innity

pages

Tuesday, December 31, 2013

[LIVE][DEMO GULING] Gambar-Gambar Perarakan Ke Dataran Merdeka

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard kelihatan bersama-sama perserta demonstrasi

Tiga pemimpin Pas termasuk Naib Presiden parti itu, Salahudin Ayub adalah antara pemimpin pembangkang yang dilihat muncul bersama-sama geng baju hitam yang berhimpun dan mengadakan demonstrasi di ibu negara malam ini.

Selain Salahudin ialah Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, Dr. Zulkifli Ahmad.

Di samping itu, turut kelihatan ialah Naib Ketua Pemuda Pas Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohamad Azan Safar.

Mereka dikesan berucap bergilir-gilir di kawasan masing-masing menyeru orang ramai bergerak ke Dataran Merdeka







Sehingga kini dianggarkan hanya kira-kira 10,000 penyokong pembangkang yang hadir dalam perhimpunan haram ini.

Polis membenarkan pendemo masuk. Adakah mereka akan menganggu kawasan sambutan ambang Tahun Baharu 2014?
Hanya sebahagian sahaja yang berjaya masuk ke dalam kawasan sambutan ambang Tahun Baharu 2014.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar turut kelihatan
Ketika ini konsert ambang tahun baharu masih lagi berlangsung walaupun kawasan sekitar Dataran Merdeka ini telah ditawan oleh pendemo himpunan haram.

[LIVE] [DEMO GULING] Gambar-Gambar Sekitar SOGO






[MANA SYAITAN BISU, SENYAP JE] Rakyat Ikat Perut, Lim Guan Eng Bergaya Kereta Mercedes-Benz Baru


Dalam keadaan rakyat diseru turun ke jalan raya pada malam ini untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup dan diikuti cadangan Putrajaya mengurangkan perbelanjaan Kerajaan, tindakan Lim Guang Eng menukar kereta Toyota Camry kepada Mercedes-Benz seperti tidak masuk akal dan melampau.

Beberapa hari ini heboh Kerajaan Negeri Pulau Pinang membeli sebuah kereta Mercedes-Benz S300L bagi kegunaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Jait berkata, Ketua Menteri diberikan dua kereta iaitu Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300, namun Guan Eng hanya menggunakan satu kenderaan sahaja.

Menurutnya lagi, Mercedes-Benz yang digunakan Guan Eng berharga RM298,263.75.

“Kereta Mercedes-Benz S300L itu dikecualikan daripada cukai dan telah diberikan diskaun istimewa sebanyak RM100,000," kata Mokhtar.

“Pembekal kereta Mercedes-Benz itu turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak perlu membeli Mercedes-Benz S300L dan boleh mengembalikannya kepada pembekal sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan."

Harga sebenar bagi Mercedes-Benz S300L itu adalah RM657,218.

Mokhtar berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri telah diadakan pada 20 November lalu dan keputusan sepakat dibuat untuk pembelian kereta mewah itu menggantikan kereta Toyota Camry 2.5 yang akan digunakan oleh Timbalan Speaker, Maktar Shapee.


Datuk Saifuddin: Guling kerajaan tindakan demokrasi


Tekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah yang membangkitkan mengenai tuduhan bahawa acara tersebut merupakan usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin tidak menjelaskan konteks kenyataan tersebut, namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan polis dan pemimpin kerajaan yang konsisten menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin berkata, langkah rakyat menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan demokrasi.

Perkara itu berbeza dengan tekanan kerajaan ke atas rakyat yang menurutnya merupakan penindasan.

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” katanya dalam tulisan di Twitter.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan akhbar The Star hari ini turut meminta penganjur membatalkan rancangan tersebut kerana pihak berkuasa "tidak akan berkompromi" dalam mengambil tindakan.

Tekanan juga semakin memuncak dari NGO pro-kerajaan yang dilaporkan membuat lebih 1,300 laporan polis di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan tersebut.

Antaranya, Persatuan Veteran Tentera Malaysia yang mahu anggota NGO dan pasukan berpakaian seragam untuk menyertai sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka sebagai sokongan kepada kerajaan.

Beberapa NGO pro-kerajaan menyeru agar orang ramai agar tidak menghadiri himpunan di Dataran Merdeka malam tahun baru ini.

Jurucakapnya, presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah uga meminta anggota NGO tersebut untuk hadir bagi memerhatikan kejadian yang bakal berlaku malam esok.

