innity

pages

Saturday, November 30, 2013

'Mengapa harus saya tolak?': Ustaz Kazim


KAMPAR: "Sekarang ini heboh orang cakap saya ahli politik, saya bukan ahli politik. Semua wartawan saya cari...malam ini pun ada yang datang cari saya.

Tetapi saya akan cakap 'no comment', saya akan bagi sidang media esok (hari ini) di Kuala Lumpur," kata penceramah bebas terkenal, Mohd Kazim Elias al-Hafiz, 41 atau Ustaz Kazim berhubung pemilihannya sebagai antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik, semalam.

Menurutnya, beliau bersedia untuk memberi bantuan dalam politik negara jika diperlukan untuk kepentingan umat Islam.

"Jika ada orang politik meminta bantuan saya, saya sanggup untuk kepentingan agama dan umat Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Ilmu dan Santai Bersama Ustaz Mohamad Kazim Elias di Dataran Warung Capati Klasik Dzulira, Malim Nawar, di sini, malam tadi.

Beliau juga menolak dirinya mempunyai kepentingan peribadi, sebaliknya berazam untuk memperhebatkan masyarakat Islam di negara ini.

"Mengapa saya harus menolak, sedangkan saya ingin menolong agama. Saya bukan kaki bodek, saya bukan ahli korporat dan saya bukan ada kepentingan apa-apa.

"Apabila orang memberi kepercayaan kepada saya, saya akan gunakan sebaik mungkin untuk kebaikan," katanya.

Beliau antara sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, semalam

KENCING RAKYAT CARA PR: Naik Gaji Puluh Ribu, Potong Tabung Pendidikan RM1ribu


Jika melihat komen Prof Agus terhadap jawapan Menteri yang kurang masuk akal sebelum ini, pasti beliau juga akan menyatakan kaedah penyelesaian yang diambil oleh PR terhadap kenaikan gaji melampau Menteri Besar Selangor dan juak-juak mereka sebagai tidak boleh diterima akal yang waras.

Potong RM1ribu untuk tabung pendidikan.

Beliau pasti mencadangkn agar Anwar yang terkenal dengan keupayaan menipu di peringkat tertinggi Itu mencari kaedah lain yang tidak meletakkan kemampuan otak rakyatnya ditahap terendah.

Jika ini keputusannya, maka jelas gaji MB dan juaknya kekal dengan kadar kenaikan yang baru. Jumlah gaji baru itu tetap menjadi hak mereka.

Kenaikan gaji puluhan ribu, tetapi hanya dipotong RM1000 ke dalam akaun pendidikan. Itupon belum tentu akan berterusan. Setelah rakyat lupa, merekapon akan buta.

Jika mereka jujur untuk menghidupkan tabung pendidikan, sepatutnya perkara ini telah diperuntukkan lebih awal dalam belanjawan.

Alasan untuk memasukkan RM1000 ke dalam tabung pendidikan dilihat hanya penipuan tahap rendah yang seolah-olah mereka anggap rakyat sangat bodoh untuk mengesan muslihat bodoh itu.


KENYATAAN MEDIA
30 November 2013

WAKIL RAKYAT KEADILAN SELANGOR SUMBANG SEBAHAGIAN KENAIKAN GAJI KE TABUNG PENDIDIKAN

Saya telah menerima pandangan semua pihak mengenai kenaikan gaji yang melibatkan wakil rakyat Selangor. Saya juga telah mendapat penjelasan dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai rasional kenaikan gaji tersebut.

Pun begitu, KEADILAN sebagai parti yang membawa semangat reformasi perlu terus sensitif dengan kesempitan hidup yang dihadapi rakyat terbanyak.Oleh itu, setelah berbincang dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, saya bersetuju bahawa satu Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor akan ditubuhkan bertujuan mengagihkan biasiswa pendidikan kecil dan mengendalikan program pendidikan terutamanya di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti.

Setiap wakil rakyat KEADILAN akan menyumbang RM1,000 sebulan atau 20% dari jumlah kenaikan gaji bulanan yang diumumkan untuk membiayai pemberian biasiswa kecil dan program pendidikan di bawah Tabung Pendidikan KEADILAN Anak Selangor.Jumlah sumbangan wakil-wakil rakyat KEADILAN dari Selangor kelak dijangka mencecah setengah juta setahun dari kenaikan gaji mereka yang dapat membantu keluarga berpendapatan rendah dalam bidang pendidikan.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Friday, November 29, 2013

[USTAZ KAZIM MULA DISERANG] Beliau antara Sembilan Ahli MT Umno Yang Baru Dilantik



Blog dan FB pencacai Pakatan Pembangkang dilihat telah mula menyerang Ustaz Kazim yang baru sahaja dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Ustaz Kazim terkenal dengan keupayaan beliau mematahkan hujah-hujah PAS berkaitan isu-isu yang dicipta PAS berkaitan agama Islam.

Penjelasan Ustaz Kazim sememangnya menelanjangkan PAS dalam isu hudud, khalimah Allah, negara Islam dan sebagainya.

Antara serangan puak pencacai adalah seperti di bawah:

Di mana kata2 & janji2 ustaz sebelum ini..."Saya bukan ahli UMNO".. "Saya akan berhenti ceramah 2013".. Adakah ia benar datang dari hati atau sebaliknya??... 

