innity

pages

Monday, June 16, 2014

( CINA BERSORAK) Ketua Audit: 9.74 hektar tanah rizab Melayu di Selangor diberi kepada Bukan Melayu


Seluas 9.74 hektar tanah rizab Melayu di Selangor diberi hak milik kepada orang bukan Melayu, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2, hari ini.
Menurut laporan itu, semakan terhadap 129 carian rasmi kepada dokumen hak milik mendapati ia melibatkan 18 (13.9%) hak milik tanah di daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Perkara ini menyebabkan kepentingan orang Melayu terhadap tanah rizab Melayu terjejas dan keluasan tanah rizab Melayu yang boleh diberi milik kepada orang Melayu berkurangan, menurut laporan itu.

Berdasarkan maklum balas bertarikh 7 April 2014, Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) Kuala Selangor memaklumkan pemilik asal tanah terlibat adalah orang bukan Melayu.

Menurut PDT Klang pula, perkara ini berlaku kerana tanah tersebut terlibat dengan proses pecah sempadan dengan endorsan tanah rizab Melayu tidak dimasukkan semasa hak milik baru didaftarkan mengakibatkan berlakunya pindah milik kepada orang bukan Melayu.

Bagaimanapun, PDT Klang tidak mengemukakan bukti untuk menyokong urusan pindah milik ini, menurut laporan itu.

Seterusnya, laporan audit mendedahkan terdapat tanah rizab Melayu di Ampar Tenang, Sepang dan Sungai Lang, Sabak Bernam pula diduduki dan diusahakan oleh orang bukan Melayu.

Mereka menjalankan perniagaan gerai makan, bengkel kereta serta membina bangunan di tanah rizab Melayu.

Ketua Audit Negara antara lain mengesyorkan pihak Pejabat Tanah Dan Galian Selangor dan PDT menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca dan kaedah bagi menyekat pemberimilikan tanah rizab Melayu kepada orang bukan Melayu.

Ia juga harus meliputi pindah milik tanah pegangan orang Melayu kepada orang bukan Melayu daripada terus berlaku serta membuat pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu yang sewajarnya, tambah laporan itu. – Bernama, 16 Jun, 2014.

2 comments:

  1. Syukur..kita rakyat malaysia harus bertolaransi antara satu kaum dgn kaum lain..sepertimana saranan parti yg memerintah selangor sekarang..cadangan berikan pemilikan tanah kpd bukan melayu..sebaiknya syarat rezab melayu terhadap tanah boleh dibawa kpd dewan negeri untuk dibincang bagi menghapuskan hak keutamaan bangsa melayu..orang melayu tifak boleh marah kerana kita ikut undian masa pilihan raya ..org melayu yang banyak undi pkr..kita mahukan keadilan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com