adalah well-managed dan terurus. Ada pengendali dan assistant pengendali. Ada pengesah dan sub-pengesah. Mustahil silap nampak bentuk kapal terbang.

9. Jadi, kes MH17 semestinya well-planned oleh pihak2 tertentu (dan mungkin bukan oleh PRS). Pihak Drama Raja bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa pihak yang terlibat adalah Ukraine dan US serta ejen-ejen risikan mereka. Ini kerana, tembakan tersebut amat tepat dengan hanya 1 sahaja peluru berpandu yang dilepaskan dan ini bukan kerja pemberontak yang sudah pasti tidak "well-trained" melainkan kerja-kerja ejen risikan kuasa besar yang hebat seperti negara mata helang.


10. Dalam sesi PC oleh Tiong Lai semalam, dikatakan ada 14 dari 15 syarikat penerbangan yang masih menggunakan laluan/route penerbangan yg dilalui MH17. Jadi ini bukan masalah route dan dikira selesai.


11. Penduduk tempatan sudah tahu laluan atas kepala mereka dilalui oleh beratus penerbangan dalam sehari. Kenapa kapal terbang komersil pula jadi sasaran sdgkan itu perkara biasa lalui di atas kepala (jika comply pd peraturan No Fly Zone / NFZ, sila lihat di bawah berkenaan NFZ)? Dan dalam soal ni, KENAPA pula MH17 yg jadi sasaran? Kenapa bukan syarikat penerbangan yang lain? Ini bermakna MH17 adalah sasaran pihak tertentu. Pihak Drama Raja bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa MH17 dijadikan sasaran pihak tersebut kerana ini melibatkan perancangan untuk mengeluarkan Malaysia daripada hubunganbaik dengan Russia dan China. Pihak Drama Raja juga sepakat menyatakan bahawa pihak yang menjadikan MAS Airlines sebagai sasaran adalah US dan sekutu mereka dalam tujuan melancarkan kempen perang dunia terbaru ke atas kuasa besar Russia.

12. Merujuk pd flight yang sama bentuk dgn presiden Russia, MUSTAHIL dan TAK MASUK AKAL bahawa PRS yang menembak sedangkan Russia adalah pembiayai dan penyokong PRS. Putin adalah boss kpd PRS. DAN ADALAH BODOH PULA BAGI PENTADBIRAN PUTIN MENYURUH KAPAL TERBANG PRESIDEN MEREKA MASUK KE LALUAN KONFLIK YG BOLEH MEMBAHAYAKAN PRESIDEN SENDIRI.


13. (Konon dari media antarabangsa) Kotak hitam dipercayai telah dibawa ke Moscow utk siasatan. Rujuk live updates disini.


14. Jika (13) benar, adakah Russia mahu cepat2 mencari log data2 yang boleh mengkaitkan penglibatan Ukraine atau US?


15. Jika (14) benar, ada TAPI nya, iaitu kemungkinan Russia mahu menutup jejak mereka melalui log data yang disimpan dalam kotak hitam? Tapi utk apa menutup jejak jika Russia (melalui PRS) tidak terlibat?


16. Jika (13) benar, adakah kerana Russia mahu selamatkan cepat2 sebelum dimanipulasi pihak2 tertentu (diedit, modify, tambah tolak data dlm tu dsbnya).


17. No Fly Zone yang dikuatkuasakan di Ukraine pada 1 July 2014 ialah, tiada sebarang objek penerbangan di bawah ketinggian 26,000 kaki. Pada 14 July 2014, Russia menembak jatuh pesawat kargo Ukraine (AN-26) yg terbang pada ketinggian 21,000 kaki. Dan disebabkan ini, kerajaan Ukraine menaikkan had ketinggian kepada 32,000 kaki. AKAN TETAPI, MH17 TERBANG PADA KETINGGIAN 33,000 KAKI. Anda fikirkan sendiri. Rujuk sini untuk berita tentang No Fly Zone.


18. Ukraine adalah sekutu kuat US. Persenjataan sudah tentu banyak dibiayai oleh US. Rujuk artikel ini dan ini.


19. Umum mengetahui bahawa, setiap dua
 pihak yang sdg konflik, sentiasa ingin mencari punca atau pencetus kpd perang skala besar di antara keduanya.

20. Pencetus ini amat penting kerana ia merupakan cara permainan perang zaman moden disbbkan ramai pemerhati berbilion2 di peringkat antarabangsa. Utk kekal sbg status 'baik' dan 'penyelamat manusia', bukti cetusan diperlukan agar pihak yg kononnya baik tidak akan dipersalahkan. Perang zaman skrg juga spt mana kempen politik, mereka ingin melobi dan menunjukkan pd awam bahawa mereka "orang baik".