"NGO sila datang ke dataran esok..saksikan walaupun dtg tunjukkan kita sebagai ngo sokong kerajaan.

"Kita akan kumpul untuk  menyaksikan apa yang berlaku. NGO tak ada kuasa pertahankan perhimpunan cuma kita tengok dan yakin dengan keupayaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM)," kata Abdul Rani.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah wakil Persatuan Veteran Tentera Melayu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia dan Kelab Penyokong Aspirasi Najib 1Malaysia. - Malaysiakini

[UNTUK TINDAKAN POLIS] Pelajar UM pula tampil ajak pelajar turun malam ini


Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menggesa seluruh rakyat tanpa mengira agama dan bangsa agar turun menyertai Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada malam tahun baru malam ini, samnil menegaskan ia bukan untuk mengguling kerajaan sebagaimana didakwa.

Presiden PMUM, Muhammad Kamarul Setapa dalam kenyataan medianya berkata,  himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan barang keperluan rakyat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.

Bagi beliau, respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan.

"Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini," katanya.

Ini adalah kenyataan terbuka yang kedua dari persatuan pelajar universiti tempatan, selepas kenyataan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (SRC-UIAM).

Sebelum ini, pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Presiden Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Nor Azan Safar, ditahan polis kerana didakwa mendalangi perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

 - TMI, 31 Disember, 2013

[TAHNIAH] PAHANG BATAL Sambutan Tahun Baru 2014, KELANTAN TIADA Sebarang Sambutan Tahun Baru

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membatalkan serta merta sambutan ambang tahun baharu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Rekreasi Balok malam ini memandangkan ia tidak sesuai diteruskan pada masa sekarang.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, program menyambut kedatangan tahun baharu 2014 dibatalkan kerana sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), MPK perlu peka terhadap pandangan rakyat atau orang ramai.

Menurutnya, pembatalan secara mengejut yang diambil itu tidak menimbulkan rasa marah atau perasaan tidak puas hati daripada orang ramai walaupun sebelum ini acara berkenaan sudah diuar-uarkan.

“Mungkin masalah banjir atau situasi selepas bencana ini hanya salah satu faktor dan kita juga masih berwaspada tentang gelombang kedua,” katanya kepada Sinar Harian sempena majlis perasmian Wisma baru Koperasi Majlis Perbandaran Kuantan Berhad (Kospek) di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.


Kelantan Tiada Sebarang Sambutan Tahun Baharu

Sementara itu, di Kelantan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tidak ada sebarang sambutan tahun baharu di Kelantan, malam ini.

Katanya, kerajaan negeri tidak pernah merancang untuk menyambutnya sebagaimana yang mungkin pernah dilakukan beberapa pihak sebelum ini.

Mohd Amar berkata, Kelatan hanya mengadakan sambutan tahun Hijrah dan meraikan kedatangan bulan Islam sahaja.

“Tak ada sambutan tahun baharu di Kelantan. Kita tak pernah sambut tahun baharu, kecuali tahun baharu Hijrah ,"katanya.

[ZAMAN TUNKU, SEMUA AGAMA BERDOA UNTUK KEAMANAN] Hentikan pesta maksiat tahun baharu - MUFTI



SHAH ALAM - Pesta yang menjuruskan ke arah kemaksiatan patut dihentikan ketika sambutan tahun baharu dan perlu digantikan dengan acara keagamaan.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, adalah lebih baik kerajaan menyarankan semua penganut agama seluruh negara mengadakan upacara keagamaan di rumah ibadat masing-masing seperti yang dilaksanakan oleh perdana menteri pertama.

“Pada zaman Tunku Abdul Rahman (Al Haj), beliau meminta supaya setiap kali malam sambutan tahun baharu, penganut agama masing-masing berdoa untuk kesejahteraan dan keamanan negara daripada malapetaka dan bencana alam.

“Tapi sekarang, pesta maksiat yang diadakan bagi sambutan tahun baharu, ini yang menyedihkan. Sekiranya dapat dilaksanakan perkara tersebut, mungkin kegiatan maksiat dapat dielakkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kata beliau, walaupun sebelum ini kerajaan pernah mengadakan program ceramah agama pada setiap kali malam tahun baharu, namun malangnya tidak mendapat sambutan.

“Ini masanya kita pupuk kembali apa yang telah kita tinggalkan supaya dapat mengembalikan suasana sambutan tahun baharu yang lebih keagamaan.

