innity

pages

Saturday, July 19, 2014

(MB BONEKA) Anwar Sedang Merancang Meletakkan MB BONEKA, Azizah Ganti Khalid


PKR dipercayai sudahpun mencapai kesepakatan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sambutan Aidilfitri.

Keputusan itu timbul selepas tekanan bertubi-tubi dari sekutunya dalam Pakatan Rakyat dan ahli parti,

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sudah bertemu dengan pemimpin parti di Selangor semalam, dan mencadangkan isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Jika rancangan Anwar ini berjaya maka pemerintahan anak beranak bakal menguasai Selangor.

Menurut akhbar China Press, Anwar berkata PKR sudah memutuskan untuk menggantikan Khalid.

Menurut sumber parti, Anwar berjaya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin partinya selepas berjaya meyakinkan biro politik PKR berhubung pilihannya itu.

Sumber sama mendakwa Anwar memilih Wan Azizah untuk "menstabilkan" parti, yang dilanda siri kontroversi selepas mengadakan pemilihan kucar kacir baling kerusi secara terus buat kali kedua tahun ini.

"Siapa yang berani lawan Anwar? Mereka mungkin merungut di belakangnya tetapi di di depannya, mereka semua pak turut," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Jika Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang mengisi tampuk menteri besar, beliau adalah di antara dua pemimpin wanita PKR yang memegang jawatan exco negeri dalam kerajaan Selangor.

Selain Wan Azizah, penyandang timbalan presiden Azmin Ali juga tidak menghadiri mesyuarat tersebut kerana berada di Mekah.


4 comments:

  1. kita penduduk Selangor patut menolak azizah menjadi MB, sebelum jadi MB kita mahu track record dia, dari apa yang kita tahu dia tidak ada track record untuk memimpin, party sendiri pun lintang pukang, keluarga pun tak habis habis bermasaalah, suami dah tentu menipu dia sepanjang masa...boleh kah Selangor menerima orang bermasaalah memimpin negeri ni,,,mesti di tolak, Selangor bukan keluarga dia punya dan laki dia boleh arah siapa jadi MB....TOLAK TETAP TOLAK,,agenda dia bukan untuk semua rakyat Selangor tapi untuk keluarga...tolak...

    ReplyDelete
  2. BONEKA ATAU TIDAK KAK WAN LAYAK, ENGKAU ............

    ReplyDelete
  3. Sudahlah Anuar tak habis2 nak merosakkan negeri Selangor, awak ni benar2 gila kuasa bubarkan ajelah party awak tu tak ada mutu.

    ReplyDelete
  4. bukankah rakyat selangor yg telah membuat pilihan terbaik,apa-apa hal pun terima sajalah, sisepat kering 2!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com