innity

pages

Wednesday, June 18, 2014

(#MCAcelaka) Singkir Jamil Khir – Lebih baik bubar MCA, masuk DAP


BANGI, 18 Jun – Setiausaha Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman mencadangkan agar parti MCA dibubarkan serta merta dan semua ahli parti itu disaran menyertai parti DAP.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin MCA Gan Ping Sieu yang dilaporkan meminta Datuk Seri Jamil Khir digugurkan daripada kabinet.
Menurut beliau, identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan bukan negara sekular adalah berdasarkan fakta dari sudut sejarah, kontrak sosial dan perlembagaan.
“Perkara ini (Malaysia negara Islam) disebut jelas dalam perlembagaan juga dalam sejarah negara kita tetapi Gan Ping Sieu diilihat cuba putar belit fakta sejarah dan hanya merujuk tahun 1963 sebagai asal usul kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.
“MCA ibarat hidup segan mati tak mahu. Lebih baik bubar dan masuk DAP,” katanya lagi kepada wartawan ISMAWeb

1 comment:

  1. Sokong
    Tp nanti najib n melayu2 dlm umno akan pujuk dan menangkan kata2 mca
    Alasan. Nak jaga hati kawan.
    Bhahahahahhaha
    Lagi2 kalau yg mulia hishamudin hussin onn
    Hunus keris pastu minta maaf
    Kahkahakahkahakah
    Hapuskan ISA kerana ikut kata cina
    Bhahahhahah
    Umno bebal berpisah tiada
    Umno bijak ada tp disisihkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com