innity

pages

Friday, June 20, 2014

Malaysia Airlines ( MAS) : Tajuddin Ramli Punca MAS menuju Kehancuran?


Malaysia Airlines (MAS) merupakan jenama nasional yang memiliki 'pride' tersendiri yang boleh dibanggakan.

MAS pernah menempa kemasyuran teragung sekitar 80an sehingga lewat 90an, pernah menjadi satu-satunya syarikat penerbangan dari ASEAN yang terbang ke Amerika Selatan (Buenos Aires & Mexico City).

MAS juga menjadi satu-satunya Airlines yang pernah merangkul anugerah 'World Best Cabin Staff' untuk 4 tahun berturut-turut oleh Skytrax pada awal tahun 2000.

Krisis kewangan dan kerugian MAS bermula pada 1997 dan terlibat dalam skandal peralihan pemilikan oleh bekas Pengerusinya Tajuddin Ramli. Kesannya MAS rugi hampir RM10 bilion. 

Kemudian MAS mencatat kerugian terus menerus memaksa beberapa laluan tidak menguntungkan ditamatkan. Antaranya Brussels, Honolulu, Madrid, Munich dan Vancouver.

Pada 2005 gelombang kedua kerugian berlaku didorong kenaikan harga bahan api dan kelemahan pengurusan pendapatan syarikat. 

MAS sekali lagi terpaksa menamatkan laluan seperti Manchester, Vienna, Fukuoka, Nagoya, Cairo dan Zürich.

Tidak berakhir disitu, untuk kali ketiga MAS mencatat kerugian sebanyak RM2.52 bilion pada 2011. Cape Town, Dubai, Johannesburg, Buenos Aires, Rome, Karachi dan Surabaya pula digugurkan.

Apakah punca kerugian MAS selama lebih sedekad? Harga tiket MAS antara yang agak mahal berbanding Airlines lain. Sepatutnya MAS boleh mengaut untung hasil jualan tiket sekiranya load factor melebihi 80 peratus untuk setiap penerbangan. 

Laluan jarak jauh dilihat tidak membawa keuntungan kepada MAS. Hasilnya jika dilihat kebanyakan terminated route adalah long-haul. Terbaru, Los Angeles juga ditamatkan operasi.

Networking

3 Airlines gergasi Middle East (ME3) Emirates, Etihad dan Qatar Airways muncul antara syarikat penerbangan yang sangat cemerlang ketika ini. Ia didorong dengan memiliki networking dan connections yang luas. Sebut sahaja mana-mana destinasi utama di dunia, pasti salah satu ME3 menyediakan laluan itu. 

Namun, connections yang dimiliki MAS sangat kecil. Mungkin MAS menjadi pilihan utama penumpang Eropah di laluan kangaroo. Namun MAS tidak menjadi pilihan utama untuk ke Asia Timur dan Eropah oleh penumpang Asia. 

Faktornya mungkin harga tiket terlalu mahal berikutan lebih ramai warga Asia merupakan golongan menengah. Jadi penumpang akan memilih Airlines lain yang menawarkan harga yang lebih murah dengan kemudahan premium service yang sama.

Justeru MAS boleh menawarkan harga lebih murah dan kompetitif kepada penumpang transit dan return tiket. Contohnya Narita ke Istanbul atau New Delhi ke Auckland. Ia bagi menggalakan lebih ramai penumpang memilih MAS jika harga tiket transit dua hala lebih murah. Formula itu kini diguna pakai oleh ME3.

Pemisahan 2 entiti 

Kejayaan Singapore Airlines (SIA) dibantu oleh Silk Air sebagai anak syarikat yang beroperasi bagi laluan serantau. SIA hanya beroperasi untuk laluan sederhana dan jarak jauh. Sama juga seperti Cathay Pacific yang dibantu oleh Dragon Air serta Thai Airways dibantu oleh Thai Smile.

MAS boleh memisahkan operasi domestic dan regional dengan medium-long haul untuk mengurangkan bebanan. MAS perlu memiliki 2 entiti berbeza. Firefly (FY) adalah calon terbaik untuk mengambilalih semua operasi domestic dan regional MAS. Transferkan semua B737-800 kepada FY.

FY akan berperanan mengukuhkan laluan domestic dan regional sedia ada MAS. Kejayaan AirAsia (AA) sebenarnya dipacu oleh kekuatan laluan domestic dan regional yang akhirnya menyumbang sejumlah penumpang kepada AirAsia X (AAX). Namun AA dan AAX beroperasi dengan memiliki sistem pengurusan berasingan.

