innity

pages

Sunday, July 6, 2014

( MANA PEJUANG HAK ASASI PR?) Pelampau Buddha Bersenjata Bermotosikal Ancam Bunuh Umat Islam


YANGON - MYANMAR. Ratusan pelampau Buddha dilihat sengaja mahu meningkatkan ketegangan etnik di Mandalay walaupun perintah berkurung masih dikuatkuasakan di bandar itu.

Kira-kira 300 ekstremis bersenjatakan pisau dan kayu mengancam membunuh orang Islam sehari selepas seorang penduduk dipukul hingga mati ketika dalam perjalanan ke masjid.

Rabu lalu, dua maut manakala 19 lagi cedera selepas rusuhan ganas tercetus di bandar kedua terbesar di Myanmar tersebut.

Susulan daripada itu, Presiden Myanmar, Thein Sein memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang sengaja mahu mencetuskan keganasan di negara terbabit.

"Saya menggesa semua rakyat supaya tidak melakukan provokasi jika tidak mahu dikenakan hukuman berat," tegasnya.

Pada 2012, kira-kira 240 penduduk Islam Rohingya dibunuh dan seramai 140,000 menjadi pelarian akibat insiden keganasan etnik yang didalangi pelampau Buddha di Rakhine.

Difahamkan, menurut laporan Press TV, kegagalan kerajaan Myanmar untuk mencari jalan penyelesaian bagi melindungi keselamatan etnik minoriti Islam hingga kini turut dikritik kumpulan hak asasi manusia dan masyarakat antarabangsa.

2 comments:

  1. Baik K'jaan kita HARAMkan pengambilan pekerja asing Bukan Islam dari Myanmar! Dan beri KERAKYATAN segera pd. pelarian Rohingya di NEGARA ISLAM ini - juga yg. sedg merana kat kem pelarian di Thailand! Tengoklah S'pura yg. beri kerakyatan dgn. mudah pd. berjuta PENDATANG Bukan Islam dari China dan Israel yg. memberi kerakyatan dgn. mudah pd. berjuta PENDATANG bangsa Yahudi dari serata cerok dunia - semuanya utk. mengurangkan jumlah umat Islam! Jadi sebg. negara Islam, kita berhak memberi kerakyatan pd. umat Islam - peduli gertakan Barat-ZIONIS dan ejen tempatan mereka dari bangsa PENDATANG MUSUH ISLAM!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye,betul tu mak cik jgn jadi macam diseberang selatan makin menjadi2 pendatang mudah sgt mereka dpt kerayatan, bangsa kita dah semakin mengecil, mereka ni besar kepalalah, kadang2 terfikir mengapalah mudah sgt Tanah Melayu diberi pafa sikafir.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com