innity

pages

Tuesday, July 8, 2014

(KRISTIAN MURTADKAN SEMUA PENDUDUK KG. LANGKABONG DI SANDAKAN, MASJID TERBIAR) INI YANG LIBERAL PAS MAHU?


Berikut adalah laporan yang diceritakan oleh seorang pendakwah, Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. 

Mereka telah menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan, Sabah.

Menurut apa yang diceritakan oleh Ustaz Ebit Lew, penduduk kampung di Sandakan itu semuanya telah dimurtadkan. 

Berikut adalah laporan dari seorang Imam Daerah Tongod, Imam Daim yang mereka temui minggu lepas selepas solat jumaat di Masjid Kg Entilibon:
Kelmarin (6 Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. 
Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. 
Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah  oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. 
Setelah meredah semak sejauh kira-kira 70 meter dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun. 
Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut. 
Kami bergotong-royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian. 
Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.  
Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. 
Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka.  
Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama Islam. 
Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. 
Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini. 
Di sekitar tahun 1979 hingga 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. 
Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 tahun. 
Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. 
Selepas  itu berlaku usaha gigih pendakwah Kristian yang bertubi-tubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul. 
Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yang terkuat pendakwah Kristian di seluruh Sabah. 
Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak.  
Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.”


Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya “‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akanku korbankan satu persatu untuk agama Allah”.
Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i, nsyaAllah. Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah. Berikut kami kongsikan gambar surau yang usang yang telah ditinggalkan penduduknya lebih 20 tahun lalu.
masjid-usang-sabah-6
masjid-usang-sabah-1
masjid-usang-sabah-2
masjid-usang-sabah-3
masjid-usang-sabah-4
masjid-usang-sabah-5

15 comments:

  1. Di mana bantuan utk. MEMPERBAIKI dan MENGINDAHkan MASJID usang ini dari MAIS dan K'jaan Negeri/Persekutuan?! Tak perlu kita salahkan si KAPIRDAJAL kalau PEMIMPIN dan JABATAN AGAMA ISLAM sendiri sanggup biaqkan hal ini berlaku! Sedih betul!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    ReplyDelete
  2. Pakcu Rantau PanjangJuly 8, 2014 at 6:34 PM

    Bila manusia sudah berpaling kepada kebendaan dan janji kemewahan yang sementara, bila iman digadai dan dihancurkan dengan pandangan singkat kehidupan dunia maka nasib yang sama akan menimpa siapa saja yang jauh dari amalan agama dan sunnah rasulnya.

    Jazakallah kepada jemaah yang sanggup melapang masa, diri dan harta dijalanNya. Sesungguhnya banyak lagi tempat yang terjadi seperti ini jika tugas "DAIEE" tercabut dari dada umat ini.Semoga paparan seperti akan membuka mata semua umat Islam bahawa saudara Islam kita yang jauh terpencil dari kelompok Islam akan tirus dan pipis iman dan amalnya jika
    kerja agama ditinggalkan dan umat ini pula bakhil untuk buat pengorbanan untuk agama. Walahualam.

    ReplyDelete
  3. Assalam.
    Kalau Harakahdaily.net tak bongkar sampai bila2 kerajaan UMNO diam membisu.

    ReplyDelete
  4. 24 jam pas berpolitik.... ini la yg berlaku...

    Semua pengundi pas menanggung dosa....pemimpin2 mereka...

    ReplyDelete
  5. Malaysiakan negara islam....

    ReplyDelete
  6. soheh! anony July 8, 2014 at 9:03 PM!

    ReplyDelete
  7. Dimana mais? K'rajaan negeri terlepas pandang. Org kristian tak boleh mempengaruhi org Islam keagama mereka, salah tu. Krajaan negeri patut pantau merwka ni.

    ReplyDelete
  8. Bung Mokhtar sibuk Di KL dgn isteri muda ! Apa nak buat ! Nasib pungundi Islam Sandakan !

    ReplyDelete
  9. ini lah bahana jika terus dibiarkan umnoo perintah, langsung tak jaga agama, tapi canang jaga perkataan " ALLAH " bagai nak ghak.umno melayu laknat.

    ReplyDelete
  10. Anon July 9, 2014 at 7:52 am

    Habis tu kau nak harapkan PAS yang bersekongkol dengan DAP nak hapuskan Allah dan menjual agama demi politik ...cuba jawab ... sekarang orang dah celik dan dah nampak apa yg ada dalam jubah PAS.. Tanggung jawab berdakwah adalah bersama diantara orang Islam... Fahaaam .. Kerajan BN telah membawa mereka masuk Islam dulu sepatutnya ia disokong oleh orang Islam termasuk PAS.... mana daie PAS yang membantu selepas tu .... Memang mudah meletakkan kesalahan keatas orang lain.. DAN itulah apa yang dilakukan oleh PAS selama ini ..... PAS boleh Bellaaah.

    ex{PAS 2012

    ReplyDelete
  11. Apa yg ustaz ustaz kita buat ni...Aku tgk dinegara kita ni, ustaz -ustaz kita lebih bertumpu dakwah dekat orang islam saja..
    Malangnya tiada yg sudi utk usaha dakwah di kawasan pendalaman. Apa lagi ...kesempatan ini diambil org golongan lain

    ReplyDelete
  12. Pi....la salahkan UMNO saja...Apa yg PAS buat di KELANTAN utk berdakwah kat org asli...aku dengar cerita pakat lari ke agama kristian..tu di negeri serambi mekah....kononnya yg nak agongkan islam....bukalah minda utk mencari kebenaran...

    ReplyDelete
  13. Aku mushkil, PAS pernah perintah Sabah ke?

    ReplyDelete
  14. Tanya sama Bung !

    ReplyDelete
  15. Kesihannya Sabah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com