innity

pages

Tuesday, June 17, 2014

( LAWAN POLIS) Harakah Ajar Rakyat Perbodohkan Polis dalam Operasi Waran Tangkap Trafik


TIPS BILA BERHADAPAN DENGAN OPERASI WARAN TANGKAP TRAFIK

SUATU HARI DI JALAN RAYA...
Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebih kurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.

Polis: Encik... tolong ke tepi ya...

Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.

Polis: Mintak IC & Lesen Encik.

Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.

Polis: Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.

Jai: Boleh tunjuk pada saya rekod yang encik kata tu?
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.

Jai: Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi mahkamah?

Polis: Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.

Jai: OK la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.

** Rajin ke polis tu nak bawak Jai ke balai dalam dok tengah kalut operasi??**

Kalau ke balai. Di balai.

Polis: OK encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.

Jai: Sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.

Polis: Tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.

Jai: Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? Kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.

PEGUAM ZUL HAZMI SHARRIF

Sumber: Harakah daily

4 comments:


  1. karpal singh lagi banyak saman tak tangkap pun,dan anak nya pakai kereta road tax mati tak tangkap pon.

    ReplyDelete
  2. polis tangkap kucing kurap aja

    ReplyDelete
  3. bab peraturan dan undang2, kita tak tahu. kalu ikut orang yang pantau orang, orang yang pantau hanya bawa borang, tanya ada atau tidak. kalu tak ada, dia pangkah tak ada. gitu juga la bab saman ni. kalu yang pandai cakap macam loyar ni, kira selamat la. kalu orang yang tak cerdik bertekak macam loyar, ikut pandai sendiri la. tak pasti la pulak, sapa yang betul ni. kalu polis salah, salah la buat operasi ni. majlis peguam dok buat apa tah. ahli parlimen, tidur ker?

    ReplyDelete
  4. no pendaftaran kenderaan pun nak disaman....no pendaftaran istimewa kenapa tak ikut saiz yg standard????kalu dulu bolehlah, kerana peralatan yg tidak secanggih skrg....saiz mcm mana pun insya Allah blh nampak!!!!wahai kerajaan buatlah kerja yg dpt membahagiakan rakyat bukan menyusahkan rakyat marhain....apa alasan saiz no pendaftaran akan sama dpt cermin gelap?????buat peraturan dan undang2 gunakan akal yg dikurniakan Allah dgn utk memakmurkan negara dan rakyat....jgn dipersoal nanti!!! pelaksanaan undang2 jgn kira pangkat dan darjat baru rakyat hormat!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com