Keadilan Suara Dia ni antara ustaz yg cakap x serupa bikin sb bla Allah menguji dia dgn kesusahan dia mula goyah dgn pendiriannya sbg pendakwah. Klu korang pnah baca karya beliau iaitu "Allah sedang menguji kita" pasti korang sedar hakikat ini. Tahniah kerana kuat mengampu...Sebab itu dilantik MT UMNO....

Dien Daud KAZIM ALIAS sememangnya SYAITAN MUNAFIK.....BUkan Ahli UMNO...Tetapi menjadi AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO..............INILAH DIA PENJUAL ISLAM VERSI UMNO.

Wan Rohadi mukidimah dah berbohong kita tunggu lah sesi pembohongan seterus nya. .jangan lupa sesi seterus nya. selamat berbohong wahai ustat. .

Namun ada juga yang masih waras dan bertindak sebagai seorang Islam yang sejati

Zubaidah Abdul Jaffar Xyah la kita duk mengutuk ustaz ni...menambahkn dosa kita je...hanya Allah yg maha mengetahui baik buruk dia...nnt x psl2 kita masuk neraka...dia senang2 kt dlm syurga...kita hanya insan lemah..

Andak Yusof tgk laa whai sdre2..mlyu sma mlyu bgdoh..nauzubillahhiminzalim..sama2 kita doakn yg terbaeq untuk umat islam tnpa mngira ideologi

Barisan ahli Majlis Tertinggi Umno

KUALA LUMPUR: Barisan ahli Majlis Tertinggi Umno kini lengkap dengan lantikan sembilan lagi anggota baru oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuklah pendakwah terkenal Kazim Elias.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pelantikan dibuat atas kuasa presiden parti dan ia terkandung dalam Perlembagaan Umno Fasal 9.2.8.

Tengku Adnan berkata surat pelantikan akan diedarkan kepada mereka pada Jumaat dan mereka dijangka mengangkat sumpah pada 4 Disember ini.

"Status mereka adalah sama dengan MT yang dipilih perwakilan," katanya.

Berikut adalah sembilan nama ahli MT yang baru dilantik:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
2. Datuk Hamzah Zainudin
3. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Irmohizam Ibrahim
6. Datuk Johari Abdul Ghani
7. Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah
8. Dr. Asyraf Wajdi Dasuki
9. Mohammad Kazim Elias

Pada mesyuarat MT Umno baru-baru ini, Najib mengumumkan empat ahli MT tambahan iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun, Penolong Setiausaha Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.
Lebih 145,000 perwakilan telah memilih barisan 25 anggota MT Umno pada pemilihan 19 Oktober lalu.

Pelantikan terbaru ini menjadikan jumlah ahli MT Umno keseluruhan seramai 38 orang.

Latar belakang ahli MT yang baru

Mohamed Nazri

Nama Mohamed Nazri bukanlah asing dalam Umno kerana beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia dan pernah memangku jawatan Ketua Pemuda ketika era Tan Sri Rahim Thamby Chik mengetuai pergerakan itu pada tahun 1994-1995.

Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan selepas PRU-13.

Hamzah Zainudin

Sementara itu, Hamzah Zainudin pula merupakan bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar.

Mohd Sharkar

Mohd. Sharkar Shamsudin pula merupakan Adun Lanchang dan Ketua Umno Bahagian Temerloh, Pahang.

Beliau juga baru-baru ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Umno Pahang adalah juga Exco Pelancongan Negeri.

Sharkar pernah dilantik sebagai setiausaha kerja Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada tahun 1994 semasa Rahim menjadi ketua pemuda.

Raja Nong Chik

Seperti Mohamed Nazri, nama Raja Nong Chik juga tidak asing dalam politik Umno.

Beliau merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan bekas senator.

Bagaimanapun pada pilihan raya yang lalu beliau tewas kepada Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.

Irmohizam

Pelantikan Irmohizam Ibrahim pula dilihat tepat dalam usaha meremajakan parti.

Beliau merupakan pegawai khas kepada perdana menteri dan merupakan anggota Lembaga Pemegang Amanah iM4U.

Pada pilihan raya lalu, beliau menewaskan calon terkenal PAS, Dr Dzulkefli Ahmad di Parlimen Kuala Selangor.

Johari

Sementara itu, Johari Ghani pula merupakan seorang usahawan Bumiputera yang terkenal dan kini merupakan ahli Parlimen Titiwangsa dan juga Pengerusi UDA Holdings Bhd yang baru.
Beliau adalah juga Ketua Umno Bahagian Titiwangsa.

Ibrahim Abu Shah

Pelantikan Prof. Dr Ibrahim Abu Shah dilihat melengkapkan barisan kepimpinan parti kerana beliau merupakan seorang ahli akademik dan nasionalis terkenal.

Merupakan bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau pernah menjawat beberapa jawatan dalam Umno termasuk menjadi pengasas dan Pengerusi Kelab Umno Carbondale, Amerika Syarikat pada 1983.

Asyraf Wajdi Dasuki

Dr Asyraf Wajdi Dasuki pula merupakan bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan baru-baru ini dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Beliau merupakan bekas pelajar terbaik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan pemegang ijazah dan sarjana dalam bidang perakaunan dan juga perbankan Islam.
Asyraf adalah anak kepada seorang pendakwah terkenal iaitu Datuk Dasuki Ahmad.

Mohammad Kazim

Manakala Mohammad Kazim Elias merupakan seorang tokoh agama dan penceramah terkenal di negara ini.

