innity

pages

Sunday, June 29, 2014

[GUNTING DALAM LIPATAN] Anggota Polis Ditangkap Terlibat Atur Pergerakan Keluar Masuk Pengganas Sulu Di Sabah


Kuala Lumpur, 28 Jun – Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata anggota polis yang ditangkap di Kunak, Sabah Rabu lepas dipercayai terbabit mengatur pergerakan keluar masuk pengganas Sulu di Sabah.

Katanya anggota berpangkat koperal itu juga didapati mempunyai saudara di selatan Filipina.

“Kami belum lagi menyiasat secara keseluruhan pergerakan dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Asas Konstabel Wanita siri 1/2014 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Mohd Bakri diminta mengulas perkembangan terkini berhubung penangkapan enam orang termasuk seorang koperal polis dalam operasi khas memburu pengganas Sulu di Kunak, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan penangkapan itu berkata tangkapan terkini tersebut adalah susulan kejadian pencerobohan oleh militan Sulu di Lahad Datu pada Februari tahun lalu.
Mengenai majlis hari ini, Mohd Bakri berkata 22 anggota berketurunan Cina antara 1,473 yang menerima tauliah sebagai konstabel polis itu.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) menggalakkan lebih ramai rakyat berbangsa Cina memohon memasuki badan beruniform ini memandangkan keperluannya ada dan untuk memastikan penglibatan semua kaum dalam pasukan penguatkuasa negara.

“PDRM juga telah membuat proses pemilihan bagi kaum Cina yang memohon dan mereka akan dipanggil,” katanya.

Pada majlis itu Mohd Bakri turut menyampaikan anugerah kepada pelatih terbaik keseluruhan iaitu Maizatul Fadzeera Zulkepli dan pelatih terbaik akademik Maizatul Aishah Muhammad Nor serta pelatih latihan luar terbaik Siti Nur Aznii Arzemi. – BERNAMA

2 comments:

  1. aku sikit pun tak hairan , polis jadi talibarut ? elehh ..bukan tak tahu , masa zaman komunis dahulu isteri polis rupanya ketua komunis, ini zaman dah tukar polis pula jadi agen , talam dua muka ,
    saya berani cakap , di sabah atau sarawak ..dan disemenanjung, kalau dikumpul /ditangkap semua polis yang tak jujur , jadi talibarut pada musuh , jumlah lebih daripada seribu !
    dari serendah-rendah pangkat hingga ketua polis negeri, semua ada !
    daripada kerani hingga SB ...semua ada !
    dalam PGA pun ada !
    dalam SB ? lagilah ada ..

    payah payah ..penyakit ni dah ada sejak dahulu cuma tak didedahkan oleh pihak polis sendiri !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit bro.....................

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com