innity

pages

Saturday, June 14, 2014

DAP Terus HENTAM Nik Azizs Kerana TEGUR Dyana, KESIAN PAS Terus GIGIL, Balaci KAFIR oh Balaci

  • Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng (tengah) pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pucuk Pimpinan Kebangsaan DAP 2014 di Hotel Silka Cheras, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO SINAR HARIAN ONLINE - NIZAM ZAIN


KUALA LUMPUR - DAP hari ini mempertahankan tindakan Dyana Sofya Mohd Daud dalam menyatakan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud dan menyifatkannya sebagai selaras dengan ketetapan parti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan tindakan Dyana Sofya tidak bercanggah dengan pendirian parti.

"Dia (Dyana) berhak (nyatakan pendirian) dan gunakan pendirian parti (bantah hudud), dan dia (Nik Aziz) boleh nyatakan pendiriannya (tegur Dyana).

"Saya fikir pendirian parti sangat jelas malah pemimpin dan anggota DAP mengambil pendirian parti," katanya kepada pemberita pada Persidangan Pucuk Pimpinan Kebangsaan DAP 2014, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Semalam semasa pertemuan bekas Menteri Besar Kelantan dengan Dyana Sofya, antara perkara yang dijelaskan adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan, baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya mengambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

Mengulas lanjut, Guan Eng menambah, beliau mengulangi bahawa parti itu tidak menolak Islam sebaliknya hanya menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu di negara ini.

"Kami hanya menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu di Malaysia kerana tidak sesuai dengan masyarakat plural di negara ini," katanya lagi.






2 comments:

  1. Karektor dalam karton dengan dialog " ingat, lu orang punya parti sudah mau hancur. lu orang mesti ikut cakap kita DAP maa ". Saya tidak bantah dialog itu, tapi jika diamati karektor dalam karton itu adalah terdiri daripada Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim ... kurang satu orang. Kenapa Najib tidak dimasukkan ? Tidak kah anda sedar tindakan Najib memansuhkan ISA, dan terkini hendak memansuhkan Akta Hasutan adalah ditafsirkan sebagai " mengikut cakap DAP ".

    ReplyDelete
  2. Aku sokong kata2 kau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com