Pelantikannya bagaimanapun sudah pastinya mengejutkan ramai pihak termasuklah para pemerhati politik.

Bekas Suami NAFI Dakwaan ROGOL Nor Fazira Punca Kahwin


KULIM: Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.

"Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.

Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.

"Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim).

"Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya," kata Mohd Fahmi.

Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.

Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.

"Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.

"Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara," kata Mohd Fahmi.

Ibu Mohd Fahmi yang enggan namanya didedah berkata, turut menyangkal dakwaan Nor Fazira tidak diberi makan.

"Kami menjaganya dengan baik dan menerimanya walaupun dia berperangai jahat," katanya.

Mohd Fahmi yang bekerja di ladang kelapa sawit menerima gaji RM1,000 sebulan.

Dia berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun untuk bekerja.

Dia mendakwa bertemu Nor Fazira dua bulan sebelum perkahwinan mereka, November tahun lalu.

"Pada mulanya hubungan kami tidak ubah seperti hubungan adik beradik tetapi perasaan cinta mula wujud selepas itu," kata Mohd Fahmi.


'Saya Tiada Pilihan' - Bapa Nor Fazira

KULIM: Mereka masing-masing berusia 13 dan 19 tahun ketika disatukan seperti pasangan yang lain pada November tahun lalu.

Namun apa yang mereka impikan terhenti di tengah jalan.

Mereka kini telah bercerai ekoran dakwaan bahawa remaja lelaki itu bersama dua rakannya telah merogol remaja perempuan terbabit, empat bulan sebelum tarikh perkahwinan mereka.

Nor Fazira Saad membuat laporan polis di balai polis Kulim pada 15 Julai tahun lalu, mendakwa dia dirogol oleh dua remaja diikuti rakan mereka iaitu bakal suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias.

Bapa Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, pada Khamis berkata ibu bapa Fahmi sentiasa datang ke rumahnya merayu supaya menarik balik laporan polis tersebut dengan mengatakan hukuman 20 tahun dengan sebatan amat keterlaluan terhadap anak mereka.

"Mereka merayu kepada saya selama lima malam berturut-turut sehingga saya membuat keputusan untuk menarik balik laporan polis tersebut enam hari kemudian ... sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan mereka yang prihatin terhadap anak mereka itu," kata Saad.

Saad juga berkata, dia hanya bersetuju anak perempuannya itu berkahwin dengan Mohd Fahmi kerana dia telah dirogol.

"Apabila saya menarik balik laporan itu, anggota polis bertugas bertanya kepada saya sama ada saya telah dibayar untuk berbuat demikian.

"Saya bukan orang seperti itu. Ia seperti melacurkan anak perempuan saya sendiri," katanya.

Saad berkata, kedua-dua keluarga bersetuju mengatur perkahwinan selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Syariah Kulim pada 7 November memandangkan anak perempuan saya masih dibawah umur.

Thursday, November 28, 2013

Hannah Yeoh akan dibayar upah RM12,857 untuk sekali hadir mesyuarat dewan

Dewan Undangan Negeri Selangor telah bersidang sebanyak 21 kali sepanjang tahun 2012

Sesi Pertama (7 kali: 19-23 Mac, 26-27 Mac),

Sesi Kedua (4 kali: 9-12 Julai),

Sesi Ketiga (10 kali: 19-23 Nov, 26-30 Nov).

Gaji Puan Speaker ialah RM22,500 sebulan x 12 = RM270,000 setahun.

Maka RM270,000 ÷ 21 mesyuarat DUN = RM12,857.14 setiap kali menghadiri satu mesyuarat.

Itupun kalau dia tak ponteng.


[NAJIB "MABUK" LAGI] MKPN: TIADA Pemimpin UMNO & Kenapa Najib lantik Wardina


KUALA LUMPUR: Ramai juga yang keliru mengapa Perdana Menteri, Najib Razak melantik artis Wardina Safiyyah (gambar) menganggotai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Ini kerana Wardina diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerap kali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di twitter.

Siapa sebenarnya Wardina? beliau hanya seorang artis yang popularitinya semakin gerhana dan tidak mendapat permintaan pasaran. Beliau seorang yang keseorangan dan tidak mewakili mana-mana persatuan artis.

“Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang lebih senior?” tanya blogger politik, Shahbudin Husin di dalam blognya.

Katanya "Di mana pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO dalam majlis itu? Kalau PAS diwakili oleh Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusathya, Dr Mujahid Yusof Rawa, apakah menjadi suatu kesalahan dan dosa bagi Najib untuk melantik Ahli Parlimen UMNO atau dari kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menganggotai majlis itu?"

"Kenapa dalam soal mahu mewujudkan perpaduan dan memberi idea serta cadangan ke arah mewujudkan perpaduan, UMNO sebagai parti teras dalam kerajaan dipinggirkan?"


"Dalam MKPN ini, kalau ada pun wajah UMNO didalamnya hanyalah melalui Saifuddin Abdullah, Napsiah Omar dan Zainal Abidin Abdul Kadir tetapi Saifuddin telah kalah dalam pilihanraya dan pemilihan UMNO yang lalu. Pengamal politik baru ini sudah boleh dianggap pemimpin yang berada di luar lingkungan. Napsiah dan Zainal Abidin pula adalah bekas wakil rakyat dan sudah menjadi "orang pencen" dalam UMNO."

"Kenapa juga pemimpin daripada Perkasa atau Jati tidak dijemput sama?"

