innity

pages

Sunday, June 22, 2014

( LAGI ADUN DAP MATI) Adun Bukit Assek Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Bukit Assek, Wong Ho Leng disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.50 malam Sabtu akibat kanser.

Perkara itu disahkan oleh Ibu Pejabat DAP Kebangsaan sebentar tadi.

Terdahulu, The Star melaporkan Hong Leng yang sedang menjalani rawatan tumor otak berada dalam keadaan koma di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak.

Isteri beliau, Irene Chang turut mengadakan sidang media untuk memaklumkan mengenai keadaan Hong Leng.

Pada Januari tahun lalu, Hong Leng mengumumkan beliau disahkan menghidap tumor otak.
Bagaimanapun, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan berdasarkan rekod sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 20 Jun 2011.
Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK hanya boleh diadakan tidak kurang dari tiga tahun dari tarikh pembentukan kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com