innity

pages

Tuesday, June 24, 2014

( #PasBersamaKafir) Sedia Titiskan Darah Syuhada Demi Pertahan Islam-Perkasa


PERKASA memberi amaran “memancung leher” pihak yang cuba memperkotak-katik agama dan memperlekehkan sultan.

Yang Dipertua PERKASA Negeri Sembilan Ruslan Kassim berkata demikian dalam perhimpunan di depan istana Selangor, merujuk kepada “parasit” yang menurutnya “lebih baik berambus”.

“Kalau mereka tidak berhenti dari terus memperkotak-katikkan agama, kalau mereka tak berhenti dari terus memperlekehkan DYMM sultan, kita akan memancung leher mereka.

“Lebih baik mereka berambus, lebih baik mereka mati, lebih baik tidak berada di negara ini, daripada menjadi penyakit, menjadi virus, jadi parasit pada agama kita, bangsa kita, negara kita,” katanya.

Ruslan berkata demikian dalam perhimpunan bagi menjunjung kasih terhadap tindakan Sultan Selangor mempertahankan kesucian Islam dan tindakan pihak berkuasa agama negeri.

Perkara itu berkaitan keengganan Majlis Agama Islam Selangor memulangkan 321 naskhah Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada Persatuan Bible Malaysia.

“Kadang-kadang terpaksa memerlukan titisan darah syuhada, kita rela, biar berpisah nyawa dari badan, kita tetap kana pertahankan nama Allah yang maha suci ini, Insya-Allah,” katanya.

Utusan Online hari ini melaporkan, hampir 2000 ahli pelbagai NGO berhimpun di hadapan Istana Bukit Kayangan bagi menyatakan pendirian membantah cadangan empat ahli Parlimen PAS yang didakwa mahu supaya dihapuskan kuasa MAIS.

Mereka yang berhimpun kira-kira pukul 11 pagi ini dilapor sebulat suara mahu kuasa MAIS dipertahankan dalam pentadbiran agama Islam di negeri ini.

Mereka juga dijangka akan mengemukakan memorandum kepada sultan selangor bagi menyatakan sokongan kepada MAIS selain menjunjung kuasa baginda sebagai ketua agama negeri, lapor Utusan Online lagi.

Sumber: Malaysiakini

#SyukurKhalidSamadMasihIslam
#SyukurMujahidYusofRawaMasihIslam

1 comment:

  1. Alhamdulillah...roslan jgn lancang sangat..nak panncung lah..titis darahlah..yg ni sebaiknya jgn cakap..negara ada undang2..berpada padalah bercakap tu..yg tersirat tu jgn bori tau...sonyap sonyap jo..klu ado kojo buek..esey bimbang krano ckap kok badan binaso jang oiii...sudah2 lah cakap tu...sobar jangg...kito ado pemerintah...jgn derhako...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com