innity

pages

Tuesday, June 10, 2014

[BABI][DR. ASRI ANGKUH SOMBONG] Ustaz Kazim Jawab, BABI OH BABI


Kazim dalam satu ceramah semalam berkata umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

Katanya, keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan menjadi darah daging. "Kalau makanan itu haram, nerakalah tempatnya bagi kita. Kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," kata Kazim.

Asri berkata Kazim perlu mempunyai ilmu pengetahuan mendalam sebelum membuat ulasan berkenaan, jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan fikiran dalam dunia ilmu yang luas.

Katanya, Dr Yusuf, Majlis Fatwa Eropah dan Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Maghribi pada 1997 bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. “Isu yang dibahaskan ialah istihalah yang merubah sifat sesuatu bahan. Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng atau pun sup babi, tetapi ingin memakan coklat terdapat kesan DNA babi. “Kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung.

Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan dan ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah,” katanya.

Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu turut memberi gambaran seperti warga Singapura yang meminum “new water” iaitu air najis yang dirawat menjadi air bersih Katanya, warga Singapura tidak meminum air najis tetapi air itu asal bernajis namun dirawat dan dibersihkan. – 9 Jun, 2014. -TMI



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com