innity

pages

Saturday, June 28, 2014

(FATWA PAS IBRAHIM LIBYA SYAHID JIHAD) Peperangan Sesama Islam Bukan Jihad – Mufti Kelantan



KUALA LUMPUR: Tindakan kumpulan pejuang bersenjata didakwa dari Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria tidak boleh dilabel sebagai jihad.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata mengikut Islam, jihad dalam konteks peperangan adalah antara orang Islam dan musuh Islam.

“Isunya kumpulan itu berperang dengan siapa? Adakah kita boleh menganggap pihak yang mereka lawan itu bukan Islam? Sudahkah lawan mereka mengisytiharkan mereka bukan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Menurutnya atas alasan itu, beliau kurang bersetuju jika kumpulan berkenaan melabel diri mereka sebagai pejuang jihad.
Tambahnya konsep jihad itu sendiri sangat luas dan terjemahan literalnya beerti kesungguhan.

“Kesungguhan meningkatkan status ekonomi adalah jihad. Kesungguhan melawan nafsu sendiri pun adalah suatu bentuk jihad yang lebih penting,” katanya.

Sementara itu Timbalan Mufti Selangor Datuk Abd Majid Omar berkata setiap umat Islam bertanggungjawab terlebih dahulu kepada kerajaannya sendiri sebelum ingin menghulurkan bantuan kepada negara lain.

Oleh itu jika benar terdapat pejuang Malaysia bersama menentang peperangan saudara di Syria seperti didakwa, tindakan kumpulan itu tidak diharuskan dalam Islam, katanya.

“Setiap negara mempunyai undang-undangnya sendiri. Kita tidak boleh sesuka hati memasuki negara lain dengan niat untuk berperang kecuali negara itu meminta bantuan atau diserang dari luar oleh musuh Islam.

“Saya bersimpati dengan keadaan di Syria. Cuma rakyat negara ini haruslah menggunakan cara betul untuk salurkan bantuan dan bukannya mengangkat senjata,” katanya.

Pada Selesa lepas Kementerian Luar telah meminta Syria supaya mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa kementerian itu berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Ia menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.

Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/06/27/peperangan-sesama-islam-bukan-jihad/

2 comments:

  1. Jom lwt blog sy jgk http://cikyanzone.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  2. Tajuk dengan cerita tak sama. Tak tahu apa niat pemilik blog. Isu Syria dengan ustaz ibrahim adalah tak sama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com