innity

pages

Monday, June 16, 2014

NGO kata Gani Patail boleh dianggap MURTAD jika Samakan Kesucian Bible dengan Injil


Satu NGO Islam menyatakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail boleh dianggap murtad jika menganggap naskhah Bible yang dirampas sama dengan kita yang diperturunkan kepada para nabi.

Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia melalui kenyataan presidennya Zamihan Mat Zin menyebut, Abdul Gani tidak layak memegang jawatan berkenaan jika berpegang pada pendirian tersebut.

"Kenyataan ini bertentangan dengan akidah Islam yang menegaskan bahawa Bible atau Injil sekarang telah diubah atau ditokok tambah oleh tangan-tangan manusia.

"Jika beliau tetap berpegang dengan doktrin ini beliau jelas menyeleweng dari ajaran Islam dan boleh menyebabkannya murtad.

"Maka beliau tidak layak menjadi peguam negara. Bahkan perlu melepaskan jawatan berkenaan kerana banyak permasalahan perundangan negara tidak boleh diselesaikan beliau dengan baik," kenyataan itu dipetik.



Kes rampasan Injil ditutup - Peguam Negara

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan tiada sebarang pendakwaan terhadap rampasan kitab Injil di Selangor Januari lalu dan menutup kes tersebut.
Dalam satu kenyataan lewat petang Rabu, beliau berkata, pihaknya telah meneliti fakta dan keterangan dalam kertas siasatan berhubung rampasan buku-buku tersebut dan mengambil kira peruntukan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam 1988).
Hasil penelitian tersebut, katanya, mendapati buku-buku yang dirampas bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan DiKalangan Orang Islam) 1988.
"Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com