innity

pages

Wednesday, June 11, 2014

Rombakan Kabinet: 'Saya tidak tahu' kata Najib

 
ASHGABAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.

"Saya tidak tahu," katanya ketika ditanya wartawan Malaysia di sini, mengenai laporan sebuah akhbar harian mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan pada Jumaat.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat pada Selasa malam, setelah melakukan lawatan rasmi yang kedua ke Turkmenistan.

Beliau diiringi isteri dalam lawatan dua hari itu.

The Malay Mail, yang memetik sumber berkata Najib sedang menimbangkan rombakan besar dalam barisan pentadbirannya bukan hanya untuk membawa masuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sahaja.
 
Barisan baharu itu dilaporkan mungkin diumumkan seawal Jumaat ini dan selewat-lewatnya selepas Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 28 Julai. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com