“Ajar rakyat supaya mereka lebih mendekatkan diri dengan keagamaan supaya mereka tidak terlalu terdedah dengan aktiviti maksiat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan supaya bertemu dengan ketua semua agama dan mengarahkan mereka mengadakan program keagamaan di rumah ibadat masing-masing.

“Sekiranya kerajaan serius rasanya boleh berbincang perkara ini dengan ketua agama masing-masing. Kita juga menunggu berita yang menggembirakan supaya tiada lagi pesta maksiat.

“Kalau mahu pun untuk menyambut tahun baharu, mungkin tidak perlu sambutan yang melalaikan kerana akan mendekatkan dengan perkara yang tidak baik,” kata beliau.

[VIDEO] Syasya, Bobo & Kak Ton Bergabung, "MELETOP"


Setelah sekian lama, OHBULAN! ingatkan demam ‘macam cantik je, macam comel je’ dah habis, rupa-rupanya sangkaan kami meleset sama sekali.

Baru sahaja beberapa minggu lepas pengikut industri hiburan tempatan dikejutkan dengan kolaborasi adik Syasya Solero/Legoland dengan pelakon Erry Putra dalam sebuah lagu, kali ini para netizen bagaikan terkena sakit jantung sekali lagi dengan kemunculan sebuah video baru yang tidak kurang ‘comel’ (kalau anda faham apa maksud kami).

Video : Syasya, Bobo & Kak Ton Bergabung

Untuk pengetahuan anda, Syasya dan ‘bintang’ YouTube yang popular dengan video parodi, Bobo telah bergabung dengan pengasas produk kecantikan Beauty Umaira iaitu Kak Ton dalam sebuah iklan komersial untuk produk tersebut.

Seperti biasa, rakaman video berkenaan hanya dipenuhi dengan ayat keramat ‘macam comel’ oleh ketiga-tiga individu yang semakin popular itu.

Video : Syasya, Bobo & Kak Ton Bergabung

Kami percaya ramai penonton yang telah melihat video berdurasi 31 saat berkenaan mengalami satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan kerana kami juga speechless.

Namun begitu, tahap keyakinan diri Syasya, Bobo dan Kak Ton yang tinggi wajar diberikan pujian.

Kalau tak percaya, apa kata anda beranikan diri dan tonton video berjudul (TVC) Beauty Umaira Disember 2013 di bawah ini. Semoga ""terhibur"" ya! - OHBULAN

Najib Umum ELAUN MENTERI DIKURANGKAN mulai 1 Jan 2014


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya


SELANGOR: Gaji Dan Elaun Adun Naik 300 peratus, Rakyat Hanya Dapat RM30

Langkah yang diambil oleh Najib ini (walaupun hanya banyak memberi fokus pada perbelanjaan penjawat awam dan bukannya anggota pentadbiran iaitu Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri) boleh dipuji.

Langkah ini jauh berbeza dengan sikap pemimpin pembangkang terutama di Selangor.

Pasti ramai yang akan tergelak apabila mendengar laporan yang mengatakan kerajaan Selangor akan memberikan baucar bernilai RM30.00 kepada keluarga yang berpendapatan rendah di Selangor.

Seperti kata wak Mustara di dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’, ini betul-betul, bukan cobaan!!!!

Paling menarik, ia diakui sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang mengatakan kerajaan negeri akan memberikan baucar bernilai RM30.00 itu bagi membolehkan keluarga itu membeli kasut sekolah untuk anak-anak mereka di gedung pakaian jenama Bata.

Bukanlah niat untuk memperlekehkan jumlah pemberian tersebut, namun sebagai sebuah kerajaan yang sering melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’ dan sebagainya apakah berbaloi nilai yang diberikan itu. Tambah mengecewakan jumlah tersebut diberikan kepada keluarga dan bukannya mengikut jumlah anak yang bersekolah di dalam keluarga tersebut.

Dalam erti kata lain, walaupun keluarga tersebut mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah mereka tetap akan diberikan baucar bernilai RM30.00 yang bersamaan RM5.00 untuk seorang anak. Persoalannya apakah yang dapat dibeli dengan jumlah tersebut?