21. Kemungkinan besar MH17 adalah perancangan pihak2 yg ingin mencetuskan perang skala besar. Maka, MH17 telah 'dibahankan'. Hal ini amat serupa dengan kes hilangnya MH370 pada Mac lalu dimana jalan cerita dan skrip adalah hampir sama. Cuma bezanya, MH17 terus meletup manakala MH370 lenyap daripada radar. Sedangkan, kedua-dua pihak yang terlibat secara langsung dalam isu kedua-dua pesawat ini adalah sama dari segi musuh dan kawan, iaitu musuhnya adalah blok kuasa besar kedua iaitu Russia dan China manakala kawannya adalah US dan Malaysia.


22. Antara US dan Russia, kita sudah tahu siapa yg ingin mempercepatkan perang. Sudahpasti pihak US, kerana merekalah satu-satunya negara dalam dunia yang sangat memerlukan dana kewangan bagi menampung kos ekonomi mereka yang sangat meruncing sekarang. Sedangkan kita di Malaysia walaupun banyak berhutang tetapi masih mampu untuk sustain dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi selagi bubbles dalam ekonomi masih belum meletup. Perang adalah satu bisnes yang amat menguntungkan. Kerana itu, US mahu melancarkan perang seterusnya setelah melihat isu di Syria dan Iraq tidak begitu menguntungkan mereka.


23. Kononnya dari media antarabangsa, diberitakan bhw, SA-11 kepunyaan PRS/Ukraine cepat2 dibawa masuk ke sempadan Russia sebaik shj kejadian MH17 berlaku. Dan dikatakan juga, salah satu missile pada SA-11 telah hilang. Persoalannya, adakah missile yg hilang tu asalnya dari missile yg menembak AN-26 atau asal dari yg menembak MH17??? Lagipun, kejadian AN-26 ditembak jatuh hanya berlaku beberapa hari sebelum kes MH17, iaitu masih baru lagi. Takkan lah pihak yg dituduh begitu bodoh tak cover missile yang hilang jika kita anggap bahawa semuanya adalah perancangan yg betul2 rapi dan no-failures.


24. Persoalan tentang kamera yang merakamkan. Bagaimana dengan cepat dan mudah pula rakaman MH17 terhempas dilakukan? Seolah2 seperti ada maklumat telah diketahui dan beberapa pak pacak sedia menunggu dgn camera masing2. Jika benar, ini semua adalah perancangan rapi utk mengheret pihak2 yg ingin dilagakan atau didakwa dengan BAHAN BUKTI sbg 'lampu hijau' utk menyerang pihak yg kononnya bertanggungjawab.


25. Security Council sedang dan akan bermesyuarat lagi, apa kata mereka? Apa mahu mereka? Apakah mereka mahu meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu Putin dan Russia? Mujur juga Putin dan Russia amat cool dalam isu ini dan tidak mudah melatah. Yang masih menjadi persoalan, setelah dua tragedi membabitkan MAS dan pesawat Boeing, mengapa masih BELUM ADA apa-apa penjelasan daripada pihak pembuat pesawat itu sendiri, iaitu syarikat Boeing???


26. Yang pasti, 'bahan' (kambing hitam) telah dipergunakan, 'boneka' telah dicari dan akan terus dicari lagi, proxy sedang bermaharajalela, dan PERANG AKHIR ZAMAN BAKAL TERCETUS. Sekiranya perang antara blok kapitalis tercetus menentang Russia, sudahpasti Iran akan terlibat sama. China akan berkecuali dalam hal ini kerana mereka telah melaksanakan dasar ekonomi tertutup. Russia dan Iran adalah dua buah negara berjiran yang amat rapat sekali dari segi ekonomi, politik, persenjataan dan sebagainya. Iran memerlukan persenjataan canggih dan juga taktikal daripada Russia. Manakala Russia pula memerlukan minyak dan bahan mentah daripada Iran. Sekiranya salah satu terlibat dalam perang, maka salah satunya juga akan diheret bersama. Dan kedua-dua buah negara tersebut juga pernah menjadi kawan baik kepada Malaysia yang mana kita sekarang ini dilihat hendak memutuskan hubungan dengan mereka dan menjalin hubungan baik pula dengan US dan sekutunya.


27. Perhatikan juga sequence serentak dibeberapa tempat yg mana andalah menjadi mata-mata bagi diri sendiri.

Ok, kita KIV kan kejap soal panji timur dan kebangkitan dsbnya dan tumpu pd yg nyata telah berlaku hari ini. Jadi, anda sokong mana? Ukraine (US) atau PRS (Russia)? Buat penyiasat2 yg diberi kuasa di msia, boleh saja jadikan artikel ni utk speed up kerja siasatan. KAMI SAYANG MALAYSIA. MH17 adalah MARUAH KAMI JUGA.

Sekian,
Cz Fab
-Kelindan Lori cum Office Boy-

Penutup

Begitulah kupasan ringkas lagi padat oleh CZ Fab, pengasas Forum Atas Bawah yang pernah terkenal di Malaysia satu ketika dahulu. Artikel ini telah disunting semula oleh Brado Kapak dengan dibuat sedikit penambahan fakta pada setiap hyperlink yang disertakan.

Kami, segala warga kerja Drama Raja dengan ini menyatakan dengan jelas bahawa kami memilih untuk bersama-sama dengan pihak Russia !

