innity

pages

Monday, June 30, 2014

(Datuk Rahman Vs. Datuk Saifuddin di Twitter) Menteri ragui integriti kajiselidik Umcedel



Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berat sebelah dan beliau juga meragui integriti Umcedel.

Abdul Rahman (kanan), yang menyertai perdebatan dalam Twitter
mengenai Pengarah Umcedel, Prof Mohd Redzuan Othman diminta meletak jawatan, mempersoalkan bagaimana meminta seorang profesor berundur dari pusat tersebut, satu penghinaan kepada kebebasan akademik.

"Kajiselidik Umcedel mencucuk kedua belah pihak. Tetapi saya ragui integriti metodologi kajian mereka. Kajiselidik Umcedel kadang-kadang menyentuh isu-isu subjektif politik. Jauh di luar skop akademik biasa."

Kajiselidik politik memang berat sebelah, kata Rahman dalam tweetnya, sambil menambah bahawa mereka yang menghadiri forum Umcedel akan sentiasa dapat merasakan pusat itu berat sebelah dalam pendekatan dan metodologi kajiselidiknya.

Anggota majlis tertinggi Umno itu seterusnya mempersoalkan kaedah yang digunakan Umcedel, dengan berkata, kadang-kadang saiz dan kualiti sampel mereka dan bentuk soalannya boleh menyebabkan berlaku berat sebelah tertentu.

Bagaimanapun, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno dan bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bertanya kepada Abdul Rahman sama ada beliau telah melihat penyelidikan yang dilakukan oleh Umcedel.

-MK

1 comment:

  1. Jangan gaduh...bincang cara berhemat..masuk di twiter semua org tau..maka jadi isu lah dia..fikir2 lah..semua ini org bijak dan pandai..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com