innity

pages

Monday, June 30, 2014

(JANGAN ANGKUH) MCA tidak wakili suara Cina, masuk kabinet ihsan PM, kata ahli akademik


Kemasukan pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak bukan kerana prestasi mereka yang cemerlang menjuarai isu kaum Cina tetapi atas ihsan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Prof Dr Jayum Jawan.
Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah kedua-dua parti itu kini ditanggalkan kaum Cina dan bukan lagi suara kepada kaum itu.
“Nampak sangat politik Malaysia belum terlepas daripada kongkongan paradigma politik etnik atau politik perkauman yang diwarisi sejak 1960-an.
“Saya tidak fikir MCA dan Gerakan diberi jawatan kerana mereka mampu menuntutnya daripada Najib, sebaliknya saya melihat itu ihsan Najib berdasarkan realiti kedudukan mereka sebagai parti politik dalam BN,” katanya menerusi rencana di Utusan Malaysia.
Najib pada Rabu melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bulan lalu.
Beliau turut melantik Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan dan timbalannya Datuk Wee Ka Siong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tiga lagi naib presiden MCA – Datuk Lee Chee Leong, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun – masing-masing dilantik timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Jayum berkata, MCA dan Gerakan harus diingatkan pemimpin parti itu masuk ke dalam kabinet dengan penuh kelemahan dan tidak wajar membuat tuntutan kepada Najib.
Katanya, dua parti itu perlu segera membuat pembaharuan terutama dalam mengembalikan sokongan orang Cina.
“Apabila MCA dan Gerakan menaruh harapan dengan jawatan menteri baru parti itu boleh berdepan dengan masyarakat, maka itu silap dan salah dasar untuk memperjuangan kepentingan masyarakat mereka.
“Perdana menteri membawa mereka masuk kerana mahu menunjukkan kepada Malaysia beliau mengambil berat nasib masyarakat Cina walaupun Najib tahu kabinetnya bekerja untuk semua orang Malaysia,” katanya.
Pensyarah Universiti Putra Malaysia itu berkata, MCA dan Gerakan perlu sedar apabila berada dalam kabinet, semua keputusan perlu dibuat secara bersama dan perlu akur kepada keputusan majoriti.
Katanya, jika syarat itu enggan dipatuhi maka dua parti itu pada bila-bila masa juga boleh meninggalkan kabinet.
“MCA dan Gerakan perlu berterus terang dengan BN. Cara mereka perlu berhemah. Bukan tikam belakang seperti bercakap melalui media dan sebagainya. Mereka perlu berdialog dengan semua sekutu dalam BN,” katanya. – 29 Jun, 2014.

1 comment:

  1. Aku syak si MCAcing-DALANG-DUA-MUKA yg. dah kuasai Kem. Pengangkutan,
    akan BERSUBAHAT dgn. DAPBANGKAI-SAMSENG dlm. menentang cadangan YAB DS Mukhriz utk. bina lpgnterbang antarabangsa di Kulim - yg. disyaki adalah perancangan plg. licik si MUSUH ISLAM/Melayu utk. MENGGERTAK untuk membina satu lagi lpgnterbang di PP, yg. akan MERAMPAS kpg-kpg PUSAKA ISLAM/Melayu di Kepala Batas! Bah. pulau dah TERGADAI hampir sepenuhnya kat bangsa si PENDATANG/PENCEROBOH - jadi mereka nak selebihnya!

    Sebab itu PENGGANAS Red BEAN sekarang begitu galak berkempen nak menghasut ke arah pembinaan lpgnterbang baru kat Kepala Batas!

    Dan lihatlah KEMALANGAN BUAS melibatkan lori-lori/kereta/bas disyaki dimiliki GENG KONGSI GELAP DAJAL (termasuk di bawah industri) yg. terus BERMAHARAJALELA kat NEGARA ISLAM ni, dan MAJORITI mangsa spt. biasa adalah dari umat Islam/Melayu yg. amat MALANG! Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140628/dn_46/Lori-tangki-bawa-bahan-kimia-bocor-kawasan-RR-Tapah-ditutup , Lori tangki bawa bahan kimia bocor, kawasan R&R Tapah ditutup, 28/06/2014; dan di - http://peraktoday.com.my/?p=192527 ,
    Peronda LPT2 Maut, Rakan Parah Dirempuh Treler:

    HULU TERENGGANU: Seorang peronda Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) maut manakala rakannya cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori treler di Kilometer 451 di sini, Jumaat.

    Dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu, Razali Ishak, 44, maut di tempat kejadian manakala rakannya Saifuruddin Mohamad, 25, cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di laluan Kemaman ke Ajil LPT2, di sini.

    Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata treler yang membawa muatan minyak masak itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan mangsa yang berhenti di lorong kecemasan.

    Mangsa bersama seorang rakan sekerjanya memberhentikan kenderaan pacuan empat roda milik peronda LPT2 itu untuk memberikan bantuan kepada sebuah kenderaan lain yang mengalami kerosakan, katanya.

    Beliau berkata mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, maut selepas kecederaan parah di kepala dan muka.

    “Akibat rempuhan kuat itu juga, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa tercampak ke tepi lebuh raya manakala treler terbabit turut terbalik,” katanya.

    Makcik Sambal Belacan.


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com