innity

pages

Monday, June 2, 2014

(SIAP KAU SAMSENG TAIK KUCING) Polis siasat video 'pailang' bertudung


Kuala Lumpur: Susulan penyebaran video seorang pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar lain yang menimbulkan kemarahan masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada April lalu di sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.

“Klip video itu tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.“Pihak polis sudah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam rakaman yang menjadi 'viral' di laman sosial itu, seorang pelajar perempuan ditendang, ditumbuk dan diheret di atas lantai dengan rambutnya ditarik oleh sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek. 

2 comments:

  1. kalau dapat tangkap, polis boleh buat apa...??? jentik pun dah tak boleh ..... kena pulak anak-anak macai umno-bn, anak taukey balak, kroni-kroni, hakim akan buat keputusan TIDAK BERSALAH...! habis cerita .................

    ReplyDelete
  2. Ala senang aja...ada org bole bunuh org cara senyap..x genster pown...muka pown skema..ada upah..ada job..tak yah nk pakai pekida ke 77 ke 30 ke 36 ke ..buang masa aja..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com