innity

pages

Thursday, June 26, 2014

( BONUS SEMPENA AIDILFITRI BAGI PENJAWAT AWAM) Cuepacs jawab tentang mesej whatsapp


KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.

“Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.

“Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.

Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka ‘link url’ yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.

“Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyambut Syawal.

“Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

6 comments:

  1. Kerajaan bagi bonus bukan mahu tolong kakitangan kerajaan. Sebenarnya Najib mahu tolong memeriahkan perniagaan orang cina. Bila kakitangan kerajaan dapat bonus, mereka akan belanja sakan digedung perniagaan yang rata-rata orang cina punya.

    ReplyDelete
  2. Ada pulak macam tu...memang Lah bonus di beri utk belanja dan ringankan beban bukan simpan bawah bantal...dan gedung perniagaan milik orang cina, apa masaalah nya sama2 merasa nikmat...

    ReplyDelete
  3. Kalau kerajaan bagi bonus tu ingat2lah juga untuk hari esok berbelanjalah secara berhemah dan sederhana, anak mahu sekolah,kesihatan mungkin tak berapa baik itu semua perlukan duit...walau macampun terima kasih pada DSNBAR dan kerajaan Barisan Nasional... Mari kita rapatkan lagi barisan kita agar lebih kuat lagi supaya tidak dapat digempur oleh sesiapa pun yg bercita2 nak meminpin....

    ReplyDelete
  4. Tak dapat bonus apapun, mmg g belanja kat kedai cina juga....

    ReplyDelete
  5. Apa plk kena mengena dengan BN hingga nak dahulukan ucapan terima kasih.. BN hanya parti yang menang PRU yang mmg diamanahkan urus harta dan duit kerajaan dengan cara berhemah dan jujur. Kalau beri bonus tu bukan harta mak bapak BN tapi harta kerajaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la bn yang bagi tapi kalau PR memerintah lom tentu nak bagi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com