innity

pages

Sunday, July 13, 2014

13/7/2014 (SABAH DICEROBOH LAGI) Anggota polis marin maut ditembak, rakan diculik


SHAH ALAM - Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) maut ditembak manakala rakannya dipercayai diculik lapan lelaki dalam kejadian di Pulau Mabul, Semporna, jam 11.00 malam tadi.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini, lapor sebuah portal.

Sementara itu, menurut sumber ‎mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit.

Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.

Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh.

Laporan itu turut menyebut, Zakiah turut sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang.

1 comment:

  1. Pengganas penceroboh ni harus dihapuskan dari muka bumi Allah, polis yg menjaga keamanan negara pun dibunuhnya sesuka hati.Kami berdoa semoga Allahyarham ditempatkan di syurga dan keluarga bersabar menghadapi ujian ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com