innity

pages

Thursday, June 26, 2014

(#PasBersamaKafir) PAS pecat Lotfi Ariffin yang sertai jihad di Syria, kata Mustafa Ali


PAS memecat Ustaz Lotfi Ariffin dari menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad di sana, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.
"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
The Star melalui ketua pengarangnya, Wong Chun Wai, serta dua lagi wartawannya dalam laporan mereka mendakwa pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria dalam laporan mereka hari ini.
Menurut The Star, Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial.
The Star juga memaklumkan mereka akan menyiarkan laporan eksklusif bagaimana rakyat Malaysia dilatih oleh gerakan pengganas Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, satu gerakan serpihan dari al-Qaeda yang terlibat dalam memenggal kepala dan membunuh musuh mereka di Syria dan Lebanon.
Seorang lagi militan Malaysia, kata The Star, adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay.
Menurut akhbar itu, Ali dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertai beliau ke Syria.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Hulu Langat baru-baru ini menegaskan PAS akan meneruskan perjuangan melalui jalan politik dan pilihan raya dan tidak akan mengiktiraf mana-mana ahlinya yang mengambil jalan selain dari itu.
"Kita akan teruskan dengan muhajahah silmiyyah. Oleh itu mana-mana ahli yang memilih jalan lain dari ini tidak akan diiktiraf oleh parti," katanya.
Sementara itu, akhbar PAS, Harakahdaily melaporkan, pemecatan Lotfi dimaklumkan kepada keluarga beliau.
Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya. – 26 Jun, 2014. THE MALAYSIAN INSIDER

12 comments:

  1. bila bertindak diluar jamaah,tanggungjawab sendirilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh..blah lh Pas, dulu ko berbangga dgn Ibrahim Libya yg ko kata syahid.
      Mereka tu lawan polis Islam yg nk pi tangkap dia. Ko yg lawan undang2. Klu ko serah diri tak berlaku senua tu.

      Delete
    2. Isu nya Jemaah Pas yg dah TERPESONG sejak jalin hubungan haram dgn DAP. Dulu perjuang negara Islam tukar kepada negara kebajikan. Dulu perjuang Islam skrg sokong Kristian dan serang Badan Agama Islam spt Jais

      Delete
    3. Adakah Ustaz lotfi seorang ahli PAS ipecat pasal pergi syria untuk lawan Hizbollah sekutu Basyar? Hizbollah tu kan 'sangat dikagumi' oleh Mat Sabu orang no.2 dalam PAS. Jadi...paham-paham je la kalau dah berjuang lawan Hizbollah tu sama la macam lawan sekutu PAS.

      Delete
    4. Isu nya Jemaah Pas yg dah TERPESONG sejak jalin hubungan haram dgn DAP. Dulu perjuang negara Islam tukar kepada negara kebajikan. Dulu perjuang Islam skrg sokong Kristian dan serang Badan Agama Islam spt Jais

      Delete
    5. Patut dipecat kerana boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah. Apa pun saya doakan agar dapat syahid seperti yang saudara inginkan. Insyallah

      Delete
  2. mat sabu tu takut di cap belot oleh basar asad sebab tu dia pecat lotfi....basar asad dan peluk cium dgn mat sabun ko taak tau ke...sebenarnya lotfi tu berperang dengaan mat sabun....syiah....

    ReplyDelete
  3. PAS - PARTI AGAMA SYAITAN - PA ALIF SIN.SESIAPA YG AHLI PAS TU ELOK LAH KELUAR PAS..JIHAT DENGAN PARTI 6666 AYAT DAN 7773 KALIMAH.YG NI PUN RASANYA RAMAI AHLI PAS TAK TAHU DAN TAK FAHAM. Selagi duduk dalam PAS selagi itu lah akan kucar kacir..klu tak caya lihat dimasa sekarang dan masa akan datang..akan datang akan lebih dahsyat lagi kucar kacir.

    ReplyDelete
  4. abe MAT KAPAK MERAHJune 26, 2014 at 7:35 PM

    Pas SESAT SELAMA LAMANYA ..
    TAHU TAHU SAJALAH .. BERAPA FAHAMAN ADA DALAM PAS SEKARANG ??

    ReplyDelete
  5. mat sabun pegi peluk kjaan syiah syria tak kena pecat. SU pas angkat senjata dalam hotel dgn perempuan yg tatau sapa tak dipecat. Yang dipecat yg angkat senjata lawan rejim syiah. Pelik dah ni.

    ReplyDelete
  6. Stopa sepatutnya memecat dirinya terlebih dahulu sebelum memecat yang lain atas sebab menebar spenda selepas berzina dgn perempuan simpanan.

    ReplyDelete
  7. berdasarkan temuramah beliau dengan sinar harian bulan lepas.. sy boleh katakan ustaz ni sudah tersilap apabila menyatakan bahawa "pemimpin yang wajib ikut ulama, bukan ulama ikut pemimpin.." malah beliau mengakui ulama2 terdahulu adaa yang kena buang daerah, dizalimi, penjara dan sebagainya.. tetapi beliau terlupa dengan seperkara.. kenapa ulama yang dizalimi tersebut tidak memberontak biarpun ada murid2nya sanggup membela gurunya.. begitu juga banyak hadis sahih melarang keluar dari ketaatan kepada pemimpin biarpun ianya zalim.. malah ada hadis yang agak keras matinya muslim yang tidak taat kepada pemimpinnya adalah dalam keadaan jahiliah.. pemahaman ustaz ni agak tersasar daripada apa yang dikehendaki islam sebenar.. namun perkara ini tidak boleh diletakkan kesalahan sepenuhnya kepada beliau.. ini kerana pas sendiri menggalakkan anasir penentangan kepada pemerintah islam yang sah.. malah ceramah mereka tidak dikemukakan tentang ketaatan kepada pemerintah dengan mendalam.. para ustaz pas memilih dalam mengemukakan nas-nas mereka, akibatnya ketaksuban begini muncul sedangkan perkara ini bertentangan dengan agama.. sy tidak pasti samaada ustaz lotfi tahu akan hadis2 ini.. para ulama/ustaz sewajarnya kembali kepada perjuangan menegur pemerintah dan tidak menumpukan usaha menjatuhkan pemerintah islam yang akhirnya menjadi senjata 2 mata, pertamanya akan menjatuhkan pemimpin islam/melemahkan kekuatan islam, keduanya mengelirukan penyokong mereka sendiri dengan nas-nas terpilih yang mengakibatkan pemahaman salah tentang perjuangan islam sebenar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com