innity

pages

Sunday, June 22, 2014

(#PasBersamaKafir)(FITNAH HJ HADI ISU JAWATAN MB SELANGOR) Setelah Penat Menjilat Kafir DAP, akhirnya Pas Sedikit Tersedar


Nampaknya mereka baru sedar siapa Khalid Samad dalam Pas Selangor. Siapa puak liberal dalam Pas. Siapa penjilat kafir Kristian dalam Pas.

Berikut adalah kenyataan Ketua Pemuda Pas Selangor:

Saya tidak hairan melihat TMI hari-hari membuat serangan bertalu-talu dalam isu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akhir-akhir ini.
Yang menariknya, serangan itu mempergunakan PAS sebagai peluru. Seolah-olah keputusan PAS Selangor yang turut mahukan Khalid disingkirkan ketika ini.
Sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga ahli mesyuarat Harian PAS Selangor, saya amat bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor YB Tuan Iskandar Abd Samad yang menafikan bahawa ia adalah pendirian PAS Selangor berhubung beberapa kenyataan mengelirukan yang mendakwa PAS Selangor ingin menolak Khalid.

Ketika ini, sepatutnya PAS Selangor dan semua kompenan Kerajaan Pakatan Rakyat meningkatkan komitmen memberi kebajikan kepada rakyat.
Khalid perlu mendengar suara akar umbi dan mendahului agenda kebajikan rakyat. Bukan dengan kaedah menyerang serta membantutkan agenda tersebut yang boleh mengutungkan musuh.
Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan PAS Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH).
Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan Khalid selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.
Sebagaimana yang disentuh awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.
Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama.
Ia juga adalah rentetan "projek langgar Hadi" yang pernah diusahakan oleh beberapa individu upahan pasca PRU12 dahulu yang akhirnya menemui jalan buntu.
Masih segar lagi dalam ingatan saya usaha melaga-lagakan dua Tok Guru; Tok Guru Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz dengan tujuan untuk memburukkan imej TGHH yang kononnya pro-Umno, oleh individu-individu upahan tadi.
Tidak cukup itu, kemudian mengfitnah TGHH sebagai punca projek 16 September yang gagal.
Gagal menjatuhkan TGHH melalui serangan terus menerus, kemudiannya TGHH diserang melalui orang-orang kuat sekelilingnya, antaranya melalui menantunya dan melalui bekas Ketua Pemuda PAS.
Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan Khalid.
Usaha-usaha serangan terhadap TGHH ini akan terus berlangsung berpunca daripada ketegasannya yang komited dengan prinsip PAS untuk menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia.
Memang dalam sirah Rasulullah juga wujud individu yang menjadi penyebar fitnah dan menjadi munafik dalam perjuangan Islam.
Maka tidak hairan juga ia wujud dalam mana-mana gerakan Islam sepanjang zaman, seluruh dunia.
Munafik inilah yang melaga-lagakan sesama ahli PAS yang kononnya dipetik oleh media sebagai 'sumber dalaman'.
Saya mencabar media yang menyatakan 'sumber dalaman' itu untuk menyatakan siapa gerangan 'sumber dalaman' dan saya akan tunjukkan itulah munafik yang sedang melaga-lagakan PAS.
Ramai musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka 'grand design' ini.
Ada yang bertaraf YB, ada editor dan ada wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama.
Kalimah biadap adalah kalimah yang sesuai ditujukan kepada mereka atas perbuatan ini.
Kami para pemuda PAS akan sentiasa mempertahankan PAS dari sebarang parasit liberal yang sedang menjalar ini. – 22 Jun, 2014.
* Penulis ialah Ketua Pemuda Pas Selangor.

#SyukurKhalidSamadMasihIslam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com