innity

pages

Friday, June 27, 2014

(#MelayuBantahNajib) Kaedah Singkirkan Rosmah dan Najib, Selamatkan UMNO, INI TEGURAN IKHLAS


PERKASA GANTI UMNO

Banyak orang berpendapat mereka yang meluat dengan kepimpinan UMNO dan tidak yakin dengan Najib akan memilih alternatif lain. 

Banyak tidak bersetuju dengan Pas yang menjadi kaldai DAP dan PKR pimpinan homosek super tegar. 

Jadi apa pilihan mereka?

Mereka mahu PERKASA pimpinan Ibrahim Ali masuk gelanggang pada PRU 14 akan datang. Dimana UMNO letak calon, PERKASA mesti bertanding. 

Banyak orang berpendapat PERKASA boleh menumbangkan UMNO yang uzur politik dipimpin oleh kabilah 1 Malaysia yg menyusu kera di hutan anak di pangkuan ditinggalkan. 

Mereka berpendapat kalau UMNO hilang banyak kerusi (terutama sekali calon2 yang menjadi matyeh dan pakyeh Najib) maka UMNO terpaksa menyingkirkan Najib dan Rosmah serta kabilahnya yang menenggek juga sepupunya. 

Besar kemungkinan akan lahir kesedaran baru di kalangan ahli2 UMNO kalau banyak calon UMNO tewas. Mungkin ada rombakan besar2an untuk memulih semula keyakinan umat Melayu terhadapnya. 

Ini ide yang dilontarkan mereka yang sayang pada perjuangan UMNO tapi benci terhadap pimpinan Najib, Rosmah dan juak2 mereka.

Pejuang2 UMNO dan para penyokong berpendapat selagi Najib dan Rosmah serta sepupunya berkuasa, UMNO tidak akan dapat mempengaruhi sebahagian besar orang Melayu. 

Cina sudah pasti berpihak pada DAP. 

Najib boleh menjaja 1 Malaysia dan memberi peluang kepada pemimpin2 MCA dan Gerakan yang bermain silap mata dengan DAP menyertai kabinet pasca monoposnya. Badut2 politikus dan para kroni akan memburu harta dunia seperti langau menghurung tahi sebelum PRU 14. 

Banyak pemimpin UMNO sendiri tidak yakin BN akan menang kali ini. PRU 13 sudah menjadi bukti bahwa BN cuma mendapat 47% undi saja.

Najib dan Rosmah serta Hishamuddin dan 2 Abdul yang lain, termasuk pemimpin2 kitar semula tidak akan tidur nyenyak menghadapi PRU 14 akan datang nanti. 

Allah Maha Kuasa dan Allah akan dedahkan kemungkaran mereka nanti.

MASALAH UMNO SEKARANG

Masalahnya UMNO sekarang mengamalkan budaya  kebendaan, bukan spiritual. 
Memburu kebendaan membentuk jiwa jadi individualistis, kenyang perut sendiri, keluarga dan para kroni. 
Pucuk pimpinan UMNO juga mengujudkan budaya seperti itu. 
Orang yang didapati korup oleh jawatankuasa disiplin UMNO sendiri boleh dilantik jadi menteri. 
Bini yang tak dipilih rakyat boleh berkuasa dalam UMNO dan kerajaan. 
Semua orang tau. Inilah budaya yg bakal menghancurkan masa depan Melayu dan juga UMNO kalau mereka tidak cepat  berubah. 
Lihat saja jawapan pencai2 yang menegakkan kemungkaran. Mereka tak guna otak dan tak malu memperjuangkan kemungkaran. 

MASALAH BESAR NAJIB

Yang menentukan segala-galanya ialah Allah. Manusia hanya boleh merancang tapi Allah yang Maha Kuasa dan Allah boleh memberkati atau memusnahkan seseorang insan yang melanggar kemahuanNya. 

Jangan salah anggapan bahwa jawatan PM itu sebagai warisan sesuatu keluarga tertentu. Ini bahaya. Sudah berlaku kehancuran dimurkai Allah beberapa keluarga yg berkuasa seperti Mubarak di Mesir, Ghadafi di Libya, Suharto di INdonesia, Marcos di Filipina. Bandingkan Tun Razak dengan anaknya Najib sekarang. 

Mengapa BN hampir kalah dalam PRU 13? 

Mengapa kepimpinannya paling lemah antara PM semua? 

Mengapa dia dikatakan tak berani kontrol bininya yang dianggap super rakus dan gila kuasa mencampuri urusan parti dan kerajaan? 

Mengapa dia dianggap sebagai si Malin Kundang melupai perjangan bangsanya, agamanya dan masa depan orang Melayu dari berbagai tindakannya? 

Mengapa dia tanpa berfikiran panjang melantik orang MCA dan Gerakan yang ditolak Cina dalam PRU 14 dan yg tidak mahu menyertai kabinetnya kerana malu ditolak bangsa sendiri? 

Mengapa dia memilih pemimpin2 yg monopos politik dalam kabinetnya?

Banyak orang Melayu, khasnya UMNO, menyesal kerana Najib dianggap tidak mampu memperjuangkan kepentingan Melayu, Islam dan negara menurut semangat UMNO dan bangsa Melayu. 

Banyak orang meramalkan PRU 14 akan membawa sial kepada UMNO sekiranya Najib tidak merevolusikan mindanya mengangkat martabat bangsa Melayu, Islam seperti mana yg dikeramatkan dalam perlembagaan UMNO sendiri.

Ada orang berkata Najib tidak akan membawa tuah pada perjuangan Melayu dan islam kerana dia dibesarkan mendapat pelajaran tinggi di England sejak kecil lagi. 

Kononnya dia tidak pernah merasai penderitaan hidup seperti bapanya . 

Kononnya dia dan adik-adiknya hidup super mewah sebagai mahasiswa di England melalui dana dari Yayasan Noah, neneknya yang pernah menjadi Speaker Dewan rakyat dulu. 

Kononnya Yayasan Noah ini hidup dari sumbangan kasino Genting! 

Apakah ini benar? 

Harap Najib menjelaskan hal ini kepada umum supaya orang Melayu tahu kedudukan sebenarnya. 

Kalau benar dia dibiayai pendidikan di England melalui dana judi Yayasan Noah bukankah ini bertentangan dengan amalan Islam?

Sumber: FB Yahaya Ismail

CG - Tulisan ini berniat ikhlas untuk menegur pimpinan UMNO yang masih cuai dan lalai.

Sesungguhnya Islam Melayu sudah tidak mampu untuk berpecah lagi kepada 4 kumpulan jika Perkasa turut bertanding dalam PRU-14.

Perpecahan kepada 3 kumpulan pada masa ini sudah cukup memeritkan.

Alangkah indahnya jika Islam Melayu dalam 3 kumpulan itu (UMNO, PAS & PKR) dapat bersatu.

1 comment:

  1. Ini lh cara nye pengkhianat upahan yahudi nak menghancurkan umno dan setrrus nye malaysia yg satu2 nye negara yg berteraskn islam sunah waljamaah di dunia ini. Saranan sy istikharah lh sebelum membuat sesuatu keputusan.Insyallah akan d beri petunjuk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com