Kami, TIDAK akan sama sekali redha untuk turut serta bersama-sama dengan pihak US dan sekutu kapitalis zionis mereka.

Sekiranya, pihak kerajaan kita memilih untuk bersama dengan pihak US, maka kami disini akan melakukan gerak kerja kami secara berjemaah tanpa perlu lagi mengharapkan apa-apa kebaikan daripada kerajaan melainkan pihak kerajaan membantu gerakan akhir zaman di dasar.

Kami amat yakin dalam rencana akhir zaman ini, pihak kerajaan kita tetap juga akan memilih US dan sekutunya sebagai wakil dalam percaturan dunia ini. Dan kami juga amat yakin, di akhir zaman ini, kelak akan munculnya satu pasukan daripada arah Timur akan kembali membawa sinar dan kegemilangan Islam dimuka bumi ini, insyaALLAH.

Siapakah golongan tersebut?

Ayuh ! Jadilah salah seorang daripadanya... Sahutlah seruan tersebut.

Jangan takut untuk menerima cabaran !

Berdaganglah kamu dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan membeli jiwa kamu dengan harganya.

Persoalan saya tinggalkan kepada anda,

Berapakah nilai harga diri yang hendak didagangkan tersebut??

Anda fikirkan dan renungkanlah...


WasALLAHu ala Sayyidina Muhammad wa ala Aali Muhammad. Walhamdulillahi Rabbil Aalamiin.

Sekian.
Wassalam. 

sumber : Drama Raja


8 comments:

  1. Anda memang Benar... Analisis anda cukup hebat..

    Tambah Lagi Point... pasal Passport...

    Macam mana Passport boleh ada dalam keadaan Baik tersusun?

    Mayat?

    Kalau dah besi pon boleh hancur? Macam Mana mayat oleh ada dalam keadaaan aik? Cuma Tanpa baju?

    Kenapa Mayat Jatuh dari Langit mengenai rumah Warga Tua..Dalam Keadaan BOGEL?

    Kenapa dengan Cepat Pihak CNN, BBC, Al Jazeera.... dapat tahu Roket launcer BUK?

    Kenapa pada hari sama dalm tempoh gencatan senjata Israel VS Palestine 5 Jam..MH17 ditembak Jatuh? Israel Invade Paletine, dah tak jadi Berita Utama Dunia?

    Berapa ramai yang mati dlm MH17, berapa ramai yang mati bila Israel invade palestine melalui jalan darat, yang cedera?

    Laa Nie, Kuasa Besar.. US, UK & Great Britain, Australia dan kuncu2 mereka kata Rusia Rusia????

    Mana ada negara dalam dunia ini yang Rusia pie serang? Kacau Pie Perang kecuali Afghanistan.. itu pon keluar drp Rusia?

    Berapa Banyak Negara Islam yang Keluar drp USSR secara Aman.. Tanpa Perang...

    Berapa Banyak negara ini yang di Perangi Amerika? Afghanistan, Iraq, Syria, Libya?

    Harap2 PM Najib Bukan BODOH...

    ReplyDelete
  2. What a coincident, very very very rare possibilities.
    I believed, not accidental shoot, as MH370, not accidental lost without traces..

    ReplyDelete
  3. tambahan, ukraine boleh beri amaran awal kepada mh17 berkenaan ruang udaranya sama ada selamat atau tidak, semoga MAS terus berdiri teguh

    ReplyDelete
  4. Yahudi zionis dan sekutu nya adlah makhlok perosak, ibu segala penjenayah dan pengganas.

    ReplyDelete
  5. "it's all fun and games [ brotherly russian love hate nostallgic war ] , until someones gets hurt, ivan..."
    "what's goin on? step up to the plate ! " <--this goes to malaysian govt & mr putin

    ReplyDelete
  6. usa - shot caller
    russia - has evreything to loose. its breaking apart fast.
    ukraine - aaron boy
    rebels - nostalgic drunk comrades [..time to sober up now ]
    euro nation - will follow usa [ as usual ]
    cnn - premature verdict towards russia. not too bias this time. they already paint a picture in our mind on how the plane was blown out in the sky.
    putin - this is no time to play poker man..be a 'russian-premier' pls
    obama - he's just soft. and not white.
    usa - a nation with materials and ideas.
    russia - a nation with labor force. dont worry bout them gathering the plane debris, these guys built st patrick by hands and mud..come on..
    ukraine - important gas geo location to euro.
    mh17 - a collateral damage.

    ReplyDelete
  7. blak box --> va..va..va..malaysia!
    baru la berbaloi duit rakyat bila guna PR company like APCO. nego skills..
    ini macam baru cara. +1 markah buat malaysia.

    ReplyDelete
  8. usa is playing a whole new ballgame this time around [ capitalizing on mh17 ],
    all allegations made to russia, are all based on social media posts.
    social media has now enter a place where it now has decisive impact to world views.
    a new propaganda machine is born. where the accusations made will stay in the web and cannot be deleted ever. [well, until someone pulls the plug of the matrix. neo? ]

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com