MAS perlu fokus dan kukuhkan laluan yang tidak mempunyai pesaing daripada premium airlines seperti London, Auckland, Beijing, Osaka, Sydney, Brisbane, Delhi dan Mumbai. Sepertimana AAX memonopoli laluan yang tidak disediakan MAS seperti Gold Coast, Tokyo-Haneda & Hangzhou. 

Bayangkan, kenapa SIA mampu terbang 4x sehari ke London sedangkan rakyatnya jauh lebih rendah berbanding Malaysia. MAS hanya terbang 2x sehari ke London tanpa persaingan. Tetapi SIA terpaksa bersaing dengan British Airways dan Virgin Atlantic untuk laluan London. Tetapi SIA mampu bersaing! 

Kenapa AA mampu terbang 6x sehari ke Surabaya tetapi lansung tidak ditawarkan MAS. Itu belum dikira Qatar Airways yang terbang ke KLIA 3x sehari, Emirates dari 4x sehari dengan load factor lebih 90 peratus. Mengapa rakyat Malaysia memilih ME3 ke Eropah, America dan Africa? 

Semuanya terletak pada harga tiket, networking, service dan reputasi sesebuah Airlines. 

FY pernah menawarkan laluan dari KLIA dengan B737-800 sebelum operasi ditamatkan selepas 'Swap Share' paling bodoh antara MAS dan AA berlaku. FY berpotensi berkembang sebagai rival kepada AA dan Malindo Air jika menawarkan service hybrid pada harga berpatutan. 

Kena ingat peratusan penumpang tertinggi di Asia adalah dari golongan menengah. Jadi mereka memilih harga terendah untuk terbang tanpa mementingkan service yang ditawarkan. Sama ada premium, hybrid atau low cost, harga tiket paling murah pasti menjadi pilihan. 

Maknanya, MAS hanya perlu mengukuhkan kembali laluan sederhana dan jarak jauhnya sahaja. Kemaskinikan kembali destinasi di Eropah, Africa dan United States. Johannesburg, Cape Town, Rome, Moscow, New York, Los Angeles, Auckland dan Zürich antara laluan yang MAS tidak akan menghadapi persaingan di KLIA. 

Jika MAS fokus kepada entiti jarak jauh sahaja, insyaAllah kegemilangan era 90an dapat dikembalikan dengan syarat harga lebih murah tetapi kompetitif dengan SIA, Thai dan ME3. 

Contohnya, perkenalkan kembali laluan berkenaan dan tawarkan harga yang lebih rendah berbanding SIA dan Thai terutama kepada penumpang Australia, China, Jepun, India dan ASEAN. Ini kerana negara-negara terbabit memiliki polulasi dan potensi besar untuk berkembang.

Muflis

Walaupun MUFLIS adalah satu kaedah penyelesaian untuk keluarkan MAS daripada kerugian, namun pilihan itu bukan semudah yang disangka. Jika MAS diisytihar muflis dan menubuhkan 'New MAS' bagaimana halatuju MAS selapas itu? Kebajikan staf dan paling mustahak identiti 'pride' sebagai syarikat penerbangan kebangsaan pula bagaimana? Kerajaan enggan membantu MAS lagi sebab sudah banyak 'injection' menggukan duit rakyat. 

Punca kerugian

MAS lemah kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat penerbangan premium lain, pengurusan dan pentadbiran syarikat lemah, campur tangan kerajaan dan politik, laluan antarabangsa yang ditawarkan kurang berbanding Airlines negara jiran, kos operasi terlalu tinggi, pemasaran dan pengiklanan yang lemah berbanding AA, bebanan pekerja yang terlalu ramai dan pembayaran gaji yang tinggi, harga tiket sehala dan dua hala terlalu mahal.

Disaat ini, kita mengharapkan 'union' akan tampil memberi solutions. Bukannya menambah luka parah yang sedang dialami MAS. Ketika ini MAS berada dalam wad icu selepas insiden MH370. Kita mengharapkan beberapa doktor datang menyembuhkan MAS. 

Setakat ini, tidak ada sorang pun anggota union tampil suggest kan sanggup gaji mereka dipotong 25 peratus atau memotong elaun tertentu atau membekukan tiket percuma untuk staf dan ahli keluarga atau sanggup bekerja lebih masa tanpa OT atau sanggup membuat lebih daripada skop kerja sendiri. 

Yang kita dengar sekarang union MAS mahu AJ letak jawatan! Tahniah minda Melayu yang masih membugar dalam MAS. Tolonglah buangkan ego belajar dengan AA. Tony Fernandes adalah lubuk segala ilmu. Buktinya, AA memenangi 'World Best Low Cost Airlines' untuk 5 tahun berturut-turut. Itu baru truly Malaysia! 

Sumber: facebook

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com