innity

pages

Friday, June 20, 2014

( PAS SELANGOR SOKONG SYAITAN) PAS Terengganu Sokong Islam


KUALA TERENGGANU 19 Jun - Institusi agama di setiap negeri, tidak terkecuali Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mesti dipertahankan demi menjaga kepentingan agama Islam itu sendiri.

Ketua Penerangan Pas Terengganu, Mohd. Nor Hamzah berkata, begitu juga dalam konteks Terengganu, Pas negeri akan terus mempertahankan institusi seumpama itu termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM).

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan pendirian sebenar Pas negeri sejurus diadukan soalan mengenai gesaan empat Ahli Parlimen Pas di Selangor supaya kuasa MAIS dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dihapuskan, berkaitan isu rampasan Bible.


"Itu kena tanya Pas Selangor. (Tetapi) Di Terengganu, sebagaimana kita (Pas) pertahankan MAIDAM lah. Institusi agama itu mesti dipertahankan," katanya dalam sidang akhbar mengenai isu-isu pembangunan Terengganu di sini hari ini.

Sidang akhbar itu diketuai Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri yang juga ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak.
Mohd. Nor menyatakan perkara itu ketika ditanya mengenai pendirian Pas Terengganu terhadap gesaan empat wakil rakyat Pas Selangor itu yang mendesak agar MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.

Mereka juga mendesak enakmen yang diberi kuasa eksekutif kepada agensi itu dipinda berikutan tindakan JAIS merampas 300 naskhah Bible milik Persatuan Bible Malaysia (BSM) Januari lalu.

Mohd. Nor selanjutnya menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan salah seorang daripada empat pemimpin Pas Selangor iaitu Khalid Samad mengenai perkara itu hanya pandangan peribadi Ahli Parlimen Shah Alam itu.

1 comment:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH! Tapi perjuangan masih belum selesai kerana MUSUH ISLAM si Barat-ZIONIS dan ejen tempatannya dah tak peduli lagi undg-undg PERLEMBAGAAN pun, dan terus mara dgn. amat jahat utk. MENGHAPUSkan ISLAM/umatnya termasuk di Tanah Melayu ISLAM, PUSAKA nenek moyang kita ini. Itulah yg. mengherankan apabila ramai pemimpin Islam/Melayu kita dan juga dari OIC menjadi begitu PENAKUT utk. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya!

    Aku syak ramai si pemimpin Islam/Melayu serta keluarga mereka dah di 'BLACKMAIL' - kerana diPERANGKAP dgn. rasuah, gambar-gambar LUCAH termasuk dgn. GRO/Pelacur/puak SODOM atau diHASUT oleh ejen yg. MENYAMAQ sbg. Islam termasuk berkahwin dgn. pemimpin Islam/Melayu! Terutamanya apabila mereka dimabukkan dgn. alkohol atau diperangkap dgn. dadah - lalu MUSUH ISLAM akan gunakan MO PERANGKAP ini, yg. adalah MO biasa si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dan ejen tempatan mereka. Spt. juga empayar Zionis-Rothschild plg. DAJAL, yg. menubuhkan Israel dgn. amat BUAS – bagaimana keluarga mereka memerangkap Raja-Raja Kristian Eropah dgn, hutang, kejatuhan akhlak dan perkahwinan – lihat di di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html ,Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel, by Bill Woollam!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com