Beliau juga turut mengkritik pelantikan Marina Mahathir yang terlibat dengan tuntutan Comango yang antara tuntutannya adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.

"Apakah Marina Mahathir yang pernah terlibat dengan Bersih, Sister In Islam dan turut dikaitkan dengan tuntutan Comango mahu diharapkan mewakili UMNO dalam memberi cadangan yang mewakili UMNO dan kepentingan Melayu dalam soal perpaduan ini?"

Melayu juga dipinggirkan apabila bilangan wakil Melayu yang sepatutnya lebih ramai jika berpandukan komposisi kaum di Malaysia yang mewakili lebih 60% bilangan rakyat keseluruhannya, namun Najib seolah-olah meminggirkan Melayu dalam aspek ini.

“Selain Melayu dan Umno diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden Umno nampaknya lebih menghargai dan memandang tinggi kewibawaan Ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya,” tulisnya lagi.

Barangkali ini merupakan satu lagi idea cemerlang daripada Pemandu, kalangan penasihat (punah-sihat?) atau perunding luar (dipanggil juga con-sultan atau con-setan) yang telah menelan belanja RM7.2 bilion sejak lima tahun lalu.

Dan tanpa sedar, Najib telah mengesahkan pandangan Mahathir terhadapnya

Ahli-ahli MKPN:

Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

Ahli majlis:

Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh

Wednesday, November 27, 2013

Siti Aishah Dipercayai Pernah Muncul Dalam Dokumentari ITV News Pada 1997

Gambar wanita yang dipercayai Siti Aishah dalam rakaman video ITV News pada 1997
PETALING JAYA: Sebuah dokumentari berusia 16 tahun terbitan ITV News menunjukkan satu usaha oleh media British untuk bertemu dengan pemimpin fahaman Maoist tersebar, dengan seorang wanita dipercayai rakyat Malaysia, Siti Aishah, 69, turut dirakamkan dalam video tersebut.

Video tersebut yang boleh ditonton menerusi laman web ITV, adalah petikan dokumentari pada 1997 mengenai kematian Sian Davies, yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkap di rumahnya yang dikongsi bersama Aravindan Balakrishnan, yang turut dikenali sebagai Comrade Bala dan rakannya, Chanda Pattni.

Dua daripada tiga wanita yang dijadikan hamba dipercayai turut dirakam dalam video ITV News itu.
Dalam video itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Josephine, yang dipercayai ITV News sebagai warga Ireland berusia 57 tahun, berulang kali mendakwa jurukamera sebagai 'sebahagian daripada orang Fasis' .

Ketika ditanya wartawan mengenai Comrade Bala, seorang wanita warga China , bercakap dalam loghat Malaysia bertanya, "Adakah anda lebih tinggi dari Mahkamah Koroner ini, segala-galanya perlu diselesaikan di sana."

Seorang lagi wanita, yang dipercayai ITV News sebagai Siti, berkata 'Kami tidak mahu bercakap dengan anda' sebelum dia menutup pintu.

Siti Aishah antara tiga wanita yang berjaya diselamatkan daripada menjadi hamba domestik lebih 30 tahun di selatan London yang didalangi warga India, Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda Pattni.

Negara Kristian, Angola HARAMKAN Islam, TUTUP masjid [NEGARA PERTAMA DI DUNIA HARAMKAN ISLAM]


LUANDA - ANGOLA. Agama Islam kini diharamkan di Angola kerana dikatakan bertentangan dengan adat dan budaya negara itu.

Media melaporkan, masjid akan ditutup dan diruntuhkan pada bila-bila masa.

Menteri Kebudayaan Rosa Cruz Silva menyifatkan, Islam sebagai mazhab dan amalannya tidak diluluskan Kementerian Kehakiman serta hak asasi manusia.

"Selepas ini pengaruh Islam di Angola akan berakhir dan lenyap," katanya dipetik DailyMail.





ISMA kecam tindakan tidak bertamadun kerajaan Angola haramkan Islam

Tindakan kerajaan Angola mengkatogerikan Islam sebagai agama tidak sah adalah tidak adil dan amat berniat jahat.

Ikatan Muslimin Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.

“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.

“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.

“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.

Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.

Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.

Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.

“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.

Berdasarkan laporan media antarabangsa, kerajaan Angola telah menjadi negara pertama di dunia yang mengharamkan Islam dengan mengambil langkah memusnahkan masjid-masjid di negara itu.

Menteri Kebudayaan Angola, Rosa Cruz e Silva menyatakan bahawa proses amalan Islam tidak diluluskan oleh Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia di Negara tersebut. 

Isu Khalimah Allah Sebagai Sebahagian Kejahatan Kristian, PAS Masih Buta Tipu Muslihat Kristian

