innity

pages

Tuesday, June 24, 2014

(#PasBersamaKafir) Noh Omar nafi Umno Pengaruhi MAIS, dakwa Khalid Samad 'MABUK'


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menafikan tuduhan PAS parti tersebut dalang kepada kontroversi rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) itu.
Noh berkata tuduhan ke atas Umno tersebut adalah tidak berasas dan mendakwa Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad memutarbelit fakta.
"Dia (Khalid) bercakap seperti orang mabuk, cuba putar belit fakta.
Siapa yang perintah negeri Selangor? Adakah beliau tidak yakin dengan kerajaan sedia ada sekarang?" kata Noh kepada The Malaysian Insider hari ini.
Ahli Parlimen Tanjung Karang itu juga menafikan mengetahui Ketua Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib merupakan ahli Umno.
"Saya tidak tahu sama ada pengarah Mais itu ahli Umno ataupun tidak.
"Kalau dia (Mohamad Adzib) ahli Umno pun, dia sekadar ahli biasa dan tidak aktif dalam parti," kata Noh lagi.
Noh mempertikaikan tuduhan oleh Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam dan mengatakan jika benar tuduhan pengarah Mais itu ahli Umno ia bukan suatu kesalahan bagi mana-mana individu untuk menyertai parti politik.
"Kalau benar tuduhan itu, ia bukan kesalahan.
"Mana-mana individu berhak untuk menyertai parti politik seperti termaktub dalam Perlembagaan," kata beliau.
Hujung minggu lalu, Khalid menuduh Umno sebagai dalang di sebalik rampasan kontroversi kitab Bible bahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Januari lalu.

#SyukurKhalidSamadMasihIslam

2 comments:

  1. Wow...memang pukimak betul si khalid ni. Semuanya dak salahkan UMNO. Pasal martabat Islam pun tak habis habis nak dipolitikkan.
    PAS buat apa untuk perjuangan Islam????? So far, saya tengok, PAS lebih membantu perjuangan DAP. Tak payahlah nak susah susah mengkafirkan umat Islam lain sedangkan diri sendiri dah lama jadi KAFIR!

    ReplyDelete
  2. Kafir tu ape ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com