innity

pages

Saturday, July 12, 2014

Kenapa Boikot McDonald's Malaysia?


KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau
penindasan yang berlaku di dunia ini.

"Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya," menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.

Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.

Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.

"Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini," menurutnya.

"Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata McDonald's.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald's Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya.

Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza.

McDonald's Corporation Sumbang Dana kepada Jewish United Fund


Menurut Chicago Jewish Community Online (laman web rasmi Jewish United Fund [JUF] of Metropolitan Chicago), McDonald’s Corporation adalah rakan kongsi korporat JUF dan Jewish Federation.
Melalui Israel Commission, JUF berusaha untuk mengekalkan kuasa ketenteraan Amerika, ekonomi dan hubungan diplomatik dengan Israel, menyelia dan jika perlu menjawab kepada media isu-isu berkaitan Israel.

Melalui program “Partnership to Israel”, JUF menyumbang sebanyak USD1.3 juta setahun untuk membangunkan Kiryat Gat, sebuah kawasan penempatan haram yang dibangunkan selepas pembersihan etnik pada 1949 yang bertentangan dengan konvensyen undang-undang antarabangsa. 
Kebanyakkan program-program yang ditaja McDonalds adalah berbentuk pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat untuk membersihkan nama Israel, dan demi memastikan dunia merasakan bahawa Israel tidak bersalah. Pengarahnya, Simon Silberg telah memenangi anugerah Goldsmith atas kapasiti beliau menjayakan program “Israel Solidarity Day”. 
Yang seronoknya apabila di Arab Saudi, terdapat lebih 83 cawangan termasuk 4 di Madinah dan 4 di Tanah Suci Mekah, termasuk yang terbaru di pusat membeli belah Abraj al-Bait (Towers of the House) hanya beberapa meter daripada Kaabah, dengan Putera Mishaal bin Khaled Al Saud adalah pemegang lesen. -table4three

Tahukah Anda?


Para pelanggan McDonald's di Malaysia menyumbangkan 10% kepada McDonald's USA.
5% promotion fees & 5% royalti.
Ingat, 10% daripada gross sale, bukan profit.
McDonald's USA seterusnya menyumbang kepada Jewish United Fund, satu dana yang menyokong usaha ketenteraan Zionis Israel.

Ini berita tahun 2013.
Setiap bulan McDonald's Malaysia terima 12 juta orang pelanggan, bersamaan 400,000 orang sehari.
250+ outlet McDonald's di seluruh Malaysia.
Andaikan setiap pelanggan ambil set paling murah,
McValue Meal @ RM 5.90
400,000 x RM 5.90 = RM 2,360,000 sehari gross sale.
Maka jika sumbangan 10% daripada gross sale,
RM 2,360,000 x 10% = RM 236,000 sehari dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.

Sebulan ?
RM 236,000 x 30 hari = RM 7,080,000 sebulan dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish
United Fund.

Setahun ?
RM 7,080,000 x 12 bulan = RM 84,960,000 setahun dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish
United Fund.

Ini baru sumbangan anda melalui McDonald's.
Starbucks ?
Coca Cola ?
Danone ?
Nestle ?
Lagi, dan lagi, dan lagi...

Jadi, saya nak tanya, berapa RM yang anda mahu sumbang untuk Zionis ?
Berapa RM yang anda mahu sumbang untuk membeli peluru dan bom yang membunuh rakyat Palestin ?
Kalau tak terasa apa-apa, I don't know what to say anymore.

I rest my case.
Teruskan makan, teruskan menyumbang... Untuk zionis...
Sekian & terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca sampai habis.

PS : Feel free to tag yourself or to share or whatever.
PS : Kalau ada silap fakta @ silap kira, mohon maklumkan kepada saya. - Khalid Abd

Kenapa Boikot McDonald’s Sahaja? – Penjelasan Dr. Hafidzi Mohd Nor


Ramai yang masih mempersoalkan kenapa kita hanya memfokuskan untukboikot mcDonald’s. Berikut adalah pencerahan dari Dr. Hafidzi Mohd Nor. Mohon buka telinga, buka mata dan buka hati luas – luas kenapa pentingnya kempen boikot ini. huhu..

“Boycott adalah satu ‘peperangan’. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.
Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot” -  Aqsa Syarif

8 comments:

  1. Baguslah gitu kalau ramai rakyat malaysia sedar...Tapi yang pling ramai berbelanja di MD orang islam berbangsa Melayu. Melayu mudah lupe..rokok yang banyak keburukan pun tidak bolah nak buang yang datang dari negara USA ini kan pula nak boikot makan d MD ...cakap bolah lah...kalau diadakan kampen yang tersusun boleh lah.....

    ReplyDelete
  2. X de pon McDonald dlm JUF corporate partners..

    http://www.juf.org/professionals/corporate_partners.aspx

    CEO McDonald's pon Black
    http://www.aboutmcdonalds.com/mcd/our_company/leadership/don_thompson.html

    Jack Greenberg CEO McDonalds 1998 - 2002... dh lebih 10 tahun dia retired

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cari jawapan, cari betul2. web dia ada search engine, search kat situ. ni list
      http://www.juf.org/donate/matching_gifts.aspx

      Delete
    2. Itu matching gift program, bukan corporate partners.. Nak relate kan dgn Mcd Malaysia lagi la jauh sekali.

      Delete
  3. Mc donald amerika takde amik untung ke dari sale franchise diorang? semua 10% fees dan royalti yg dpt pegi ke JUF? Ko bro.. kalo kasi fakta tu tapis2 la sikit.

    ReplyDelete
  4. Dunia globalisasi...win win situation yahudi dpt duit islam pun dpt duit thru trading yg x salah ikut agama. Islam guna duit untung bg kat sedara islam yg kapiq pun sebaliknya . Masing2 punya pendapat

    ReplyDelete
  5. Nak bagi tahu staff dan manager mac donalds jaya jusco seremban dua tiada taraf sebagai manager saya pun tak tahu camna dia bplih jadi manager

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com