innity

pages

Saturday, June 21, 2014

(#BilaSijahilCakapIslam) Datuk Saifuddin kata tidak ada paksaan dalam agama. Ini termasuklah kita tidak boleh menentukan bagaimana orang lain beragama

Sama ada Datuk Saifuddin buat-buat tak faham atau dia memang jahil. Islam memang tidak halang agama lain mengamalkan agama mereka tetapi mereka tidak boleh memurtadkan umat Islam kerana Perlembagaan Persekutuan jelas telah mengariskanya.Perkara 11 (4) Perlembagaan  memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.


Ketua Pegawai Eksekutif GMMF Datuk Saifuddin Abdullah berkata penganut bukan Islam seharusnya berasa selamat apabila berada di sebuah negara pimpinan orang Islam kerana Islam adalah rahmat untuk semua.
“Kita mesti berbalik kepada ajaran Islam yang sebenar. Misalnya tidak ada paksaan dalam agama. Ini termasuklah kita tidak boleh menentukan bagaimana orang lain beragama.
“Orang Islam yang berkuasa di sesuatu tempat seharusnya menjamin keselamatan dan keharmonian penganut agama lain untuk mereka beramal dengan agama mereka," katanya dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider. 


Katanya, Rasulullah semasa hayatnya memberikan contoh terbaik bagaimana untuk berdepan dengan golongan bukan Islam dalam sesebuah masyarakat.
“Saya lebih suka merujuk kepada bukan soal undang-undang, tetapi soal kebijaksanaan umat Islam menguruskan kehidupan dalam masyarakat majmuk.
“Rasulullah sendiri ketika melibatkan orang Kristian, cara Rasulullah sangat bijaksana. Baginda tidak ganggu gereja dan amalan mereka selagi ia berlangsung sesama mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk bertindak dalam kes hak jagaan anak pasangan berlainan agama, Saifuddin berkata Ketua Polis Negara perlu membuat pilihan.
Katanya, Khalid perlu bertindak atas lunas Perlembagaan negara dan tidak sesekali boleh dilihat sebagai berpihak.
“Khalid kena bertindak. Beliau kena buat pilihan. Ketua polis bukan pada agamanya tetapi pada jawatan. Beliau harus ambil tindakan berasaskan jawatan itu.
“Ketua polis boleh Islam, Kristian atau Buddha tetapi mesti ikut undang-undang negara. Jika undang-undang kata beliau kena ambil tindakan, maka ia perlu dibuat," katanya.
Saifuddin berkata keengganan Khalid untuk mengambil tindakan sukar untuk difahami kerana undang-undang sepatutnya dipatuhi.
“Saya tidak faham mengapa Khalid bersikap seperti hari ini. Ketua polis tidak boleh berpihak dan mesti mematuhi undang-undang.

"Jika tak suka, minta Parlimen buat pindaan," katanya.
Ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar pihak yang berkenaan untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan, Saifuddin berkata: “Susah hendak komen. Sebab mereka berdua bercanggah sebenarnya."


 Sila baca artikel di bawah:

10 SALAH TANGGAPAN mengenai KEDUDUKAN ISLAM di MALAYSIA


http://celahgelegar.blogspot.com/2014/01/muslim-mesti-baca-10-salah-tanggapan.html?m=1

1 comment:

  1. SEMUA PEMIMPIN CAKAP BERDEGAR DEGAR..MASING MASING TUNJUK PANDAI DAN BIJAK..KENAPA MELAYU MAKIN LAYU..ISLAM MAKIN TENGGELAM..KEMUNGKINAN ALLAH TAALA MENURUNKAN RAHMAT DAN NIKMAT KEPADA BANGSA MELAYU DAN ISLAM BAGI KPD BUKAN ISLAM AKAN PERINTAH MALAYSIA..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com