innity

pages

Monday, July 7, 2014

(HASIL PAS KAFIRKAN UMNO DULU) Solat 2 Imam MASIH WUJUD di Kelantan dalam Ramadan 2014



RANTAU PANJANG – Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti semalam.

Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih.

Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam.

Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.

Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.

Pengakuan kumpulan satu

Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini.

Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini.

“Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu.

“Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya.


2 comments:

  1. KEDUA DUA KUMPULAN INI MUNGKIN BUKAN ISLAM TETAPI SELAM...KENAPA JADI BEGINI???.MUNGKIN BANYAK MEMANDANG KEPAPA DUNIAWI..WALLAHU AKLAM..YG ISLAM SURUH DIA ORG TAK BUAT..YANG ISLAM LARANG DIA ORG BUAT..MENAYA KPD ISLAM NAMANYA..FIKIR FIKIRLAH..

    ReplyDelete
  2. Apalah nak jadi ni, tak hormat bulan Ramadhan, tulah mentafsirkan agama utk kepentingan politik, mendirikan solat pun berasingan.Kembalilah pada ajaran RASULLULLAH SAW yg sebenar jauhilah politik songsang yh merugikan umat Islam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com