innity

pages

Monday, June 2, 2014

(IBUBAPA KAH CUAI?) Budak perempuan 7 Tahun Cedera terjun kereta

Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun cedera selepas bertindak terjun dari kereta jenis Mitsubishi Triton apabila kenderaan tersebut dilarikan seorang lelaki dalam kejadian di AU3 Keramat di sini, sebentar tadi.
Difahamkan dalam kejadian 12.30 tengah hari itu mangsa dikatakan mengikuti bapanya ke sebuah bengkel kereta sebelum bapa kanak-kanak itu meninggalkannya berseorangan di dalam kereta untuk berurusan di bengkel tersebut. 
Menurut sumber polis, tindakan bapa kanak-kanak itu mengundang padah apabila muncul seorang lelaki lalu terus memasuki kenderaan itu yang ditinggalkan dalam keadaan pintu tidak berkunci dan enjin tidak dimatikan dan terus melarikan kereta itu bersama kanak-kanak berkenaan.

Sumber memberitahu, bagaimanapun kanak-kanak terbabit bertindak terjun daripada kenderaan itu yang mengakibat mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan, kaki dan tangan sebelum ditemui oleh orang ramai.
Foto
LOKASI kanak-kanak perempuan terjun di hadapan deretan bengkel kereta di Jalan AU3/1, Keramat. FOTO Azmaidi Abidin

Sumber berkata polis kini sedang melakukan gerakan mengesan suspek yang dianggarkan berusia 30-an.

1 comment:

  1. Dah banyak kali berlaku...tapi ibubapa masih cuai...sudah tiba masa ibubapa patut dihukum kerana kecuaian mereka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com