Kejayaan pihak-pihak yang berkepentingan peribadi dan politik dalam usaha membenarkan Kristian menggunakan khalimah Allah adalah di kalangan orang Islam sendiri. Ringkas kata, orang-orang Islam yang sanggup menjual agamanya sendiri untuk kepentingan duniawi. Mereka ini dari golongan yang berlainan tetapi mempunyai kefahaman yang sama, mungkin berbeza parti, berbeza bangsa, berbeza fahaman tetapi hakikatnya mereka berada dilandasan yang sama. Puak-puak Islam ini akan bersekongkol walaupun "tidak ketara di mata kasar " dengan penganut agama lain untuk menjayakan KEDURJANAAN ini. Sesungguhnya yang selamat dan akan memahami dengan TEPAT isu sebenar kalimah Allah ini wajib dipertahankan adalah dari pihak yang masih berpegang kepada firqah Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Jika mereka orang Islam yang berfahaman liberal, wahabi, syiah, feminisme, sekular, dan yang sewaktu dengannya maka sekiranya mereka adalah ditarafkan sebagai TUK GURU atau ULAMAK di dalam komuniti mereka, maka kita akan lihat mereka membenarkan penggunaan kalimah Allah ini. Mereka akan menjadi pemimpin yang memimpin orang Islam ke arah kekeliruan yang implikasinya boleh menjejaskan akidah orang Islam itu sendiri dan membawa kepada perpecahan dan pertikaian yang hebat di kalangan orang Islam. Ingatlah bukan ilmu yang tinggi yang tercatat di sijil-sijil atau pengiktirafan manusia ke atas mereka yang menjadi BUKTI bahawa mereka BENAR di dalam berijitihad. dan juga ingatlah, memahami dan menghayati iman dan taqwa bukan sekadar dengan ilmu apatah lagi bukan dengan akal logik semata-mata tetapi dengan roh Islam yang ada di dalam diri sendiri. ROH ISLAM itulah yang memerlukan HIDAYAH dari Allah, jika tiada hidayah maka matilah ROH ISLAM itu, jika tidak ilmu hanya tinggal sebagai ilmu tetapi tidak mampu difahami dan dicernakan, maka implikasinya akan berlaku kesongsangan dalam pemahaman dan pengamalannya.

Sayugianya, puak-puak ini adalah seperti duri dalam daging di dalam komuniti Islam dan sepatutnya dijauhi jika orang Islam yang lain mahu selamat dunia dan akhirat. Namun HIDAYAH dan TAUFIK itu adalah hak Allah SWT maka tiada daya dan upaya kita sebagai makhluk selain dari memohon kepadaNya agar kita selalu dipandu di jalan yang lurus dan dijauhkan dari fitnah akhir zaman yang bagai semut hitam di malam yang gelap gelita.

Semoga rakyat Malaysia akan insaf dan mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku di Angola ini.

Saya TIDAK Perlukan TEGURAN dari sesiapa pun - Pelakon Nabila Huda

Tidak dinafikan nama Nabila Huda sering terpalit dengan kontroversi. Sebut sahaja nama pelakon ini, pasti anda terbayang kontroversi yang pernah menimpa wanita ini suatu ketika dahulu.

Namun beberapa hari lepas, kecoh di laman Instagram Nabila Huda apabila aktres ini berang dengan tindakan pengguna sosial yang menegur caranya berpakaian.

Sejak kebelakangan ini, Nabila sering memuatnaik foto-foto seksi, dimana busana yang digayakannya itu merupakan kostum untuk filem biopik khas, biduanita Saloma.



Menerusi salah satu foto tersebut, Nabila dilihat terkilan dengan perbuatan segelintir pengikutnya di laman Instagram sekaligus menyebabkan pelakon ini bertindak membalas teguran secara lantang untuk mempertahankan dirinya.

Dalam pada itu, Nabila turut menegaskan dia hanya ingin berkongsi gambar untuk tatapan peminat dan tidak memerlukan teguran daripada sesiapa. - OhBulan

Susulan daripada artikel ini, terdapat ramai pihak yang memberi komen balas antaranya seperti berikut:

kakak
ye la…kalau dah mati esok boleh bejalan begolek masuk lubang kubur sendiri xpe la..ni esok kalau mati org lain nak tolong angkat kan..org lain nak tolong doakan..kat dunia boleh la cakap ape2..semoag Allah beri hidayah..

 COMEL
ini antara nabila n tuhan .. kita sbg manusia pon kene cermin diri bru nk tegur org .. diri sndiri pon x btl , nk tgur org .. setiap perilaku kita dilihat oleh ALLAH , jgn yg dh dikatakan dosa is dosa .. yg kita ni menegur ni bertambah dosa klu slh menegur ..
so jga diri masing2 k ..


indah
kite pun jangan la jahil sangat..memangla antara dia dengan tuhan. tapi sesama Islam kena la tegur menegur.tapi jgn la tegur yg melampaui batas..ada la caranya..adekah manusia sekarang x boleh ditegur?? mungkin kita hanya suka jaga kain diri sendiri tp x nak membantu / menasihati saudara ke arah kebaikan. lebih rela membiarkan saudara sendiri sesat selamanya??? aduhai manusia sekarang..semakin hari semakin angkuh.. dah la angkuh dengan Allah, angkuh lagi sesama sendiri..

 WutDaFuck
ALL OF YOU PLSS SHUT BUT! STOP BITCHING BITCH! KORG DOK MENYALAK2 PASAL DIA WATPE? PEDEHAL NGAN KORG? JEALOUS IS IT?? X SUKA JGN TGK..HIDUP RIANG RIA SUDAH,SUSAH IS IT??

kaki tabur
ini semua poyoooo



[KALAU PAS-UMNO JUJUR] JANGAN jadikan MEDIA sebagai perantara

Md Alwi Che Ahmad
KOTA BHARU - Muzakarah antara Pas dan Umno tidak akan berjaya sekiranya media dijadikan medium perlaksanaannya kerana ia memerlukan perjumpaan empat mata kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, perjumpaan yang dikatakan untuk membincangkan perlaksanaan Islam di negara ini juga tidak memerlukan sebarang bantuan publisiti.