Tambah menghairankan ialah, media pembangkang sebelum ini melaporkan mengenai sumbangan yang diberikan oleh kerajaan Selangor bernilai RM 1,330,000.00 kepada Sekolah jenis Kebangsaan Cina. Bukanlah bermaksud untuk menimbulkan isu perkauman, namun angka sumbangan tersebut jelas memperlihatkan seolah-olah ada perbezaan dan dasar ‘pilih kasih’ yang diamalkan oleh kerajaan negeri.


Malah rakyat Selangor pasti masih ingat mengenai usul yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar untuk menaikkan gaji dan elaun semua Adun di Selangor.

Sekiranya diteliti, mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).

Antara hujah yang digunakan untuk mewajarkan kenaikan tersebut ialah, kononnya kerajaan Selangor mempunyai lebihan pendapatan hampir RM600 juta. Malah ekoran isu lebihan pendapatan itu juga, pentadbiran Khalid dikritik oleh Anwar Ibrahim kerana gagal menggunakannya seperti yang sepatutnya.

Namun apa yang mengecewakan ialah, lebihan dana tersebut adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang gagal dimanfaatkan oleh Khalid untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak teruk di Selangor.

Mengikut data yang diperolehi, daripada 2008 hingga 2012 kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.75 bilion kepada kerajaan negeri Selangor, namun hanya RM1.1 bilion sahaja yang dibelanjakan.
 
Ia bererti RM600 juta yang disimpan dalam rizab negeri itu bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab.

Hasil rizab simpanan tersebut pula, akhirnya bakal digunakan untuk membayar jumlah kenaikan yang bakal dinikmati oleh semua Adun Selangor. Ini bermaksud rakyat terpaksa menanggung kerugian, kesusahan dan kesengsaraan akibat masalah jalan rosak dan berlubang di Selangor bagi menampung kenaikan elaun tersebut.

Dan sekelumit daripada lebihan itu, sebanyak RM30.00 diperuntukkan kepada setiap KELUARGA yang kurang berkemampuan untuk membeli kasut sekolah anak-anak mereka. Inilah realiti yang harus dihadapi oleh rakyat khususnya pengundi di Selangor hasil kepercayaan yang diberikan kepada kerajaan PKR, DAP dan Pas.

Hidup RAKYAT!!!!

-- MyKMU.Net

Monday, December 30, 2013

Berita Palsu Ikan Paus Terdampar Mendarat Di Pantai Kelantan


Pada 27 Disember 2013, kecoh dilaman sosial apabila beberapa keping foto ikan paus didakwa mendarat di pantai Kelantan. Berikutan itu, ramai pengguna dilaman sosial telah berkongsikan fenomena pelik tersebut. 

Untuk pengetahuan anda, foto yang tersebar bukannya berlaku di Kelantan, tapi berlaku di Kuala Penyu Pantai Sabah pada Ogos 2012 tahun lalu. 

Untuk artikel sebenar insiden ikan paus mendarat di Sabah, sila layari Ikan Paus Terdampar Di Sabah





Sunday, December 29, 2013

Pelajar bakar Universiti Al-Azhar


KAHERAH - Imej Universiti Al-Azhar, Mesir yang berusia lebih 1,000 tahun sebagai gedung keilmuan Islam terulung dunia tercemar apabila sekumpulan penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin bertindak membakar sebuah bangunan fakulti universiti itu semalam, kata beberapa pegawai keselamatan.

Menurut mereka, penyokong pergerakan itu melakukan serbuan di bangunan tersebut ketika sejumlah pelajar sedang menduduki peperiksaan.

Kumpulan penyokong pergerakan itu bertindak membakar bangunan tersebut sebelum anggota polis dan pasukan keselamatan tiba dan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Dalam kejadian itu, seorang pelajar yang merupakan penyokong pergerakan berkenaan, Khaled El-Haddad mati ditembak ketika bertempur dengan anggota polis.

Pelajar berusia 19 tahun itu terbunuh ketika anggota-anggota polis memasuki kampus universiti tersebut.

Menurut beberapa pegawai keselamatan, empat orang turut cedera dalam kejadian itu.

Para penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis dan membakar tayar bagi mengelak pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar-gambar asap yang kelihatan di Fakulti Perdagangan Universiti Al-Azhar.

Seorang pegawai polis berkata, 60 pelajar ditangkap selepas kebakaran di tingkat pertama bangunan tersebut berjaya dikawal oleh anggota bomba.


