innity

pages

Sunday, June 22, 2014

(#PasBersamaKafir)Pas perlu ambil tindakan tatatertib terhadap Khalid Samad


SHAH ALAM - Pas Selangor digesa mengambil tindakan tatatertib terhadap empat Ahli Parlimen dari parti itu yang mendesak supaya kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri ini dikurangkan.

Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, desakan itu merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan rakyat negeri ini, tambahan pula mereka bukan anak jati Selangor dan mereka juga sepatutnya tahu bahawa Sultan Selangor adalah penaung kepada Mais.

“Isu Mais ini di bawah Sultan Selangor, jadi kalau mempertikai kuasa Mais bermakna mempersoal kuasa baginda. Saya amat kesal kerana saya tengok tiga daripada Ahli Parlimen yang buat kenyataan itu bukannya anak jati Selangor, jadi mereka tidak menghormati rakyat Selangor dan kuasa baginda,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Empat pemimpin Pas Selangor itu mendesak Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata, kajian semula enakmen itu perlu berikutan tindakan Jais yang menjatuhkan imej Islam apabila merampas 300 Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu.

Khalid menegaskan, penghapusan kuasa Mais itu boleh dilakukan kerana Kerajaan PKR (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga Dun Selangor untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.

Turut bersama beliau pada sidang media  di lobi Parlimen ketika menyatakan desakan itu ialah tiga Ahli Parlimen Pas iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)  dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Menurut Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, Pas Selangor tidak boleh lepas tangan terhadap tindak tanduk ahlinya walaupun kenyataan ahli itu dikatakan hanya sekadar pandangan peribadi.

“Sekiranya Pas memperjuangkan dan mempertahankan institusi raja di negeri ini maka mereka perlu ikhlas serta jujur dalam prinsip perjuangan mereka.

“Isu agama jangan sesekali dipolitikkan kerana ia sangat sensitif dan boleh memecahkan perpaduan,” katanya.

#SyukurKhalidSamadMasihIslam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com