“Saya cadang jumpa empat mata antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa sebarang publisiti, hanya bersaksikan malaikat kiri dan kanan serta ALLAH SWT,” katanya, semalam.

Sementara itu Alwi berkata, Pas perlu melihat model BN dalam melaksanakan tahaluf siyasi kerana parti itu sudah berbuat demikian dengan parti-parti komponen lain  sejak sebelum merdeka lagi.

"Adakah tindakan (tahaluf siyasi) tersebut timbul apabila melihat parti komponen PR cuba menghalalkan beberapa perkara yang diharamkan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu juga memperlihatkan Pas baharu sahaja memahami dan menyedari bahawa negara tidak mungkin boleh diperintah dengan aman tanpa sokongan dan undi bukan Islam.

Alwi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ia akan diteruskan jika tidak melanggar mana-mana garis panduan yang ditetapkan, sekali gus turut tidak akan mengkhianati sesiapa termasuk rakan PR.

Tuesday, November 26, 2013

Ustazah Zawiyah tegur kos kahwin Zain, Che Ta


KETIKA negara heboh memperkatakan tentang "Wedding of The Year" pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM13 juta, seorang pendakwah bebas memberikan peringatan ini.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis," ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Nasihat itu dilontarkan Ustazah Zawiyah menerusi Harian Metro.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya lagi.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Jelas Ustazah Zawiyah, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Namun apa yang membimbangkan kini katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran seolah-oleh sudah menjadi trend walaupun pada masa yang sama terdapat ramai orang memerlukan.

Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta pada hari bahagianya akan menggayakan set barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Pada majlis pernikahan yang akan berlangsung di Gazebo Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, itu nanti, Che Ta bakal menerima wang hantaran RM23,200, mas kahwin bernilai RM9,300 serta sebentuk cincin perkahwinan dianggarkan berharga RM93,000.

Majlis berinai Che Ta akan diadakan pada 10 Disember ini dan seterusnya, majlis resepsi pasangan pengantin berlangsung pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Bandar Setia, Setia Alam, jam 8.30 malam.

Tegasnya, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan ALLAH.

Keluarga Siti Aishah yang menjadi hamba di London dedahkan kisahnya


Sebuah keluarga  dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab (gambar) berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya."Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu."Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya ketika ditemui awal pagi ini."Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog “TukarTiub” itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah adalah pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London.  Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa. – 26 November, 2013.

Monday, November 25, 2013

[KENANGAN LALU] Gambar Datin Rosmah Masa Muda





Pindaan perlembagaan mudahkan Anwar jadi presiden?



DALAM kehangatan Muktamar dan Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat yang berakhir hari ini, rakan komponen PR, PKR juga tidak melepaskan peluang memanfaatkan momentum yang dimulakan parti Islam itu menerusi Kongres Nasional Khas 2013 yang diadakan hari ini dalam menarik tumpuan pelbagai pihak terhadap pindaan perlembagaan PKR dan tawaran jawatan nombor tiga dalam parti kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Semangat toleransi dan demokrasi yang cuba ditonjolkan parti pelbagai kaum dan agama itu sememangnya bagus namun mungkin ramai tidak sedar ia hanyalah ‘taktik licik’ bagi membolehkan peneraju agenda reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi presiden yang selama ini terhalang kerana beberapa faktor termasuklah perundangan dan teknikal.

Mungkin umum melihat jawatan naib presiden menjadi taruhan dan alat pujukan kepada sindrom keluar parti beramai-ramai oleh beberapa pemimipin PKR dari Sabah baru-baru ini, namun keberkesanannya belum diketahui lagi bahkan mengundang pelbagai persepsi yang kian mencalar imej ketua umumnya yang dilihat kian terdesak dan mengidamkan jawatan tertinggi secara ‘rasmi’ berbanding menjadi ‘penasihat’ yang jauh daripada kuasa mutlak dalam parti.

Sentimen nepotisme yang kian menjalar dalam PKR akan lebih terserlah jika Anwar mengukuhkan kedudukannya dalam parti jika jawatan yang digalas isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi miliknya manakala pewaris ‘takhta’ itu, Nurul Izzah Anwar yang kini bergelar naib presiden semakin selesa jika Anwar bersara nanti.

Maka tidak hairanlah jika pindaan perlembagaan PKR hari ini turut memberi penekanan kepada penguasaan wanita sehingga 30 peratus dalam peringkat pembuat keputusan yang melibatkan kepentingan semua, sekali gus memberi laluan mudah kepada anak-beranak itu mengukuhkan penguasaan dalam pucuk pimpinan PKR pada masa akan datang.

Apabila perwakilan sebulat suara bersetuju pindaan itu dibuat, maka peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri juga semakin cerah kerana ia mensyaratkan seseorang itu memegang jawatan tertinggi dalam parti jika ingin menuju ke Putrajaya sama ada secara pemilihan terbuka mahupun lantikan terus tanpa pertandingan.

Jawatan...kedudukan....kuasa menjadi syarat hakiki untuk bergelar pemimpin nombor satu negara, begitu juga yang diidamkan Anwar dan ahli keluarganya, biarpun menggunakan platform PKR (Parti Keadilan Rakyat), semua itu membolehkan penguasaan itu berlaku dan kaedahnya lebih sopan.