[BOM] Polis Soal Siasat Rafizi Berhubung Dakwaan Emel 'Bahan Letupan'


KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini untuk disoal siasat berhubung dakwaan emel yang membincangkan mengenai penempatan bahan letupan di lima kawasan utama di ibu negara selepas perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada ambang tahun baru.

Ketika dihubungi The Star, Rafizi berkata, emel itu secara jelas sengaja diada-adakan dan menggesa pihak polis untuk membuat siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah di laman sosial Facebook rasmi PDRM berkata, polis memandang serius terhadap emel itu dan meminta supaya Ahli Parlimen itu disoal siasat.

"Orang ramai dinasihatkan untuk menghormati keamanan dan keselamatan di negara ini ketika meraikan Tahun Baru.

"Setakat ini, terdapat 1,151 laporan polis yang telah dibuat di seluruh negara sebagai bantahan terhadap perhimpunan yang sedang disebarkan dalam talian, yang akan mengancam keselamatan orang ramai," kata Hadi dalam satu kenyataan.


Emel itu didakwa ditulis oleh rakan karib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Abdul Rahim Ghouse, yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-Hara).

Dalam emel berkenaan, penulis itu didakwa kerana mendakwa bahan letupan kecil akan diletakkan di persimpangan lampu isyarat di hadapan Sogo dan Puduraya, bulatan Masjid Negara dan KTM, stesen LRT Masjid Jamek dan stesen Komuter Bank Negara.

Emel itu kemudiannya satu 'pasukan sosial media' akan merekodkan huru-hara yang akan berlaku pada ambang tahun baru dan akan menyebarkannya secara dalam talian, lalu menyalahkan pihak Barisan Nasional (BN).

Ketika dihubungi The Star, Rafizi berkata, emel itu secara jelas adalah rekaan dan menegaskan bahawa imej emel itu kelihatan seperti suatu dokumen Microsoft Word yang ringkas dan alamat emel beliau adalah salah.

"Saya tidak terkejut bahawa blogger-bloger pro-Umno dan beberapa media mengedarkan tentang perkara ini, tetapi saya terkejut kepada polis yang sepatutnya menyiasat orang-orang yang menyebarkan pembohongan sehingga mengancam keselamatan awam, sebaliknya memanggil saya untuk disoal siasat," kata Rafizi.

Penganjur perhimpunan yang dijangka akan diadakan pada ambang tahun baru itu, yang dianggap sebagai himpunan menyalahi undang-undang berkata, mereka menjangkakan 10,000 orang untuk berkumpul di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember untuk membantah kenaikan harga baru-baru ini.

Mereka menafikan tuduhan bahawa protes mereka mempunyai kaitan dengan perhimpunan "Guling Kerajaan" yang mencetuskan kontroversi, yang disebarkan sebagai khabar angin secara meluas dalam talian.

Saturday, December 28, 2013

(GEMPAR) Neelofa ditangkap Khalwat Dengan VIP?


Kuala Lumpur: "Ini memang melampau. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis," tegas pelakon Noor Neelofa Mohd Noor berhubung laporan media hari ini kononnya dia ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus VIP, malam Khamis lalu.

Neelofa, 24, berkata, tuduhan tidak berasas itu adalah sesuatu yang memalukan dan mencalar maruahnya sebagai wanita muslim. 

Sejujurnya saya sendiri tidak tahu-menahu mengenai hal ini sehingga ia tersebar. Jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. 

 "Untuk pengetahuan semua, sekarang saya berada luar negara untuk meneruskan pengajian dan berharap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel terbabit," katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada Harian Metro, sebentar tadi.

 Menerusi beberapa laporan media hari ini, pengacara program MeleTop itu dituduh ditangkap berkhalwat dengan seorang usahawan berstatus kenamaan (VIP), malam Khamis lalu.

Bagaimanapun, tiada butiran terperinci mengenai kejadian itu dilaporkan.

Tuesday, December 24, 2013

[24/12/2013][VIDEO] Fenomena Ikan Tamban naik ke Darat di Lahad Datu,Sabah


LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

Monday, December 23, 2013

(23/12/2013) (GAMBAR) HELIKOPTER NURI MENDARAT CEMAS di Kedah Pagi Tadi


Sebuah helikopter Nuri telah melakukan pendaratan cemas di Pulau Perak, Kedah kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan Bernama berkata, helikopter berkenaan mengalami masalah teknikal ketika melakukan tugas keselamatan di kawasan itu. Tiada kemalangan nyawa dilaporkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com