Sunday, November 24, 2013

[GAMBAR] Ngeri!!! Anak Tokoh Korporat Terkenal Mati Bakar Diri


Anak lelaki seorang tokoh korporat ditemui mati dalam keadaan rentung 80 peratus di balkoni sebuah kondominium di Taman Tun Dr Ismail awal hari ini.

Mayat mangsa berusia 20 tahun itu, ditemui ibunya pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga dari tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.

Menurut sumber polis, ibu mangsa kemudiannya cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya dalam keadaan rentung dan tertiarap.

Mangsa merupakan pelajar jurusan ekonomi dan politik sebuah universiti luar negara.

Turut ditemui di tempat kejadian, dua tin disyaki mengandungi petrol, sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada rakannya mengatakan ‘see you in other side’ (jumpa anda di dunia lain).

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kematian anak tokoh itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

'Saya Umpama Cuci Tahi Dalam Seniman' - Zed Zaidi

Zed Zaidi (depan; tiga dari kiri) sugul dengan situasi yang terjadi terhadap Seniman.
KUALA LUMPUR: “Saya umpama mencuci najis,” demikian luah bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang terpaksa akur jawatannya telah gugur selepas Mahkamah Tinggi di sini Khamis lalu memutuskan semua ahli jawatankuasa persatuan berkenaan tidak sah.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, kesilapan yang dilakukan oleh pasukan pemimpin Seniman sebelumnya adalah satu perkara yang amat menyedihkan kerana ia turut mengheret kepimpinan terbaharu dalam kemelut tersebut sehingga peranan mereka dibatalkan.

“Saya umpama mencuci tahi orang. Bila kita dah cuci (tahi) itu bersih-bersih, ia jadi (tahi) semula. Kami adalah mangsa keadaan kerana kesilapan pemimpin-pemimpin terdahulu.

“Saya amat-amat sedih dengan keputusan mahkamah ini tetapi apa boleh buat. Saya terpaksa terima. Kami benar-benar teraniaya,” kata Zed Zaidi dalam satu pertemuan dengan kira-kira 50 ahli Seniman di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Selain Zed Zaidi, pertemuan itu turut disertai beberapa bekas ahli jawatankuasa persatuan tersebut termasuklah bekas Setiausaha Kehormat, Zahrin Ishak.

Pertemuan itu diaturkan oleh Setiausaha Kerja Seniman 1 dan 2, Raja Mohd Faizal Raja Mohamad Anuar dan Juniza Maslan yang mengambil alih tugas mengemudi persatuan buat sementara waktu.

Zed berkata, semasa menjadi Presiden Seniman, pelbagai usaha telah dilakukannya termasuklah berhasrat mewujudkan kad diskaun 1Malaysia untuk golongan artis, insurans serta perumahan rakyat bagi golongan berkenaan.

Sebahagian ahli-ahli menyatakan kesediaan mereka terhadap Zed Zaidi untuk memimpin pesatuan Seniman pada AGM akan datang.
Bagaimanapun usaha itu terbantut selepas beliau dan beberapa pemimpin lain telah gugur jawatan akibat arahan mahkamah.

“Agenda saya dalam Seniman ini amat besar. Saya mahu meningkatkan darjat artis-artis yang sering dipandang rendah agar terus dihormati, tetapi saya tidak berjaya,” katanya dalam keadaan yang cukup hiba.

Dalam pada itu Zahrin yang masih kekal jawatannya sebagai penasihat undang-undang persatuan itu berkata, walaupun tidak berpuas hati dengan beberapa perkara, pihaknya tidak berhasrat mencabar keputusan Mahkamah Tinggi sebaliknya menantikan pemilihan jawatankuasa baharu yang akan diuruskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa dua bulan bermula 21 November 2013.

Katanya, mereka tidak mahu membazir kerana sesuatu perkara yang dibawa ke mahkamah akan memakan masa yang lama selain melibatkan kos yang tinggi.

“Sesuatu kes akan memakan masa yang lama kadang-kadang sehingga dua tahun. Malah, berkemungkinan besar ia memerlukan kos yang tinggi, mungkin lebih besar daripada kos yang sepatutnya pihak defendan diarahkan bayar,” katanya.

Ditanya pemberita sebagai penasihat undang-undang sejak era Harun Salim Bachik sebagai presiden, kenapa beliau gagal menasihati ahli-ahli Seniman agar tidak meneruskan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 14 kerana pemimpin ketika itu gagal mengesahkan minit mesyuarat sebelumnya Zahrin berkata, ia diadakan selepas mendapat mandat ahli-ahli.

Katanya, majoriti ahli bersetuju untuk meneruskan AGM-14 walaupun Harun serta pemimpin-pemimpin yang lain memberi alasan tidak dapat membentangkan minit mesyuarat untuk disahkan kerana dokumen itu hilang selepas pejabat Seniman didakwa mereka telah dipecah masuk.

“Ahli-ahli telah bersetuju untuk meneruskan AGM-14 bagi memilih kepimpinan baru maka sebab itulah mesyuarat berkenaan diteruskan juga dan Zed Zaidi dipilih sebagai presidennya. Kami tidak menyangka ia akan jadi seperti ini,” katanya.

Terdahulu dalam sidang media berkenaan, Zed Zaidi masih mendapat sokongan kuat apabila sebahagian besar ahli-ahli yang hadir memberi kepercayaan untuknya memimpin persatuan berkenaan dalam AGM akan datang.

Suasana pertemuan sebahagian ahli-ahli Seniman yang ingin mengetahui nasib persatuan itu.

Sambil melaungkan kata-kata ‘hidup Zed Zaidi’ ahli-ahli Seniman itu antara lain memuji Zed Zaidi antara pemimpin yang cekap dalam menjalankan tugasnya membela nasib artis-artis di negara ini.

Pada Khamis lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Persatuan Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, di sini, adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

Pada 25 Januari lepas lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

[MUNGKINKAH MAT SABU MENANG KERANA FITNAH] Ahli Berkempen Fitnah - Mustafa Ali

SHAH ALAM, 23 Nov - PAS mengakui terdapat masalah dalam etika kempen sepanjang sei pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 ini.

Demikian ditegaskan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika ditemubual unit IT Muktamar pada hari ini di sini.

"Saya tidak menolak kemungkinan berlakunya salah laku dalam kempen pada pemilihan kali ini, dan ia juga tidak mustahil dilakukan oleh ahli PAS sendiri," ujarnya.

Beliau turut melahirkan kekesalan atas tindakan tidak bertanggungjawab tersebut yang disifatkan sampai ke tahap sanggup memfitnah calon-calon tertentu.

Namun, Mustafa menyatakan bahawa PAS tidak dapat mengambil apa-apa tindakan ke atas pihak yang terbabit disebabkan gagal mengesan individu berkenaan.

"Saya sedar dalam era ledakan teknologi maklumat serta penguasaaan media baru menjadi faktor kegagalan kami (PAS) untuk mengenal pasti identiti pelaku fitnah itu.

Undi Tipis Menang Juga - Mat Sabu 

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.

Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi.

Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga.

Senarai Keputusan Penuh Pemilihan PAS


SHAH ALAM: Berikut adalah senarai penuh keputusan pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2013-2015 yang diumumkan petang Sabtu.

Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Mohamad Sabu - 588 undi

Naib Presiden(diumumkan pagi Ahad)

Ahli jawatankuasa kerja:
1. Idris Ahmad - 927 undi
2. Datuk Dr Amiruddin Hamzah - 679 undi
3. Dr Zulkefly Ahmad - 610 undi
4. Datuk Kamarudin Jaafar - 562 undi
5. Khalid Abd Samad - 547 undi
6. Datuk Dr Mahfodz Mohamed - 455 undi
7. Mazlan Aliman - 840 undi
8. Mohamed Hanipa Maidin - 604
9. Dr Mohd Hatta Md Ramli - 649
10. Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin - 688
11. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa - 626
12. Nasrudin Hassan - 645
13. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz - 627
14. Nik Zawawi Nik Salleh - 518
15. Dr Riduan Mohd Nor - 469
16. Dr Siti Mariah Mahmud - 437
17. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 476
18. Nuridah Salleh - 424

Saturday, November 23, 2013

[PAS MAIN WAYANG LAPUK] Pimpinan Tertinggi PAS Tolak Hasrat Jawatankua​sa Pemilihan Letak Jawatan

 

Pada jam 11.11 pagi ini selepas sesi pengundian tamat, Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini yang kononnya mengambil tanggungjawab atas kesilapan teknikal yang berlaku dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kali ini dengan keseluruhan aanggotanya mengumumkan meletak jawatan.

Perletakan jawatan itu diketuai Pengerusinya Asmuni Awi diikuti oleh seluruh anggotanya.

Maka semua pak kadok dan juak-juaknya mula memukul canang, mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa kagum yang amat sangat atas kehebatan pemimpin mereka kerana sanggup meletak jawatan apabila melakukan kesalahan.

Tak sampai setengah hari selepas itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali mengumumkan peletakan jawatan Jawatankuasa itu ditolak.

Kalau bukan wayang lakonan pelakon-pelakon besar Pas ini, apa lagi yang boleh dikatakan bagi menggambarkan cerita karut ini.

Jika benar kata Datuk Mustapa Ali bahawa ini merupakan kesilapan teknikal yang dilalui oleh manusia sepanjang zaman, kenapa perlu Asmuni membuat drama mengumumkan peletakan jawatan dihadapan perwakilan dan menerima tepukan gemuruh dari para perwakilan. Lakonan ini semuanya divideokan dan media membantu menyebar luas video ini.

Sepatunya mereka boleh saja berbincang dibelakang pentas dengan pimpinan tertinggi dan boleh terus diputuskan tanpa perlu membuat lakonan yang memualkan ini.

Pimpinan Tertinggi PAS Tolak Hasrat Jawatankua​sa Pemilihan Letak Jawatan 

Kepimpinan tertinggi PAS menolak hasrat jawatankuasa pemilihan untuk meletak jawatan berikutan berlakunya kesilapan pada kertas undi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata kepimpinan tertinggi parti turut menerima permohonan maaf daripada jawatankuasa tersebut.
Menurut Mustapa, kesilapan teknikal itu disifatkan sebagai kesilapan yang akan dilalui manusia sepanjang zaman.

"Mereka (jawatankuasa pemilihan)telah mengakui kesilapan yang dilakukan dan bersedia untuk letak jawatan. Mereka juga telah berterus-terang dengan pimpinan tertinggi mengenai perkara itu.

"Oleh itu, saya mewakili pimpinan tertinggi ingin mengumumkan bahawa kami menerima permohonan maaf itu dan memutuskan supaya mereka meneruskan tanggungjawab yang diamanahkan selepas mengambil kira pandangan presiden parti," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com